Kor Armor Diraja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lambang Regimen Kor Armor DiRaja

Kor Armour DiRaja (KAD) adalah salah satu kor tempur di dalam Tentera Darat Malaysia. Kor Armor DiRaja, ataupun lebih dikenali sebagai Armor dilengkapkan pengangkut anggota berperisai (APC), kenderaan tempur infantri (IFV), kenderaan tempur berperisai (ACV) dan kereta kebal.

Sejarah Pembentukan[sunting | sunting sumber]

Kor Armor DiRaja mempunyai permulaan dengan dua unit yang berasingan di dalam pasukan Tentera Persekutuan. Unit-unit itu adalah Rejimen Persekutuan (Federation Regiment) dan Rejimen Kereta Perisai Persekutuan (Federation Armoured Car Regiment dibawah naungan Rejimen13th/ 18th Royal Hussars QMO). Kedua unit ini telah ditubuhkan sebagai pasukan tempatan (seperti Rejimen Askar Melayu DiRaja) oleh kerajaan kolonial Britain untuk membantu mereka dalam perjuangan menentang ancaman pengganas komunis semasa Darurat.

Pada 11 September 1952, Batalion Pertama Rejimen Persekutuan telah ditubuhkan. Rejimen Persekutuan ketika itu unik kerana ia merupakan satu-satunya unit tempur infantri yang menerima rekrut pelbagai kaum di Tanah Melayu. Rejimen Peninjau Persekutuan ditubuhkan pada tarikh yang sama.

Kerajaan Kolonial Britain merancang penubuhan 3 batalion Rejimen Persekutuan tetapi mengahadapi masalah untuk menarik minat kaum bukan Melayu menyertai Rejimen Persekutuan. Akhirnya, Rejimen Persekutuan hanya dapat membentuk hanya satu batalion yang ditubuhkan dalam tahun 1952. Sementara itu, Rejimen Askar Melayu DiRaja telah berkembang menjadi 10 batalion dalam tahun 1960.

Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pendekatan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mula bertukar. Rejimen Persekutuan dan Rejimen Kereta Perisai Persekutuan digabungkan pada 1 Januari 1960 dan pasukan baru yang dibentuk ini kemudian dikenali sebagai Kor Peninjau Persekutuan (Federation Reconnaissance Corps).

Dalam tahun 1960, unit-unit pasukan ini terdiri daripada Rejimen Pertama dan Rejimen Kedua, tetapi seringkali dikenali dengan panggilan 1 Peninjau dan 2 Peninjau (1 Recce dan 2 Recce). Kedua-dua unit telah dilengkapkan dengan kereta perisai jenis Daimler Ferret Scout Car.

Kor Kavalri DiRaja Menjadi kor Armor DiRaja[sunting | sunting sumber]

Dengan penjajaran semula peranan dan peralatan, pasukan ini bertukar nama menjadi Kor Kavalri DiRaja pada 22 September 1979, dan dalam 1986 ditukarkan menjadi Kor Armor DiRaja.

Gelaran DiRaja[sunting | sunting sumber]

Kerana perkhidmatnya yang cemerlang semasa perkhidmatan 1 Recce dan 2 Recce,Kor Peninjau telah diberikan gelaran kehormat “DiRaja” pada 20 Mei 1972.

2

. [1] Diarkibkan 2006-11-08 di Wayback Machine

Perkhidmatan Dengan Bangsa-Bangsa Bersatu[sunting | sunting sumber]

Malayan Special Force di Congo[sunting | sunting sumber]

1 Recce dan 2 Recce telah memberikan khidmat di bawah Panji Pertubuhan Bangsa Bersatu semasa perkhidmatan dengan Malayan Special Force di Congo. Dengan penubuhan Malaysia, Rejimen ini sekali bertukar nama menjadi Kor Peninjau Malaysia. Rejimen Ketiga Peninjau telah dibentuk dengan mencantumkan Skuadron Peninjau Bebas (Independent Recce Squadron yang telah berkhidmat diSingapura) dengan “D” Skuadron daripada 1 Recce dan “D” Skuadron dari 2 Recce.

UNPROFOR dan SFOR[sunting | sunting sumber]

Unit-unit Kor Armor DiRaja adalah satu komponen kontinjen Malaysia (MALCON) yang berkhidmat di bawah UNPROFOR dan SFOR dalam misi-misi pengaman di Bosnia dan berkhidmat di bawah naungan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan kemudiannya di bawah naungan NATO.

3 Armor berkhidmat sebagai MALBATT I (Batalion Malaysia I) dengan UNPROFOR dalam tahun 1993 untuk mengawasi gencatan senjata dan juga mengawasi pelucutan senjata puak-puak yang bertelagah di Bosnia. Unit tersebut kemudiannya diganti oleh 2 Armor yang berkhidmat sebagai MALBATT II dalam tahun 1994 – 1995. 4 Armor berkhidmat sebagai MATBATT IV dan MALCON I (kontinjen Malaysia I) misi IFOR di bawah naungan NATO. Misi tersebut diteruskan sehingga 1998.

Organisasi dan Unit[sunting | sunting sumber]

Rejimen Armor[sunting | sunting sumber]

Ketika ini Kor Armor DiRaja mempunyai 5 rejimen yang dilengkapkan dengan kenderaan pengangkut anggota berperisai (APC), kenderaan tempur infantri (IFV), kenderaan tempur berperisai (ACV) dan juga dengan kereta kebal ringan jenis Alvis Scorpion.

Rejimen Armor mempunyai 3 skuadron tempur, 1 skuadron markas dan 1 skuadron bantuan. Rejimen Armor biasanya diperintah oleh pegawai berpangkat Leftenan Kolonel

Skuadron diperintah oleh seorang Mejar ataupun Kapten dan boleh dipecahkan menjadi Terup. Satu Skuadron Armor mempunyai 3 terup tempur, 1 terup markas dan 1 terup bantuan. Terup biasanya dipimpin oleh seorang Leftenan ataupun Leftenan Muda.

Skuadron Armor (Para)[sunting | sunting sumber]

Skuadron Armor (Para) adalah pasukan khusus Kor Armor DiRaja yang dijadikan komponen tetap Pasukan Atur Cepat (PAC) Malaysia. Kesemua anggota Skuadron Armor (Para) telah mendapat sayap penerjunan para.

Skuadron Armor (Para) telah ditubuhkan pada 12 September 1992 untuk melengkapkan keperluan Pasukan Atur Cepat Malaysia yang berpusar dengan 10 Briged Para. Skuadron Armor (Para) dilengkapkan dengan kereta kebal ringan jensi Alvis Scorpion 90 yang dilengkapkan dengan meriam 90 mm buatan Cockerill.

Skuadron Istiadat Berkuda[sunting | sunting sumber]

Skuadron Istiadat Berkuda telah dirasmikan penubuhannya pada 13 Mei 1997 untuk mengadakan kawalan istiadat di Istana Negara dan untuk membuat Iringan Istiadat dalam majlis-majlis rasmi melibatkan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Malaysia.

Pusat Latihan Peperangan Armor[sunting | sunting sumber]

Pusat Latihan Peperangan Armor berpusat di Kem Sebatang Karah, Port Dickson. Pertukaran pegawai dibuat dengan negara-negara sahabat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Perancis, India dan Pakistan.

SEMASA[sunting | sunting sumber]

Kelengkapan Semasa[sunting | sunting sumber]

Keenderaan perisai jenis AML Panhard dan kereta perisai jensi Cadillac Gage CV-100 dan CV-150 Commando telah ditamatkan perkhidmatan.

Pada masa ini, Kor Armor DiRaja dilengkapkan dengan kenderaan berperisai jenis 6x6 Sibmas, 4x4 Condor dan juga dengan keenderaan tempur berperisai (IFV dan ACV). Kor Armor DiRaja juga mempunyai satu Rejimen yang dilengkapkan dengan campuran kereta kebal ringan jenis Alvis Scorpion dan APC jenis Alvis Stormer.

SIBMAS 6x6 dilengkapkan dengan meriam Cockerill 90mm sementara Thyssen Radpanzer Condor dilengkapkan dengan mesingan 7.62 mm ataupund engan pelancar grenad 40mm. Alvis Scorpion dilengkapkan dengan meriam Cockerill 90mm, dan Alvis Stormer dilengkapkan dengan mesingan.

Kor Armor DiRaja juga menggunakan kenderaan ACV-300S Adnan yang dilesenkan pengeluarannya oleh FNSS dan dipasang oleh Deftech di Pekan. Kor Armor juga mempunyai kenderaan Korean IFV (KIFV) yang dibekalkan oleh Hyundai.

ACV-300S Adnan[sunting | sunting sumber]

Rekabentuk Adnan ACV-300S adalah berasaskan kepada rekabentuk kenderaan ACV-300 yang dikelaurkan oelh FNSS untuk tentera Turki. Kenderaan ini berasaskan kerangka teruji yang digunakan untuk keenderaan perisai M113 Tentera Amerika Syarikat dan digunakan secara meluas seluruh dunia. Adnan ACV-300S berkebolehan melakukan operasi amfibi merentasi sungai dan lain-lain halangan air.

Ia dilengkapkan dengan mesingan berat FN-Herstal 12.7mm dan mempunyai Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), sistem amaran laser dan pelancar grenad 76 mm. Sebilangan Adnan dilengkapkan dengan pelancar peluru berpandu anti kereta kebal, Bhaktar Shikan.

Kereta Kebal Tempur[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal PT-91M "Pendekar" yang dibekalkan kepada Kor Armor DiRaja

Kor Armor DiRaja telah dilengkapkan dengan 48 buah kereta kebal tempur jenis PT-91M "Pendekar" [2], sebuah versi tingkat upaya ekstensif daripada model PT-91 Twardy yang dipesan dari Poland. Kereta kebal ini adalah versi kereta kebal T-72 yang dimodenkan dan dilengkapkan dengan peralatan elektronik dari Perancis.

PT-91M menjadi pilihan kerana profilnya yang rendah dan mempunyai berat tempur yang ringan (42 tan) berbanding dengan berat tempur melebihi 60 tan untuk kereta kebal dari negara barat seperti Challenger 2, Leopard 2 dan M1 Abrams.

Kereta kebal Leclerc dari Perancis juga mempunyai berat tempur dalam lingkungan 45 tan tetapi tidak dapat menandingi harga yang ditawarkan. Korea Selatan juga menawarkan kereta kebal jenis K1 88 buatan Hyundai.

Inventori[sunting | sunting sumber]

Kor Armor Diraja mempunyai kekuatan dan kelengkapan seperti berikut (anggaran)

5 rejimen armor + 1 Sekuadron Armor (Para)

Muzium Armor[sunting | sunting sumber]

Fail:P1010079.jpg
Kereta Perisai Cadillac Gage V-100 di Muzium Armor, Port Dickson

Muzium Armor terletak di Jalan Sua Betong, Port Dickson, Negeri Sembilan. Muzium Armor ditubuhkan untuk menyimpan khazanah sejarah yang milik Kor Armor DiRaja. Muzium Armor dirasmikan oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Al-Marhum Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sultan Terengganu, pada 4 September, 1993. Beliau ketika itu adalah Kolonel Kehormat untuk Kor Armor DiRaja. Muzium ini diwartakan sebagai tarikan pelancong oleh Unit Galakan Pelancongan Negeri Sembilan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]