Kool

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kool
Latar belakang
Berasal dariMalaysia
GenreNew Jack Swing, Hip Hop, R&B
InstrumenVokal
Tahun aktif1990-kini
Syarikat rakaman
Sony Music
AhliMohd Khairi "Hairee" Yaacob
Shaiful Azri "Riot" Mohd Ariffin
Bekas ahliJalani "Jay" Shuib
Taufik "Pat" Ibrahim
Zulkifli "Zack" Mohamad

Kool (digayakan dalam huruf besar) merupakan sebuah kumpulan lelaki Malaysia. Nama kumpulan ini merupakan singkatan bagi Kami Orang-Orang Lama kerana sebelum bergabung sebagai satu kumpulan mereka telah pun menceburi dunia seni.[1]

Hairee pernah mempunyai sebuah album solo, Riot pula pernah mendapat gelaran 'Michael Jackson Malaysia' manakala Jay dan Zack pula pernah menjadi penari. KOOL telah menerbitkan 3 album berjudul Bebas, Satu Arah dan Fantasi bersama Sony Music Malaysia.

Pada tahun 2019, mereka merupakan salah satu daripada 12 peserta Gegar Vaganza musim ke-6.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kool mula dikenali apabila menggantikan Ning Baizura untuk lagu "Kau dan Aku" dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik Kategori Pop Rock pada tahun 1995. Ning ketika itu tidak lagi bersama Sony Music yang menyebabkan penyertaan lagu tersebut perlu digantikan dengan artis Sony Music lain.

KOOL berjaya ke peringkat akhir iaitu Anugerah Juara Lagu 1995 dan memenangi kategori Pop Rock mengalahkan 3 calon lain dalam kategori yang sama.

KOOL turut memenangi kategori yang sama dalam Anugerah Juara Lagu 1996 menerusi lagu Bebas. Pada ketika ini kumpulan ini telah mempunyai ahli baru iaitu Pat (Taufik Ibrahim) Perancangan asal KOOL adalah untuk memiliki 5 orang anggota tetapi ia tidak kesampaian apabila Zack meninggalkan KOOL untuk menumpukan perhatian kepada pengajiannya di Akademi Seni Kebangsaan. KOOL kembali berempat semasa menyertai Juara Lagu 1996. Zack menggangotai kumpulan baru, V3 tidak lama kemudian.

Pada tahun 1997, Riot pula meninggalkan KOOL dan digantikan dengan Azwa dan Yan. Sama seperti Zack, Riot juga menubuhkan kumpulan baru, KGB yang popular dengan lagu "Hadirlah Kasih".

KOOL berjaya ke peringkat akhir Juara Lagu 1997 melalui lagu Cemburu tetapi tidak berjaya memenangi kategori Pop Rock. Kategori tersebut dimenangi oleh kumpulan A to Z menerusi lagu Itik Gembo-Gembo.

KOOL masih aktif sehingga 2012.[2]

Ahli Kumpulan Kool asal yang dianggotai oleh Riot, Jay, Hairie, dan Zack, juga telah bergabung dengan Nico (kini Nico G), Shades dan A To Z di bawah nama GX4 dan muncul dengan dua buah single berjudul "Integriti" dan "Kerana Kasihmu" serta dua buah lagu popular mereka iaitu "Bebas" dan "Satu Arah".[3]

Gegar Vaganza (musim 6)[sunting | sunting sumber]

Kool menyertai Gegar Vaganza musim ke-6 pada tahun 2019. Malangnya perjuangan mereka berakhir di konsert minggu keempat apabila mereka beroleh markah yang paling rendah pada minggu tersebut.[4] Berikut ialah persembahan mereka didalam program tersebut:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2019
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Ke Artis? "Bebas" Diri mereka sendiri Ke-11
Minggu 2 CarMa (Cari Makan) "Kau dan Aku" Ning Baizura Ke-10
Minggu 3 Yang Aneh Aneh "Lagu Zaman" SM Salim & Ramli Sarip Ke-9
Minggu 4 Haa... Tepuk "Siapa Dia Sebelum Daku" (duet Farawahida) Francissca Peter & Royston Sta Maria Tersingkir

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Kool terdiri dari 4 ahli asal:

  • Riot Kool (Shaiful Azri Mohd Ariffin)
  • Hairee Kool (Mohd Khairi Yaacob)[5]
  • Jay Kool (Jalani Shuib)
  • Zack Kool (Zulkifli Mohamad)[6]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • KOOL (1995)
  • Fantasi (1997)
  • Satu Arah (1998)

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

Lagu dan single[sunting | sunting sumber]

Kool
  • Aku Tak Pasti
  • Bebas
Fantasi
  • Cemburu
  • Cinta Fantasi
Satu Arah
  • Orang Kota
  • Satu Arah

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu (AJL)[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Juara Lagu 1995-Juara Pop Rock (Kau Dan Aku)
  • Anugerah Juara Lagu 1996-Juara Pop Rock (Bebas)
  • Anugerah Juara Lagu 1997-finalist Pop Rock (Cemburu)

Anugerah Industri Muzik (AIM)[sunting | sunting sumber]

AIM 1996[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

  1. Mewakili Malaysia utk MTV Malaysia dan Jepun
  2. Mewakili Sony Music ke Shanghai Muzik Festival,China dan mendapat tempat 3
  3. AIM kumpulan baru terbaik

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Izzatie Ramli (21 September 2017). 5 'boyband' pujaan ramai era 90an Media Hiburan. Dicapai pada 19 Oktober 2017.
  2. ^ Feride Hikmet Atak (18 September 2012). Kumpulan Kool Muncul Semula Gara-Gara K-Pop mStar Online. Diarkib daripada yang asal pada 16 September 2017. Dicapai pada 19 Oktober 2012.
  3. ^ Haryati Karim (26 September 2012). Kool pertahan masih relevan Kosmo!. Diarkib daripada yang asal pada 22 Oktober 2014. Dicapai pada 19 Oktober 2014.
  4. ^ Perjalanan Kool di pentas Gegar Vaganza berakhir Astro Awani. 3 November 2019. Dicapai pada 3 November 2019.
  5. ^ "Saya tak malu jadi buruh kasar" - Hairee Kool Berita Harian. 4 November 2019. Dicapai pada 4 November 2019.
  6. ^ "Keluar kumpulan tahun lepas" - Zack Kool sertai tabligh, tolak GV2019 cara baik Astro Awani. 17 Oktober 2019. Dicapai pada 19 Oktober 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]