Kora

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sebuah kora lengkap

Kora (bahasa-bahasa Manding: ߞߐߙߊ köra[1]) ialah sebuah alat muzik bertali digunakan banyak masyarakat di barat benua Afrika,[2] terutamanya sebagai iringan pengisahan dan dendangan para penglipur lara mereka. Alat ini dimain secara dipetik dengan jari.

Binaan[sunting | sunting sumber]

Kora dibina daripada sebuah labu parang besar yang dipotong dua dengan bukaan berukuran diameter antara 40 hingga 60 sentimeter, bukaan ini ditutup dengan kulit lembu untuk mengayun bunyi petikan. Leher alat yang panjang diperubat dari kayu keras melalui badan labu disokong dua palang penyokong di bawahnya.[3]

Tali alat secara tradisinya dibuat daripada jalur nipis kulit haiwan tertentu seperti dari lembu atau antelop namun hari ini banyak lebih diperbuat daripada tali kecapi atau joran nilon[4][5] yang kadangkala dipintal bersama untuk menghasilkan tali petikan yang lebih tebal kuat. Sebanyak 21 tali dawai dipasangkan terangkat pada kekuda kembar bebas yang berlekuk:[3] sebelas dimainkan pada tangan kiri dan sepuluh yang lain dimain pada tangan kanan, kadang-kadang ada juga model alat bertali ditambahkan 4 tali seperti yang wujud di kawasan Casamance selatan Senegal.[5] Suatu kepingan besi dipanggil nyenyenmo adakala dipasangkan di kaki tali untuk mengeluarkan bunyi desingan diinginkan dari tali dipetik.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Faya Ismael Tolno (September 2011). "Les Recherches linguistiques de l'école N'ko" (PDF). Dalou Kende (dalam bahasa Perancis). No. 19. Kanjamadi. m/s. 7. Dicapai pada 17 December 2020.
  2. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-08. Dicapai pada 2007-03-21.CS1 maint: archived copy as title (link)
  3. ^ a b Loquenz, Harald. ""Construction of the Instrument"". West African Kora Music and Jaliya Culture. Dicapai pada 21 June 2021.
  4. ^ a b Calderwood, Eric (August 18, 2009). "The Kora: A Primer". Paste Magazine (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ a b "The Kora Instrument". Kora Music. 9 Februari 2018. Dicapai pada 6 April 2020.