Konvensyen Hak Cipta Sejagat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Simbol hak cipta yang harus dicantumkan dalam karya yang diterbitkan.

Konvensyen Hak Cipta Sejagat atau Universal Copyright Convention ialah persetujuan yang mengatur hak cipta antarabangsa yang ditandatangani di Geneva pada 6 September 1952.[1] Konvensyen ini diadakan di bawah naungan Pertubuhan Kebudayaan dan Sains Pendidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan dilakukan atas dasar yang sama dengan Konvensyen Berne.[1][2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beberapa negara tidak bersetuju dengan ketentuan di dalam Konvensyen Bern dan tidak bersedia untuk melaksanakan syarat yang ada dalam konvensyen tersebut.[3] Amerika Syarikat yang ketika itu hanya memberikan perlindungan dalam jangka pendek melalui Library of Congress diwajibkan mencantumkan simbol hak cipta (©) di setiap karya yang diterbitkan.[3] Ini menyebabkan Amerika Syarikat harus membuat perubahan agar menghormati Konvensyen Berne.[3] Amerika Syarikat akhirnya menandatangani konvensyen tersebut pada 1989.[3] Akan tetapi, ketentuan mengenai hak cipta ini hanya berlaku bagi negara-negara yang terlibat dalam konvensyen tersebut.[3] Oleh itu, Konvensyen Hak Cipta Sejagat ingin memberikan perlindungan bagi negara-negara yang terlibat mahaupun tidak terlibat dalam Konvensyen Berne.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ichtiar Baru Van Hoeve; Hassan Shadily. Ensiklopedia Indonesia, Jilid 7 (edisi khusus). Jakarta: PT Ichtiar Baru van Hoeve.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ "Universal Copyright Convention". Dicapai pada 20 Jun 2014.
  3. ^ a b c d e f "The Universal Copyright Convention (UCC)". Dicapai pada 20 Jun 2014.