Kontroversi saham MAS-AirAsia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kontroversi saham MAS-AirAsia merujuk kepada tuduhan ahli Parlimen Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin terhadap Tan Sri Azman Mokhtar dan Tan Sri Tony Fernandes telah menipu rakyat dalam perjanjian jual beli saham Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia pada Ogos 2011. Perjanjian pertukaran saham antara MAS-AirAsia berhadapan dengan kecaman daripada ahli-ahli politik dan kesatuan sekerja syarikat penerbangan kebangsaan itu.[1]


Tuduhan[sunting | sunting sumber]

Pada 14 November 2011, ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menggesa Azman Mokhtar, ketua eksekutif Khazanah Nasional disoal siasat kerana keputusan menukar 20.5 % saham MAS dengan 10 % saham AirAsia. SPRM hendaklah menghumban mereka yang bersalah ke penjara. Desakan itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi BN-BBC itu di Dewan Rakyat. Kelihatan seperti Khazanah diperdaya dan diperdayakan oleh Tony Fernandes. Kini jelas bahawa Tony pemunya Tune Air dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia memiliki 1/5 saham dalam MAS.

Ahli Parlimen Sri Gading, Mohamad Aziz menggesa kerajaan jangan takut dengan Tony Fernandes. Tony dikatakan hendak mengambil alih keseluruhan penerbangan dalam negeri dan MAS hanya akan ada penerbangan antarabangsa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MAS-AirAsia: MP Umno dakwa Azman, Tony tipu rakyat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-15. Dicapai pada 2011-11-14.