Pergi ke kandungan

Korie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Korie
Kelahiran
Azahari bin Aminuddin

1969 (umur 56–57)
Nama lainKorie, Korie Aminuddin
PekerjaanPenyanyi
PasanganNor Baini Jaafar (k. 2004; c. 2019)
Anak-anak2
Ibu bapaAminuddin Manap (bapa)
Yang Asmah Long (ibu)
SaudaraKaka Azraff (anak saudara)
KeluargaMohd Nor Izam Aminuddin (abang)
Nor Azraff Aminuddin (abang)
Saidatulnisa Aminuddin (kakak)
Rozita Aminuddin (kakak)
Shahrizan Aminuddin (kakak)
Ella Aminuddin (kakak)

Azahari Aminuddin lebih dikenali sebagai Korie Aminuddin atau Korie merupakan seorang penyanyi Malaysia. Beliau juga merupakan adik kepada Ratu Rock Malaysia, Ella.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Korie dilahirkan pada tahun 1969 di Gelugor, Pulau Pinang dan dibesarkan di Klang, Selangor. Beliau merupakan anak bongsu dari tujuh adik beradik kepada pasangan Aminuddin Manap dan Yang Asmah Long.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Korie telah mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya, Nor Baini Jaafar pada 2004. Namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama 15 tahun selepas berpisah pada tahun 2019. Hasil dari perkahwinan, Korie dikurniakan dua cahaya mata. Pada tahun 2021, beliau dikesan menghidapi masalah buah pinggang selepas mengalami kesukaran bernafas sebanyak dua kali yang disangka masalah gerd sebelum beliau diserang strok. [1] Semangat beliau yang tidak pernah berputus asa untuk terus bangkit demi anak-anak tercinta membuahkan hasil apabila beliau mendedahkan pada tahun 2025 beliau telah pulih daripada masalah buah pinggang tahap tiga.[2]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Korie (1996)

No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Kembalilah"Korie
2."Pergilah Sayang" (Duet bersama Ella) KorieKorie
3."Sampai Bila"ParaPara
4."Aku Cinta Padamu"KorieKorie
5."Camarkan Rindu"CenderawasihKorie
6."Mungkin Salahku"KorieKorie, Zuriani
7."Harapan & Impian"Korie, AmirKorie, Amir
8."Bersanding Diimpianku"LoloqKorie
9."Ku Mahumu"KorieKorie
10."Kau"KorieKorie


Satu Sama (1997)

No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Kau Pendusta"KorieKorie
2."Satu Sama"Korie, Asmin MudinKorie, Asmin Mudin
3."Mahu Tapi Malu"KorieKorie
4."Hadir Mu"Korie, DandiarKorie, Dandiar
5."Bebaskanlah Aku"KorieKorie
6."Aku"KorieKorie
7."Ku Rindu Pada Mu"KorieKorie
8."Jika Benar"Korie
9."Kehadiran"KorieKorie
10."Anganku"KorieKorie, Khalid
11."Mungkinkah Sayang" (Duet bersama Ella) KorieKorie
Tahun Tajuk Lagu Kolaborasi Penulis Lirik Komposer Catatan
2019 Berhenti Tentangmu Korie

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
1997 Hanya Kawan Korie Filem pertama

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2025 Gegar Vaganza (musim 12) Peserta Astro Ria Tersingkir minggu ke-6 (7 Disember 2025)
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2023 Borak Selebriti Tetamu Jemputan
  1. ^ Sallehuddin, Serimah Mohd (2023-07-29). "Korie derita penyakit buah pinggang". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-10-25.
  2. ^ ANUAR, HELMI (2025-07-28). "Sembuh sakit buah pinggang, Korie ingin menyanyi semula". Kosmo Digital. Dicapai pada 2025-10-25.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]