Pergi ke kandungan

Kopratasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kopratasa
Maklumat latar belakang
AsalMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Tahun aktif1985 Sunting nilai ini di Wikidata
Kegiatan berkaitanBerkumpulan
Pautan berkaitan
Pautan lainDiscogs: 4518103 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kumpulan Kopratasa merupakan satu kumpulan penyanyi di Malaysia. Kumpulan Kopratasa mempunyai 3 orang anggota.[1] Menampilkan lagu-lagu berunsur puisi, rakyat, ketuhanan dan masyarakat. Banyak dipengaruhi oleh muzik Kembara pimpinan M. Nasir di awal penglibatan mereka kerana mereka sama-sama memperjuangkan irama yang sama. Ramai sasterawan dan penggiat seni tanahair yang menyumbangkan karya mereka kepada Kopratasa antaranya Datuk A Samad Said, Allahyarham Dato' Usman Awang, Allahyarham J M Aziz, Allahyarham Abdul Aziz HM. Bukan sahaja aktif sebagai penyanyi, tetapi juga dikenali sebagai pelukis, pelakon drama , filem dan teater dan juga pendekron sajak di mana sahaja ada acara seni di Malaysia terutamanya di universiti tempatan.

Sejak penubuhannya, kumpulan Kopratasa memang menampilkan lagu berunsur puisi yang menyentuh isu rakyat, ketuhanan dan masyarakat. Kumpulan ini mendapat pengaruh Datuk M Nasir, selain penyair terkenal tanah air seperti A Samad Said, Usman Awang, J M Aziz dan Abdul Aziz HM. Lagu puisi Kopratasa, melalui lirik yang indah, mengapungkan erti dan rasa kemanusiaan.

Ahli-ahli

[sunting | sunting sumber]
  1. Sani Sudin
  2. Usop @ Mohd Yusof Ahmad
  3. Siso @ Syed Indera Syed Omar

Kumpulan Kopratasa ditubuhkan pada 1985 di pejabat Teater Elit di Jalan Raja Abdullah Kampung Baru. Teater Elit milik penyair tersohor Dinsman. Pengasas bersama Kopratasa ialah Usop, Sani Sudin dan Mohd Shah Ibrahim yang sebelum itu bergerak menggunakan nama Grup Teater Elit. Ketiga-tiga mereka bertemu ketika sama-sama bekerja dengan Dinsman. Di pejabat itu jugalah mereka bertemu dengan M. Nasir buat pertama kalinya.

Apabila ditawarkan M. Nasir untuk merakam album, Mohd Shah menarik diri kerana tidak dapat terlibat dalam bidang seni lalu digantikan oleh Siso. Walau bagaimanapun ketiga-tiga pengasas bersama itu masih bersama di pentas-pentas tertentu tanpa diketahui khalayak tentang sejarah sebenar kumpulan tersebut.

Kopratasa masih terus aktif hingga ke hari ini tetapi hanya dianggotai Usop dan Sani Sudin. Siso meninggalkan Kopratasa pada 2007 dan masih mengekalkan nama Siso Kopratasa (bukan nama sebenar).

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Keringat Dalam Pasrah (1987)

  • Penerbit: M. Nasir
  • Label: Philips Polygram Records
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Masihkah Kau Ingat"Sani SudinSani Sudin
2."Tetamu Senja"A. Samad SaidSiso
3."Akhir Disember"Abdul Aziz H.M.Mohd Shah
4."Rinduku"Sani SudinSani Sudin
5."Bimbang"J.M. AzizSani Sudin
6."Senandung Pelaut"SisoSiso
7."Teluk Bidara"UsopUsop
8."Kehidupan"DinsmanSani Sudin
9."Gurisan Hidupnya"SisoSiso
10."Keringat Dalam Pasrah"

Kunci (1988)

  • Penerbit: M. Nasir
  • Label: Philips Polygram Records
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Kunci"KopratasaM. Nasir
2."Mencari Cinta Yang Hilang"SisoSiso
3."Lebuhraya Kehidupan"M. NasirM. Nasir
4."Permata (Untuk Isteriku)"Abdul Aziz H.M.Usop
5."Seorang Orang"Sani SudinSani Sudin
6."Dada Laut"Latiff MohidinMohd Shah
7."Pada Tanah Yang Indah"A. Samad SaidM. Nasir
8."Airmata Di Tujuh Senja"SisoM. Nasir
9."Cari"Sani SudinSani Sudin
10."Rindu Cintamu"KopratasaM. Nasir

Episod III (1988)

  • Penerbit: Kopratasa
  • Label: Philips Polygram Records
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Sesat Dalam Illusi"SisoSiso
2."Keroncong Gerhana"Sani SudinSiso
3."Jambatan Impian"WanafisuWanafisu
4."Ucapan Tak Bersuara"WanafisuWanafisu
5."Tragedi Dari Utara"Usman AwangDr Wan Zawawi Ibrahim
6."Disudut Jendela"WanafisuWanafisu
7."Pyan's Memori"Pyan HabibSiso
8."Sangkar Rindu"SasuSasu
9."Mat Jenin"Sani SudinUsop
10."Kembara Malam"Latiff MohidinMohd Shah

Laungan(1990)

  • Penerbit: M. Nasir
  • Label: Philips Polygram Records
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Kroblock"Nasir JaniUsop
2."Oasis"WanafisuWanafisu
3."Mencari Konklusi"SisoSiso
4."Laungan Rindu"SisoSiso
5."Prasangka"Nasir JaniUsop
6."Cermin"Sani SudinSani Sudin
7."Hanya Sebuah Harapan"SisoBobby Yusof
8."$$$$"Sani SudinSani Sudin
9."Ratib"Sani SudinSiso
10."Amira"UsopUsop

Sesetia Malam (1996)

  • Penerbit: Kopratasa & M. Nasir
  • Label: Philips Polygram Records
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Sesetia Malam Kepada Siang"Zaleha IsmailSani Sudin
2."Masihkah Kau Ingat" (New Unplugged Version) Sani SudinSani Sudin
3."Permata (Untuk Isteriku)" (New Unplugged Version) Abdul Aziz H.M.Usop
4."Tetamu Senja"A. Samad SaidSiso
5."Rinduku"Sani SudinSani Sudin
6."Teluk Bidara"UsopUsop
7."Akhir Disember"Abdul Aziz H.M.Mohd Shah
8."Mencari Cinta Yang Hilang"SisoSiso
9."Kembara Malam"Latiff MohidinMohd Shah
10."Tragedi Di Utara"Usman AwangDr. Wan Zawawi Ibrahim
11."Ucapan Tak Bersuara"WanafisuWanafisu
12."Kehidupan"DinsmanSani Sudin
13."Gurisan Hidupnya"SisoSiso
14."Setelah Hujan Turun" (Lagu baru) SabarUsop

Nikmat (1997)

  • Penerbit: Kopratasa
  • Label: Philips Polygram Records
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Senandung Untuk Zubaidah"Mohd ShahMohd Shah
2."Nikmat Alam"To'KiTo'Ki
3."Oasis (Hadiah Untukmu)"WanafisuWanafisu
4."Rinduku (Oh Kuala Lumpur)"Sani SudinSani Sudin
5."Jumaat Di Masjid Al Muhammadiah"KemalaSiso
6."Aduh"DinsmanUsop
7."Janji Sufi"Zaba'Zaba'
8."Tetamu Senja"A. Samad SaidSiso
9."Pesona Rindu"Zaba'Sani Sudin
10."Kerana Kau Kekasih"SisoMohd Shah

Antologi (1999)

  • Penerbit: Kopratasa & M. Nasir
  • Label: Ambang Klasik Sdn. Bhd.
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Kekasih"Usman AwangIbrahim Bachik
2."Dondang Mustika"SisoSiso
3."Kekal Dalam Sepi"LoloqM. Nasir
4."Dabus Rohani"Khalid SallehSani Sudin & Pak Ngah
5."Isi Dan Kuku"Sani SudinSani Sudin
6."Mesti Berani"LoloqM. Nasir
7."Keteguhan Para Syuhada"LoloqM. Nasir
8."Bisikan Musafir"LoloqM. Nasir
9."Mata Bonda"Dol SyafiqPak Ngah
10."Sandarkan Dukamu"Dol SyafiqDol Syafiq

Best Of Kopratasa (2001)

  • Penerbit:
  • Label: Universal Music

Mulia (2003)

No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Mulia (Begitu Namamu)"UsopM. Nasir
2."Alang Alang"UsopM. Nasir
3."Di Dalam Dalam"Sani SudinM. Nasir
4."Ketukan Di Pintu"Che Din OsmanSani Sudin
5."Adat Berkawan"LoloqM. Nasir
6."Melayu Baru"SisoSiso
7."Ke Pintu Asar"KeonM. Nasir
8."Dara, Bunga Dan Bulan"LoloqM. Nasir
9."Berkolek Bersajak"J.M. AzizJ.M. Aziz
10."Bukan Apa-Apa"Khalid SallehUsop
11."Pelita Kecil (Terang Semesta)"S. Amin ShahabM. Nasir

Kopratasa Masih Bertiga...Tetap Berbisa (2006)

  • Penerbit: Ram Ghazali & Stone Barongan
  • Label: Musicland
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Gadis Penjual Bunga" (Lagu baru) T. Alias TaibSiso
2."Masihkah Kau Ingat"Sani SudinSani Sudin
3."Sakti" (Lagu baru) UsopUsop
4."Sesetia Malam Kepada Siang"Zaleha IsmailSani Sudin
5."Pengembara" (Lagu baru) SabaSani Sudin
6."Dabus Rohani"Khalid SallehSani Sudin & Pak Ngah
7."Kekasih"Usman AwangIbrahim Bachik
8."Tetamu Senja"A. Samad SaidSiso
9."Ketukan Di Pintu"Che Din OsmanSani Sudin
10."Permata (Untuk Isteriku)"Abdul Aziz H.M.Usop
11."Isi Dan Kuku"Sani SudinSani Sudin
12."Dondang Mustika"SisoSiso

Lagu-lagu

[sunting | sunting sumber]
  1. Masihkah Kau Ingat
  2. Permata "Buat Isteriku"
  3. Dondang Mustika
  4. Dabus Rohani
  5. Mulia
  6. Di Dalam Dalam
  7. Dara, Bunga Dan Bulan
  8. Berkolek dan bersajak
  9. Akhir Disember
  10. Tetamu Senja
  11. Teluk Bidara
  12. Aku Bukan Musuh Harta (Dr. Maza)
  13. Kekasih (Sajak Usman Awang)

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Lagu Dondang Mustika tersenarai dalam senarai akhir Juara Lagu 2000 TV3 dalam kategori Irama Malaysia.

Kopratasa 2006 - Bernaung dibawah sebuah syarikat baru, Alpha Media Network. Pelancaran album yang mengandungi lagu-lagu lama dan 3 buah lagu baru di jangka pada sekitar bulan Mac.

Album Baru Kopratasa, KOPRATASA MASIH BERTIGA...TETAP BERBISA, telah pun berada di pasaran sejak April 2006, diedarkan oleh Insitech Musicland, 3 lagu baru dimuatkan iaitu Gadis Penjual Bunga, Pengembara dan Sakti.

Album ini diedarkan oleh syarikat baru, Alpha Media Network S/B, beralamat di No.17-1 & 17-2, Wisma Alpha, Jalan 1/76, Desa Pandan, Off Jalan Kampong Pandan, 55100 Kuala Lumpur. Telefon No.: 603- 9200 2496 / Fax No.: 603- 9200 1876

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]