Kopi Ekaasalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kopi ekaasalan atau kopi asalan tunggal ialah kopi yang ditanam dalam satu asalan geografi yang diketahui.

Kopi ekaasalan boleh menawarkan ciri-ciri tersendiri dan rasa-rasa khusus jika dibandingkan dengan kopi campuran dari pelbagai asalan.[1] Kedai-kedai kopi boleh memasarkan kopi ekaasalan khususnya untuk menambah nilai simbolik pada sesuatu kopi dengan menonjolkan pengeluar atau asalan tersendiri kopi tersebut.[2] Pengguna kopi istimewa sering tertarik dengan kopi ekaasalan kerana ketelusan yang sering cuba disampaikan.[3]

Tiada peraturan sejagat atau badan pentadbir yang menguatkuasakan pelabelan kopi. Walau bagaimanapun, terdapat badan kerajaan di beberapa negara yang mengawalselia pasaran kopi, contohnya di Brazil.[4]

Walaupun masih sukar untuk mengesahkan asalan sesuatu jenis kopi dengan tepat, penyelidikan baka yang terkini menunjukkan bahawa pengenalpastian cap jari DNA pokok-pokok kopi adalah munasabah.[5] Teknik ini mungkin akan membenarkan pembeli-pembeli kopi hijau yang nirpanggang, untuk mengesahkan kopi ekaasalan. Hal ini akan menambahbaikkan ketelusan dan kebolehkesanan kopi.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Kopi ekaasalan boleh berasal dari satu ladang, beberapa ladang dari negara yang sama, atau hanya campuran kopi yang ditanam dari negara yang sama.[6][7] Ia juga boleh bererti sesebuah negara yang menghasilkan pelbagai jenis biji kopi, seperti Brazil, Colombia, dan Vietnam.[8]

Kopi estet ialah sejenis kopi ekaasalan khusus. Ia biasanya disumberkan dari satu ladang besar yang julat saiznya mungkin antara beberapa ekar hingga beberapa batu persegi atau dari himpunan ladang-ladang yang semuanya memproses kopi mereka di kilang yang sama.[9] Banyak negara di Amerika Selatan dan Tengah mempunyai ladang kopi estet. Negara-negara seperti Colombia, Brazil, Costa Rica, dan Mexico, mempunyai banyak ladang estet. Starbucks memiliki sebahagian besar ladang kopi di Filipina, menggabungkan pelbagai ladang kecil untuk membentuk satu ladang kerjasama gergasi.

Kopi lot mikro atau lot kecil ialah satu lagi jenis kopi ekaasalan khusus dari satu padang di sesuatu ladang, dengan julat ketinggian yang kecil, dan hari penuaian yang tertentu.[10] Banyak lot kecil digunakan untuk menanam kopi istimewa, yang merupakan antara kopi berkualiti tinggi yang ditawarkan di pasaran dengan pelbagai harga.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Ultimate Guide to Single Origin Coffee: Buying, Brewing, and More". Roasty Coffee (dalam bahasa Inggeris). 2019-11-14. Dicapai pada 2020-03-30.
  2. ^ Fischer, Edward F (2019-10-09). "Quality and inequality: creating value worlds with Third Wave coffee". Socio-Economic Review. 19 (1): 111–131. doi:10.1093/ser/mwz044. ISSN 1475-1461. Dicapai pada 2021-04-11.
  3. ^ Grind, Perfect Daily (2015-09-14). "Everything You Need to Know About Single Origin Coffees". Perfect Daily Grind. Dicapai pada 2019-11-17.
  4. ^ "Single Origin Coffee – Everything You Need to Know". Ispirare | Coffee & Espresso Reviews (dalam bahasa Inggeris). 2017-02-17. Dicapai pada 2017-02-17.
  5. ^ Pruvot-Woehl, Solène; Krishnan, Sarada; Solano, William; Schilling, Tim; Toniutti, Lucile; Bertrand, Benoit; Montagnon, Christophe (2020-04-01). "Authentication of Coffea arabica Varieties through DNA Fingerprinting and its Significance for the Coffee Sector". Journal of AOAC International. 103 (2): 325–334. doi:10.1093/jaocint/qsz003. ISSN 1060-3271. PMID 33241280. Dicapai pada 2021-04-01.
  6. ^ Marion, Darrin (2017-02-15). "What is Single Origin Coffee". Darrin's Coffee Company. Darrin's Coffee Company. Dicapai pada 2017-02-15.
  7. ^ "Coffee Language: Non-European Names". Coffee Review. Dicapai pada 2009-04-29.
  8. ^ Mowery, Lauren. "Here's Why Single Origin Coffee Is More Expensive But Worth Your Dollars". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-11-17.
  9. ^ "Coffee Language: Farm, Mill, and Estate Names". Coffee Review. Dicapai pada 2009-04-29.
  10. ^ Butler, Nickolas (2007-09-01). "The Trouble With Micro-Lots?". Roast Magazine. Dicapai pada 2009-04-29.