Konvensyen Hak Kanak-Kanak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konvensyen Hak Kanak-Kanak
Ditandatangani20 November 1989[1] di New York[1]
Berkuat kuasa
2 September 1990[1]
Syarat20 ratifikasi[2]
Penandatangan140[1]
Pihak193[1]
Pemegang simpanan
Majlis Umum PBB[3]
UN Convention on the Rights of the Child di Wikisumber
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Konvensyen Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (Bahasa Inggeris: United Nations Convention on the Rights of the Child) adalah sebuah konvensyen antarabangsa yang menetapkan hak-hak sivil, politik, ekonomi, sosial, dan kulural kanak-kanak. Negara-negara yang menggunapakai konvensyen antarabangsa ini terikat untuk menjalankannya sesuai dengan undang-undang antarabangsa. Pelaksanaan konvensyen ini diawasi oleh Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa yang anggota-anggotanya terdiri dari pelbagai negara di seluruh dunia. Setiap tahun, Jawatankuasa ini memberikan laporan kepada Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung PBB yang juga akan mendengar kenyataan ketua Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak dan menerima pakai resolusi mengenai Hak Kanak-Kanak.[4]

Kerajaan negara yang telah mengesahkan konvensyen ini diharuskan untuk melaporkan dan hadir di hadapan Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak secara berkala untuk menilai kemajuan-kemajuan yang dicapai dalam melaksanakan Konvensyen ini dan status hak kanak-kanak dalam negara tersebut. Laporan-laporan setiap negara berserta pandangan bertulis jawatankuasa boleh diakses di laman web jawatankuasa.

Perhimpunan Agung PBB menerima pakai konvensyen ini dan terbuka untuk penandatangan pada tarikh 20 November 1989 (pada peringatan 30 tahun Deklarasi Hak Asasi Kanak-Kanak).[5] Konvensyen ini berlaku pada tarikh 2 September 1990 selepas jumlah negara yang meratifikasinya mencapai syarat. Sampai dengan Disember 2008, 193 negara terlah meratifikasinya,[1] meliputi keseluruhan negara anggota PBB, kecuali Amerika Syarikat dan Somalia.[4][6]

Dua protokol tambahan juga diguna pakai pada tarikh 25 Mei 2000 iaitu Protokol Tambahan mengenai Penglibatan Kanak-Kanak dalam Konflik Senjata menghadkan penglibatan kanak-kanak dalam konflik-konflik ketenteraan, dan Protokol Tambahan Konvensyen Hak Kanak-Kanak mengenai Perdagangan Kanak-Kanak, Pelacuran Kanak-Kanak, dan Pornografi Kanak-Kanak melarang perdangan, pelacuran, dan pornografi kanak-kanak. Setakat Mei 2009, 128 buah negara telah menjadi parti kepada protokol ini dan 28 buah negara telah menandatangani protokol ini, tetapi belum meratifikasikan protokol.[7][8]

Konvensyen ini secara umum mendefinisikan seorang kanak-kanak sebagai manusia yang berusia di bawah 18 tahun, terkecuali apabila telah ditentukan oleh undang-undang negara berkenaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f United Nations Treaty Collection. Convention on the Rights of the Child. Retrieved 21 May 2009.
  2. ^ Article 49.
  3. ^ Article 47.
  4. ^ a b Child Rights Information Network ( 2008). Convention on the Rights of the Child . Retrieved 26 November 2008.
  5. ^ Majelis Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Resolution 25 session 44 Convention on the Rights of the Child on 20 November 1989
  6. ^ Amnesty International USA (2007). Convention on the Rights of the Child: Frequently Asked Questions Diarkibkan 2008-12-22 di Wayback Machine. Retrieved 26 November 2008.
  7. ^ United Nations Treaty Collection: 4 & lang = en Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the involvement of children in armed conflict. Retrieved on 9 December 2008.
  8. ^ United Nations Treaty collection: Optional Protocol to the Convention on the Rights of the Child on the sale of children, child prostitution and child pornography Diarkibkan 2013-12-13 di Wayback Machine. Retrieved on 9 December 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]