Kontroversi KLIA2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kontroversi KLIA2 tercetus antara syarikat tambang murah AirAsia dengan pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).KLIA2 dibina disebelah KLIA, merupakan terminal penerbangan tambang rendah yang baru di Sepang, Selangor, Malaysia. 'Besar-besar', automatik dan pelbagai kemudahan hanya akan menaikkan kos dan tidak menepati ciri-ciri terminal dan penerbangan tambang murah.

AirAsia adalah syarikat penerbangan keempat terbesar di Asia dan pelanggan MAHB terbesar.Kos KLIA2 melonjak dari RM2 bilion (2009) kepada RM3.9 bilion (2011).Kapasiti terminal dari 30 juta kepada 45 juta akan menyebabkan KLIA2 lebih besar daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan itu bukan tujuan asal tambang murah AirAsia .KLIA2 dijangka siap pada April 2013 dan kos tentu membelon lagi.[1]

Untuk penerbangan bajet, penumpang tidak perlukan makanan, minuman, barang-barang, selimut, dan lain-lain .Pengguna adalah raja dan bebas untuk memilih apa yang dia mahu.Bagasi sekadar 15kg ke 20 kg dan tidak perlukan insuran penerbangan.[2]

Penumpang tidak mahu 'caj-caj tersembunyi'. Mesin automatik dan penggunaan ramai tenaga manusia akan meningkatkan kos penerbangan dan tentunya tiket penerbangan akan mahal.Oleh itu pramugari AirAsia memakai tag 'Kempen menentang kenaikan cukai lapangan terbang' mulai 1 Disember 2011.Ada pengguna mahu memboikot AirAsia dalam Twitter Tony Fernandes. Di Buletin TV3 pada 5 Disember 2011, Dato Zahrain Mohamed Hashim berpendapat tindakan kempen yang dilancarkan oleh Tony Fernandes ini berbahaya.MAHB menjelaskan bahawa caj lapangan terbang sudah terendah di Asia Tenggara , dikawal oleh kerajaan dan kajian semula pada 2014. Di bawah struktur baru tarif 2011, cukai lapangan terbang di Pulau Pinang, Kuching dan Langkawi akan meningkat dari RM51 kepada RM65, manakala terminal syarikat penerbangan tambang kos (LCCTs) di KLIA dan Kota Kinabalu akan naik dari RM25 kepada RM32.[3]


Kelebihan KLIA2[sunting | sunting sumber]

KLIA2 meliputi kawasan seluas 257,000 meter persegi, yang bermula Oktober 2009, kini telah pun siap 92 % dan akan mempunyai 68 balai berlepas. Ia adalah lebih daripada mencukupi untuk menampung penumpang kos penerbangan tambang rendah seperti yang dikehendaki oleh standard industri.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad menjelaskan KLIA2 mempunyai kemudahan kelas dunia untuk mengendalikan 45 juta penumpang setiap tahun, dijangka menelan kos antara RM3.6 bilion hingga RM3.9 bilion dan akan memulakan operasi pada Oktober 2013.Jambatan udara turut dipasang untuk kegunaan semua penumpang termasuk mereka yang kurang upaya, wanita mengandung dan kanak-kanak.

Syarikat penerbangan yang beroperasi di KLIA2 akan menggunakan jambatan udara kerana kos hanyalah 25 sen setiap penumpang dan orang awam telah menunjukkan kesanggupan untuk membayar bagi penggunaan jambatan udara.

Landasan ketiga yang baru dengan kelebaran empat km kini sedang dibina untuk KLIA2, yang akan mampu menerima pesawat A380, pesawat penumpang terbesar dunia.KLIA2 hanyalah 1.5 km dari bangunan terminal utama KLIA, dan jejambat/laluan atas yang baharu sedang dibina bagi menghubungkan jalan utama dari KLIA ke KLIA2, yang bermakna KLIA2 adalah lebih dekat berbanding LCCT.

Bantahan AirAsia[sunting | sunting sumber]

KLIA2 memulakan pembinaan pada 2009 dan 42 % telah siap pada 2011.AirAsia asalnya mahu membina lapangan terbang sendiri di Labu, Negeri Sembilan kerana lebih dekat, jimat dan mudah. Jika jauh seperti sistem bagasi KLIA-KL Sentral - mencetuskan kontroversi kerana sangatlah jauh dan mahal.Kos KLIA-KL Sentral melonjak dari RM92.4 juta kepada RM186 juta.Kini hanya 25 % digunakan, pembaziran 75 %.[4]


Pada 5 Disember 2011, AirAsia menafikan pihaknya meminta MAHB menyediakan terminal KLIA2 lebih besar.Kos KLIA2 kini mencecah RM3.6 hingga RM3.9 bilion.AirAsia pernah meberi amaran kepada MAHB bahawa kos pembinaan terminal KLIA2 boleh meningkat kepada RM3.6 bilion hingga RM3.9 bilion sedangkan jangkaan asal hanya RM700 juta sahaja sesuai dengan 'tambang murah'. Surat 'amaran' dari AirAsia pada 30 November 2009 bahawa lokasi di KLIA Barat jauh dan pasti lebih mahal berbanding bajet RM2 bilion yang telah dirancang.Siasatan AirAsia menyatakan bahawa kos membina KLIA2 hanyalah sekitar RM700 juta berbanding kos asal MAHB RM2 bilion.

Surat Bashir bertarikh 9 Ogos 2011 kepada Pengerusi AirAsia ,Tan Sri Rafidah Aziz mengesahkan bahawa terminal KLIA2 sudah cukup memadai untuk menampung sekitar 30 juta penumpang setahun.

Pada Mac 2010, surat surat CEO AirAsia kepada Pengarah Urusan MAHB menyatakan KLIA akan siap pada bulan Disember 2011.Jika tempoh ‘buffer’ tiga bulan, pembinaan boleh selesai menjelang Mac 2012 tetapi nampaknya tertangguh ke pertengahan 2012.

Kos asal hanyalah RM2.5 bilion. AirAsia tidak mahu dipertanggungjawabkan bagi kenaikan kos ekoran jambatan udara dan lain-lain , memadai 'ramp' sahaja.

Surat pada 18 Ogos 2011 dari Pengerusi AirAsia X kepada Pengarah Urusan MAHB menolak sistem pengendalian bagasi automatik sepenuhnya. AirAsia mengesahkan bahawa (sistem) BHS separa automatik sudah mencukupi berbanding BHS automatik sepenuhnya.Tetapi Lembaga MAHB secara unilateral telah memutuskan (penggunaan) BHS automatik sepenuhnya untuk menampung 45 hingga 60 juta penumpang, yang sekali lagi tidak dipersetujui oleh AirAsia.

AirAsia dan MAHB telah bersetuju bahawa tiada jambatan udara, sebaliknya hanya ‘ramp’ akan dipasang di KLIA2.Surat AirAsia pada 6 Julai 2010 kepada MAHB mengingatkan keperluan membina laluan sepanjang 3,000 meter minimum, yang awalnya hendak disediakan untuk pesawat A330, yang dikendalikan oleh syarikat AirAsia X.

MAHB telah memendekkan landasan menjadi 2,750 meter, yang hanya akan menampung pesawat-pesawat A320, tanpa berunding dengan AirAsia.AsiaAsia segera meminta MAHB membetulkan keadaan.Keperluan asal AirAsia ialah 3,000 meter dan itu bukan permintaan tambahan.Oleh itu tiada kos tambahan perlu wujud.

[5]

DAP membantah MAHB[sunting | sunting sumber]

Pada 30 November 2011,Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) selaku Ketua Penerangan DAP menentang keperluan KLIA membina landasan untuk Airbus A380, pesawat penumpang terbesar di dunia.KLIA2 tidak perlukan laluan pejalan kaki yang bergerak, sistem bagasi automatik, pusat membeli-belah, lounge premium dan empat hotel .Penerbangan tambang murah tidak menggunakan A380.Gambaran kini ialah KLIA2 mahu menggantikan terminal utama di KLIA.

Usaha KLIA2 untuk menampung 45 juta penumpang setiap tahun dan bukannya 30 juta, bermakna MAHB sedang membina terminal 80 % lebih besar daripada terminal utama.Kapasiti sekarang ialah 25 juta penumpang.

Lalu lintas penumpang di terminal penerbangan kos rendah (LCCT) semasa hanya 15,4 juta, dan apabila digabungkan dengan terminal utama, ini hanya berjumlah 34 juta (2011). MAHB taksub dengan dengan "segala-galanya besar" .Dubai merupakan hub tersibuk di dunia menampung 47 juta penumpang .Changi di Singapura menampung keperluan 42 juta penumpang pada tahun 2010.[6]

Pada 14 Disember 2011, Tony Pua dari DAP mempersoalkan MAHB tidak mengikut cadangan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh . Sebaliknya membina KLIA2 di tanah gambut, lembik , terpaksa dibuang tanah lembut sedalam 3 meter dan ditimbun/dikambus dengan tanah keras pula. Akibatnya kos melonjak dari RM700 juta kepada RM1.7 bilion dan kini RM3.8 bilion.Pelan induk 1992 yang dicadangkan oleh Anglo Japanese Airport Corporation Berhad tidak dipatuhi. [7]


Pada 6 Disember 2011, pengarah komersial AirAsia Jasmine Lee menyatakan kekesalan kerana MAHB tidak langsung berunding dengan AirAsia berhubung rekabentuk, perancangan dan keperluan operasi AirAsia. Tiada jawatankuasa yang dibentuk dan tiada perancangan bersama dijalankan. Sebaliknya MAHB meneruskan projek itu secara unilateral dan dengan corak mereka sendiri.[8]

Pada 3 September 2010, Naib pengerusi DAP, M Kulasegaran mencadangkan nama KLIA2 ditukar kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Tunku Abdul Rahman (TARIA). Legasi Tunku yang semakin pudar hendaklah dipertingkatkan . Nama KLIA dan KLIA2 sangat membosankan. [9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "AirAsia says not cause of KLIA2 cost bloat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-07. Dicapai pada 2011-12-05.
  2. ^ "Why I support Tony's 'Say NO to the airport tax increase' campaign". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-06. Dicapai pada 2011-12-05.
  3. ^ "Fernandes tackles critics on Twitter". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-06. Dicapai pada 2011-12-05.
  4. ^ "Why is Tony unhappy? — Lim Mun Fah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-05. Dicapai pada 2011-12-05.
  5. ^ "AirAsia nafi dakwaan minta MAHB bina KLIA2 lebih besar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-07. Dicapai pada 2011-12-05.
  6. ^ "DAP asks why KLIA2 must cater for A380s". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-03. Dicapai pada 2011-12-05.
  7. ^ DAP persoal tindakan pindah KLIA2 ke tanah lembut
  8. ^ Kami mangsa sebenar, dakwa AirAsia
  9. ^ DAP tolak KLIA2, mahu dinamakan sempena Tunku

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]