Koperal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal TUDM
Jeneral Laksamana Jeneral TUDM
Leftenan Jeneral Laksamana Madya Leftenan Jeneral TUDM
Mejar Jeneral Laksamana Muda Mejar Jeneral TUDM
Brigedier Jeneral Laksamana Pertama Brigedier Jeneral TUDM
Kolonel Kepten Kolonel TUDM
Leftenan Kolonel Komander Leftenan Kolonel TUDM
Mejar Leftenan Komander Mejar TUDM
Kapten Leftenan Kapten TUDM
Leftenan Leftenan Madya Leftenan TUDM
Leftenan Muda Leftenan Muda Leftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran Udara I
Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran Udara II
Staf Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
Koperal Laskar Kanan Koperal Udara
Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Udara Kanan
Prebet Laskar Kelas II Laskar Udara I
Prebet Laskar Muda Laskar Udara II
Perajurit Muda Perajurit Muda Perajurit Muda

Koperal ialah sejenis pangkat tentera yang digunakan dalam bentuk tertentu oleh kebanyakkan militari dan oleh beberapa pasukan polis atau pertubuhan berseragam yang lain. Didalam NATO, setiap keanggotaan negara yang mempunyai pangkat tentera koperal telah digabungkan dibawah skala pangkat standard NATO kod OR-4.

Pangkat koperal biasanya memimpin sebuah seksyen atau skuad askar. Walau bagaimanapun, dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, pangkat koperal jarang digunakan kerana kebanyakkan pangkat E-4 adalah spesialis dan boleh melakukan kerja yang sama seperti koperal buat. Seperti dalam Jadual Organisasi & Kelengkapan (Table of Organization & Equipment; TO&E) pangkat seorang ketua tim ialah sarjan manakala ketua skuad ialah staf sarjan. Dalam Kor Marin Amerika Syarikat, koperal ialah pangkat Jadual Organisasi (Table of Organization; TO) bagi ketua tim raifel, ketua tim mesingan, ketua skuad mortar ringan, dan ketua skuad senjata serangan, dan juga jurumeriam yang bertugas dengan senjata (iaitu mortar sederhana, mesingan berat, misil anti-kereta kebal), kenderaan armor (contohnya kereta kebal, kenderaan armor ringan, dan kenderaan serangan armor), dan dua asisten jurumeriam pada sebuah howitzer (jurumeriam ialah sarjan).

Di kebanyakkan negara yang memperolehi struktur tentera mereka dari sistem ketenteraan British, koperal adalah pangkat yang lebih kanan dari prebet. Bagaimanapun, di beberapa negara yang lain, seperti Kanada, Itali dan Norway, koperal adalah pangkat rendah, menandakan seorang askar yang lebih berpengalaman daripada prebet, dan juga dibayar gaji tinggi, tetapi tiada jawatan pemerintahan tertentu yang secocok dengan pangkat itu, sama seperti pangkat spesialis dalam Tentera Darat A.S.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Koperal di Wikimedia Commons