Koronavirus berkaitan sindrom pernafasan akut teruk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Koronavirus berkaitan sindrom pernafasan yang teruk 1
SARS virion.gif
imej mikroskop elektron bagi SARS virion
Pengelasan virus e
(tanpa pangkat): Virus
Alam: Riboviria
Filum: incertae sedis
Order: Nidovirales
Keluarga: Coronaviridae
Genus: Betacoronavirus
Subgenus: Sarbecovirus
Spesies:
Strain:
Koronavirus berkaitan sindrom pernafasan yang teruk 1
Sinonim
  • koronavirus SARS
  • koronavirus berkaitan SARS
  • Koronavirus sindrom pernafasan akut teruk[1]

SARS-CoV atau SARSr-CoV (Koronavirus berkaitan sindrom pernafasan yang teruk) ialah virus yang menyebabkan sindrom pernafasan akut teruk (SARS).[2] Pada 16 April 2003, setelah SARS merebak di Asia dan kes kedua di tempat lainnya di serata dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan bahawa koronavirus yang dikenalpasti oleh beberapa makmal, ialah sebagai penyebab rasmi SARS. Sampel virus tersebut disimpan di makmal Bandar Raya New York, San Francisco, Manila, Hong Kong, dan Toronto

Pada 12 April 2003, ahli sains yang bekerja di Pusat Sains Genom Michael Smith di Vancouver selesai memetakan urutan genetik virus korona yang diyakini berkaitan dengan SARS. Pasukan ini diketuai oleh Dr. Marco Marra, berkolaborasi dengan Pusat Kawalan Penyakit dan Makmal Mikrobiologi Kebangsaan British Columbia di Winnipeg, Manitoba, menggunakan sampel dari pesakit yang dijgkiti di Toronto. Peta tersebut, dipuji oleh WHO sebagai langkah maju yang penting dalam memerangi SARS, dibahagikan kepada para ilmuwan di seluruh dunia melalui laman web GSC. Dr. Donald Low dari Hospital Mount Sinai di Toronto menggambarkan penemuan tersebut dibuat dengan "kecepatan yang belum pernah terjadi sebelumnya".[3] Sejak itu urutan koronavirus SARS telah disahkan oleh kumpulan bebas yang lain.

Koronavirus SARS ialah salah satu dari beberapa virus yang dikenalpasti oleh WHO sebagai kemungkinan penyebab wabak di masa depan setelah wabak Ebola, sehingga penyelidikan dan pembangunan diperlukan secepat mungkin, sebelum dan selepas wabak terhadap ujian diagnostik, vaksin, dan ubat-ubatan.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "ICTV Taxonomy history: Severe acute respiratory syndrome-related coronavirus" (html). International Committee on Taxonomy of Viruses (ICTV) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 January 2019.
  2. ^ Thiel V (editor). (2007). Coronaviruses: Molecular and Cellular Biology (ed. 1st). Caister Academic Press. ISBN 978-1-904455-16-5.
  3. ^ "B.C. lab cracks suspected SARS code". CBCNews, Canada. April 2003. Diarkib daripada yang asal pada 2007-11-26.
  4. ^ Kieny, Marie-Paule. "After Ebola, a Blueprint Emerges to Jump-Start R&D". Scientific American Blog Network. Diarkib daripada yang asal pada 20 December 2016. Dicapai pada 13 December 2016.
  5. ^ "LIST OF PATHOGENS". World Health Organization. Diarkib daripada yang asal pada 20 December 2016. Dicapai pada 13 December 2016.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]