Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koperasi Ikatan Muslim Kinta Berhad ialah sebuah koperasi di Malaysia, yang ditubuhkan pada 19hb. Oktober 2008. Koperasi ini didaftarkan secara rasmi dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 24hb. November, 2008 (bil. daftar: A-4-0591), dengan keanggotaan seramai 120 orang. Koperasi ini terbuka untuk umat Islam yang bermastautin di daerah Kinta, Perak.

Koperasi ini menjadikan pertanian sebagai aktiviti utama, dimana aktiviti perladangan kelapa sawit akan dijadikan sebagai aktiviti teras koperasi. Di samping itu, koperasi ini akan turut menceburkan diri dalam pelbagai kegiatan ekonomi yang dibenarkan oleh syariat Islam seperti aktiviti pembalakan, industri mineral, pengguna, pembangunan hartanah dan pembinaan, perindustrian, perkhidmatan, pelancungan dan sebagainya.

Koperasi ini turut mengadakan program kerjasama terutama dengan ahli-ahli yang memiliki perniagaan. Antara program ini ialah Program Aqiqah dan Qurban di Myanmar, untuk memudahkan umat Islam melakukan ibadat ini disamping membantu umat Islam di sana. Program ini adalah projek usahasama dengan syarikat Nussa Enterprise dan di Myanmar dikendalikan oleh Sheikhul Hadis Mohammad Yussuf dari Madrasa Arabea Daruk Uloom & Darulaitam, Jamoniea, Mangdaw, Arakan, Myanmar. Satu lagi program kerjasama ini ialah pembaharuan takaful kenderaan dan cukai jalan untuk kereta. Program ini dijalankan dengan kerjasama Agensi Abd Rahim dimana ahli-ahli koperasi ini hanya perlu menyatakan keahlian mereka kepada pegawai yang bertugas disamping menyediakan butir-butir kenderaan dan bayaran untuk cukai jalan dan takaful tersebut.

Anggota Lembaga Koperasi (ALK) terdiri dari 12 orang yang di lantik oleh Mesyuarat Agong yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan kepakaran, dipengerusikan oleh saudara Ahmad Jaafar bin Yahaya.

Alamat berdaftar[sunting | sunting sumber]

No. 2A, Medan Gopeng 3
Medan Gopeng
31350 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Nombor telefon dan faks: 05-321 9942
Alamat e-mel: kimk.bhd@googlemail.com

Anggota Lembaga Koperasi[sunting | sunting sumber]

  • Pengerusi : Ahmad Jaafar bin Yahaya
  • Setiausaha : Haji Mohamad Azlan bin Jamaluddin
  • Bendahari : Haji Hamdan bin Mohd Tahir
  • Anggota Lembaga Koperasi:
    • Haji Abd Rahim bin Md Ariff
    • Haji Junus bin Mahamood
    • Haji Mat Razali bin Hj Abdul Rahman
    • Haji Abdul Haiyi bin Mohd Tahir
    • Mohamad Zaizi bin Zainal
    • Mustafa Kamal bin Sindin
    • Haji Kamaruddin bin Mohamed Noor
    • Haji Mohamed Ali bin Hussain
    • Haji Zulkifly bin Hairi Osman

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]