Konvensyen furry

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Dealers Den dan perarakan fursuit pada Anthrocon 2006.

Konvensyen furry (bahasa Inggeris: furry convention, juga dikenali sebagai furry con atau fur con) ialah perhimpunan formal anggota furry fandom — orang yang minat dalam konsep watak cereka bukan manusia dengan ciri-ciri manusia. Konvensyen ini menyediakan tempat untuk bertemu, bertukar idea, menjalankan perniagaan dan melibatkan diri dalam hiburan dan rekreasi yang berpusatkan konsep ini. Berasal dari California, Amerika Syarikat pada pertengahan 1980-an, sekarang terdapat lebih daripada 40 konvensyen furry tahunan di seluruh dunia, kebanyakannya di Amerika Utara dan di Eropah.[1][2] Konvensyen furry terbesar ialah Anthrocon yang diadakan pada setiap tahun di Pittsburgh, Pennsylvania.

Konvensyen furry menawarkan pelbagai atur cara yang diketuai oleh sukarelawan, biasanya tertumpu kepada seni, kraf, muzik dan sastera antropomorfik. Sesetengah orang mengutip dana untuk amal jariah. Pelawat kerap berpakaian dan memakai lencana nama artistik untuk pengenalan, tetapi kebanyakannya tidak membawa fursuit. Mereka juga boleh membelanjakan wang untuk karya seniman amatur dan profesional, secara terus dan juga pada lelong.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Garis masa konvensyen furry dengan bilangan kehadiran, sebahagiannya diperoleh daripada Helaian Maklumat Konvensyen Fandom Antropomorfik
  2. ^ Al Kratina (26 Julai 2007). "Finally comfortable in their own fur". Montreal Gazette.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]