Pergi ke kandungan

Konvensyen Buenos Aires

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konvensyen Buenos Aires
Konvensyen Hak Cipta Karya Sastera dan Seni
{{{image_alt}}}
  Negara penandatangan Konvensyen
Jenismultilateral
Ditandatangani11 Ogos 1910 (1910-08-11) di Buenos Aires, Argentina
Pihak18
Pemegang simpanan
Kementerian Luar Negeri Argentina
Buenos Aires Convention di Wikisumber
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Konvensyen Buenos Aires ialah perjanjian RHB yang ditetapkan di Buenos Aires, Argentina, pada 11 Ogos 1910, yang memberikan perakuan hak cipta yang memerlukan pemberitahuan kenyataan pelindungan hak cipta terhadap suatu karya (Perkara 3). Konvensyen ini menekankan kenyataan "Semua hak cipta terpelihara" (Sepanyol: Todos los derechos reservados, Portugis: Todos os direitos reservados) pada peringatan hak cipta. Penerapannya berpelbagai kerana undang-undang Amerika Syarikat hanya mewajibkan penulis dan tahun penerbitan. Perlindungan hak cipta berdasarkan Konvensyen diberikan pada jangka pendek syarat negara yang melindungi dan negara asal karya ("aturan jangka pendek", Perkara. 6, 7). Kenyataan pelindungan yang masih kabur menimbulkan kata-kata yang lebih panjang dan lebih sah, yang tetap bertahan meskipun undang-undang hak cipta antarabangsa berkembang.

Secara khusus konvensyen ini dipertahankan oleh Konvensyen Hak Cipta Sejagat pada 6 September 1952 (Perkara 18 Konvensyen Geneva), dengan rumusan terbaru diketengahkan apabila berlakunya persengketaan. Peringatan Konvensyen Buenos Aires tidak diubah, keberadaan kenyataan hak cipta sederhana diperlukan untuk memberi kepastian perakuan hak cipta antara negara yang menyertai Konvensyen Hak Cipta Sejagat (yang mana Honduras belum turut serta). Setakat 23 Ogos 2000, semua negara anggota Konvensyen Buenos Aires juga turut serta dalam Konvensyen Berne, yang mengatur perakuan bersama hak cipta tanpa sebarang keformalan (Perkara 5 perenggan 2 Konvensyen Berne).

Konvensyen Buenos Aires menjadi "persetujuan khas" dalam ketentuan Perkara 20 Konvensyen Berne. Ini tetap berlaku, terutama untuk menentukan negara asal karya dan kemudian tempoh berlaku perlindungan hak cipta di negara yang memberlakukan "aturan jangka terpendek":[1] apabila karya diterbitkan baik di negara anggota Konvensyen dan bukan anggota Konvensyem, maka negara anggota Konvensyen dianggap sebagai negara asal, terlepas dari ketentuan peerindungan pada negara bukan anggota konvensyen.

Konvensyen Buenos Aires Negara Konvensyen Berne
01 Ogos 1911 (1911-08-01)[2] Amerika Syarikat 01 Mac 1989 (1989-03-01)
19 April 1950 (1950-04-19) Argentina 10 Jun 1967 (1967-06-10)
15 Mei 1914 (1914-05-15) Bolivia 04 November 1993 (1993-11-04)
31 Ogos 1915 (1915-08-31) Brazil 09 Februari 1922 (1922-02-09)
14 Jun 1955 (1955-06-14) Chile 05 Jun 1970 (1970-06-05)
27 April 1914 (1914-04-27) Ecuador 09 Oktober 1991 (1991-10-09)
28 Mac 1913 (1913-03-28) Guatemala 11 Januari 1997 (1997-01-11)
27 November 1919 (1919-11-27) Haiti 11 Januari 1996 (1996-01-11)
27 April 1914 (1914-04-27) Honduras 25 Januari 1990 (1990-01-25)
23 Disember 1936 (1936-12-23) Colombia 07 Mac 1988 (1988-03-07)
30 November 1916 (1916-11-30) Costa Rica 10 Jun 1978 (1978-06-10)
24 April 1964 (1964-04-24) Mexico 11 Jun 1967 (1967-06-11)
15 Disember 1913 (1913-12-15) Nicaragua 23 Ogos 2000 (2000-08-23)
25 November 1913 (1913-11-25) Panama 08 Jun 1996 (1996-06-08)
20 September 1917 (1917-09-20) Paraguay 02 Januari 1992 (1992-01-02)
30 April 1920 (1920-04-30) Peru 20 Ogos 1988 (1988-08-20)
31 Oktober 1912 (1912-10-31) Republik Dominican 24 Disember 1997 (1997-12-24)
11 Mei 1919 (1919-05-11) Uruguay 10 Julai 1967 (1967-07-10)

Sumber: Pejabat Hak Cipta AS,[3] UNESCO,[4] WIPO

  1.   Geneva Act of the Universal Copyright Convention, done at Geneva, 1952-09-06.
  2.   Berne Convention for the Protection of Literary and Artistic WorksDiarkibkan 2012-09-11 di Wayback Machine (Paris Act), as amended on 1979-09-28.
  3.   The United States has never applied the rule of the shorter term: all copyright works are protected for the normal U.S. term of copyright.
  4.   The United States deposited its Instruments of Ratification with the Government of Argentina on 1911-05-01, and hence the treaty came into force with respect to the other parties three months after that date (Art. 16). The treaty was not proclaimed in the United States until 1914-07-13.
  5.   "International Copyright Relations of the United States", U.S. Copyright Office Circular No. 38a, August 2003.
  6.   Parties to the Geneva Act of the Universal Copyright Convention as of 2000-01-01: the dates given in the document are dates of ratification, not dates of coming into force. The Geneva Act came into force on 1955-09-16 for the first twelve to have ratified (which included four non-members of the Berne Union as required by Art. 9.1), or three months after ratification for other countries.
  7.   Parties to the Berne Convention for the Protection of Literary and Artistic Works as of 2006-05-30.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]