Konsert Satu Wajah M. Nasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konsert Satu Wajah M. Nasir
Konsert oleh M. Nasir
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
TempatStadium Negara
Album berkaitan
Tarikh25 Julai 2009 (ditunda)
Jumlah persembahan1
Kronologi konsert M. Nasir

Konsert Satu Wajah M. Nasir ialah konsert solo oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir. Dalam konsert ini, beliau telah mempersembahkan lebih dari 20 lagu secara keseluruhan dari kesemua 7 album studionya yang dirakamkan sejak 1979. Pada asalnya, konsert ini dijadualkan akan diadakan pada 25 Julai 2009, namun ia ditunda. Ini menjadi konsert kedua M. Nasir yang diadakan dalam tahun 2009 selepas Konsert Alam Muzik M. Nasir yang diadakan di Istana Budaya.[1][2][3]

Konsert[sunting | sunting sumber]

Susulan kejayaan komersial terhadap Konsert Alam Muzik yang berjaya meraih 5,000 penonton di Istana Budaya, M. Nasir mengumumkan akan mengadakan satu lagi konsert solo yang dijadualkan akan diadakan pada Julai 2009, kali ini di Stadium Negara.[2] Dalam satu sidang media yang diadakan pada Jun 2009 di Restoran Rebung, M. Nasir mendedahkan konsep untuk Konsert Satu Wajah akan menjanjikan kelainan berbanding konsert sebelumnya sambil memberitahu "keseluruhannya berlainan dengan di Istana Budaya".[2] Menurutnya, mana-mana lagu popular yang tidak dapat dinyanyikannya pada konsert sebelumnya, akan dipersembahkan pada konsert Satu Wajah.[4]

Konsert Satu Wajah menjadi konsert solo kedua M. Nasir yang diadakan dalam tahun 2009 selepas Konsert Alam Muzik yang diadakan pada Februari di Istana Budaya. Ia juga menandakan kali kedua Nasir beraksi di Stadium Negara selepas Konsert Canggung yang diadakan pada 29 Julai 1994.[5][6][7] Beliau berkata mengenai konsert ini: "Biarpun konsert terdahulu mendapat sambutan baik tetapi masih ramai yang tidak berkesempatan untuk menontonnya. Konsert ini adalah kesinambungan daripada apa yang persembahkan pada malam Konsert Alam Muzik M. Nasir dulu. Saya tidak mahu terlalu memikirkan bagaimana mahu mengangkat semangat penonton kerana semua itu bergantung kepada corak persembahan nanti. Apa yang pasti dengan set, suasana serta visual yang berbeza penonton akan dapat merasai apa yang bakal dipersembahkan nanti,".[8] Ditanya mengenai pemilihan tajuk Satu Wajah sebagai tajuk konsertnya, beliau berkata: "Ia membawa beberapa maksud. Tapi yang utama ialah menyimpulkan beberapa perkara tentang diri saya yang mempunyai pelbagai wajah tapi ia sebenarnya satu iaitu M. Nasir,".[9]

Untuk konsert ini, Nasir mengekalkan 10 pemuzik undangan di bawah pimpinan Aznan Alias sebagai pengarah muzik.[10] Beliau juga akan mempersembahkan lagu balada pada malam konsert dan memilih untuk tidak mengetengahkan tema dalam konsert kerana disifatkan "membosankan".[11][12] Persiapan terakhir giat dijalankan terutama dari segi teknikal oleh tenaga kerja profesional manakala sesi latihan dijalankan pada minggu berikut sebelum konsert berlangsung.[13]

Konsert Satu Wajah M. Nasir mengetengahkan konsep retrospektif di mana M. Nasir menggabungkan lagu-lagu ciptaan beliau sejak dari mula berkecimpung dalam bidang muzik sejak 1970-an. Selain segmen nyanyian, para penonton dan peminat M. Nasir juga berpeluang mengimbau nostalgia mereka dengan paparan gambar-gambar peribadi daripada koleksinya. Sedutan temuramah M. Nasir dengan stesen-stesen televisyen dan juga keratan-keratan akhbar tentang kerjaya beliau, termasuk pencapaian dan anugerah yang pernah diterimanya sepanjang 30 tahun kerjaya muziknya juga dipertontokan pada malam konsert.[14]

Bagaimanapun, pada 23 Julai 2009, konsert itu terpaksa ditunda kepada satu tarikh baru berikutan permintaan penaja yang memerlukan masa untuk mengatur semula strategi penajaan dan pemasaran konsert Satu Wajah.[15][16]

Persembahan komersial[sunting | sunting sumber]

Tiket konsert dijual antara RM53 hingga RM383 dan mendapat sambutan sejak jualan tiket dibuka untuk tempahan pada Jun,[13] manakala tiket VIP pula habis dijual.[17]

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

Susunan lagu
  1. "Lara"
  2. "Srikandi Cintaku"
  3. "Anak-Anak Kita"
  4. "Andalusia"
  5. "Sentuhan Listrikmu"
  6. "Kias Fansuri"
  7. "Tanya Sama Itu Hud Hud"
  8. "Lambaian Sukma"
  9. "Hati Emas"
  10. "Masrani" (dipetik dari filem Selubung)
  11. "Mustika"
  12. "Apokalips"
  13. "Mencurah Janji Di Daun Keladi"
  14. "Gerhana"
  15. "Ada"
  16. "Keroncong Untuk Ana"
  17. "Langgam Pak Dogo"
  18. "Di Balik Cermin Mimpi"
  19. "Sang Pencinta"
  20. "Pilihlah Aku"
  21. "Mantera Semerah Padi
  22. "Phoenix Bangkit Dari Abu"
  23. "Raikan Cinta"
  24. "Kepadamu Kekasih"
  25. "Suatu Masa"
  26. "Bonda"
  27. "Juwita... (Citra Terindah)"
  28. "Tujuh Nafas Lagi"


Tarikh konsert[sunting | sunting sumber]

Tarikh Negara Bandar Lokasi Masa Jualan tiket
25 Julai 2009 Malaysia Kuala Lumpur 8:30 malam (WPM) Stadium Negara Habis dijual

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Diperoleh daripada sidang media konsert.[18]

  • M. Nasir - penyanyi
  • Aznan Alias - gitar, pengarah muzik
  • Mohd Rafi Shafie - gitar
  • Zulkifli Mahat - piano
  • Ahmad Firdaus Mahmud - keyboard
  • Eddie Ahmad - keyboard
  • Wan Kelly Abdul Rahman - bes
  • Mohardinan Ismail - seruling
  • Khairul Izwan Kamarulzaman - perkusi tradisional
  • Nizam - perkusi latin
  • Saharudin Saninam - dram
  • Tijah Muhamad Nor - penyanyi latar
  • Norakmal Kamarulzaman - penyanyi latar
  • Wan Mohd Azran - penyanyi latar
  • Izzad Izzuddin Borhan - penyanyi latar
  • Maya Axis Creative - penganjur
  • Sinar FM - stesen radio rasmi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (8 Julai 2009). "Konsert Satu Wajah M. Nasir di Stadium Negara". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  2. ^ a b c Au Yeong How (10 Jun 2009). "M. Nasir akui punya pelbagai karakter tapi hanya satu wajah". mStar Online. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  3. ^ "Satu wajah M. Nasir". Kosmo!. 28 Jun 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2009. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  4. ^ Feride Hikmet Atak (12 Jun 2009). "M. Nasir belum puas". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2009. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  5. ^ Firdaus Sahat (14 Jun 2009). "M. Nasir ulangi sejarah". Harian Metro. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  6. ^ Nor Akmar Samudin (11 Julai 2009). "M. Nasir tidak gusar". Harian Metro. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  7. ^ Nor Akmar Samudin. "Semangat membara M. Nasir". 21 Julai 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2009. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  8. ^ Zul Husni Abdul Hamid (12 Jun 2009). "M. Nasir kembali beraksi". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2009. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  9. ^ Wanda Idris (14 Jun 2009). "Satu wajah M. Nasir". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2009. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  10. ^ Shazryn Mohd Faizal (16 Jun 2009). "M. Nasir ke Stadium Negara". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2009. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  11. ^ Radin Sri Ghazali (16 Jun 2009). "It's going to be unforgettable" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Jun 2009. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  12. ^ Mumtaj Begum (22 Jun 2009). "Play it again" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-23. Dicapai pada 2021-08-29.
  13. ^ a b Haryati Karim (7 Julai 2009). "Tiket terhangat di pasaran - Konsert Satu Wajah M. Nasir raih sambutan memberangsangkan". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2009. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  14. ^ Abd Aziz Itar (7 Julai 2009). "Konsert retrospektif M. Nasir". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2009. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  15. ^ Saharudin Musthafa; Shazryn Mohd Faizal (23 Julai 2009). "Tetap beraksi di tarikh baru". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2009. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  16. ^ Haryati Karim (21 November 2009). "Ralat hati sifu". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2009. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  17. ^ Normah Bechok (3 Julai 2009). "Dengarnya...: Tiket VIP konsert Satu Wajah M. Nasir laris". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2009. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  18. ^ Maya Axis Creative (2009). Konsert Satu Wajah M. Nasir (Sidang media). Maya Axis Creative.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]