Kor Kesihatan Diraja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kor Kesihatan Diraja
كور كصيحتان دراج
Kor Kesihatan Diraja Malaysia
NegaraMalaysia
CawanganMarkas Angkatan Tentera Malaysia
MotoKhidmat Diutamakan
Peringatan11 Mei 1967
Komander
Komander
terkini
Lt Jen Dato' (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh

Kor Kesihatan Diraja (KKD) adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pergigian yang berkualiti kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). KKD tergolong di antara kelompok bantuan perkhidmatan yang membantu kelompok tempur dan bantuan tempur dalam aspek menyediakan perkhidmatan kesihatan.

Perkembangan perkhidmatan kesihatan dan pergigian angkatan tentera menyaksikan penubuhan unit-unit perubatan seperti Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT), Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT), Pusat Pergigian Angkatan Tentera (PGAT) di seluruh negara. KKD juga melalui institusi latihan di Kem Terendak, iaitu Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN) berfungsi untuk melatih anggota dan pegawai sebelum berkhidmat di unit masing-masing.

Selain itu, penglibatan KKD melalui projek-projek jiwa murni telah dapat membantu kerajaan dalam melaksanakan rancangan pembangunan negara. Khidmat bakti perkhidmatan kesihatan dan pergigian terus berkembang maju dengan penglibatan KKD dalam misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan bantuan kemanusiaan demi keamanan dan kesejahteraan manusia sejagat. KKD juga juga mempunyai pasukannya yang tersendiri dalam Pasukan Atur Cepat (PAC) dan juga Komando dengan penubuhan Kompeni Perubatan Para dan juga 21 Medik Komando. Penubuhan pasukan ini adalah bagi memberi sokongan perubatan dalam Pasukan Atur Cepat (PAC) di barisan hadapan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera bermula seawal sejarah perjuangan angkatan tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara selepas Perang Dunia Pertama. Ancaman konfrontasi dan penglibatan dalam Peperangan Menentang Insurgensi merupakan penyumbang ke arah penubuhan Kor Perkhidmatan Am (Ubat) pada tahun 1960. Sejarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) terukir apabila Kor Ubatan dan Gigian (KUG) ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1967. Evolusi Kor Kesihatan Diraja terus berkembang dengan penukaran designasi kepada Kor Kesihatan Angkatan Tentera (KKAT) pada 10 Ogos 1988. Penganugerahan Gelaran Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 7 Jun 1997 merupakan pengiktirafan negara terhadap khidmat bakti dan pengorbanan warga Kor kepada bangsa dan negara. Cogankata Kor Kesihatan Diraja ini adalah Khidmat Diutamakan.

Hospital[sunting | sunting sumber]

Rumah Sakit Angkatan Tentera ditubuhkan selepas kemerdekaan dan kebanyakan petugas kesihatan adalah terdiri daripada anggota tentera British Malaya yang berkhidmat Singapura, selepas itu sebuah hospital telah dibina di Puchong, Selangor pada 1960 an ketika itu mempunyai sebuah lagi hospital di Kem Terendak,Melaka tinggalan tentera Komanwel.Pada 1980 an nama Rumah Sakit Angkatan Tentera ditukar nama kepada Hospital Angkatan Tentera (HAT) antaranya HAT 94 kekal di Kem Terendak dan HAT Laut di Lumut,Perak setelah beberapa tahun kemudian HAT berpindah dari Puchong ke lokasi tetap di Seksyen 1,Wangsa Maju Kuala Lumpur pada 2010 dan nama HAT dinaik nama sebagai HATSM atau Hospital Angkatan Tentera Sultan Mizan bersempena nama Yang Dipertuan Agong ke-12 ketika itu Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah .

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

KKD sekurang-kurangnya melaksanakan lebih ratusan ribu operasi melibatkan kempen ketenteraan,misi pengaman dan bencana alam di dalam mahupun luar negara dan berikut senarai misi terlibat yang jayakan oleh warga KKD:

Domestik[sunting | sunting sumber]

Luar negara[sunting | sunting sumber]

  • Congo (1961-1963)
  • Namibia (1988-1989)
  • Kemboja (1992-1993)
  • Bosnia Herzegovina (1993-1997)
  • Somalia (1993-1995)
  • Lubnan (2007-sekarang)
  • Turki (2023)
  • Misi kemanusiaan di Sempadan Pakistan-Afghanistan (2002)
  • Gempa bumi di Kashmir (2004)
  • Timor Leste (2006-2007)
  • Misi ISAF khas di Bamiyan, Afghanistan (2011-2014)