Korvet Type 056

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ringkasan kelas
Pembina:
Pengguna:
Didahului oleh: Korvet Type 037
Disiapkan: 72 (PLAN)[1]
Aktif: 72 (PLAN)[1]
Ciri-ciri umum
Jenis: Korvet
Sesaran: 1,500 tan
Panjang: 90 m (300 ka)
Lunas: 11.14 m (36.5 ka)
Draught: 4 m (13 ka)
Jana kuasa: 2 x motor diesel SEMT Pielstick PA6-STC
Halaju: 25 kn (46 km/j; 29 mph)
Jarak: 3,500 nmi (6,500 km; 4,000 bt) pada 16 kn (30 km/j; 18 mph)
Anak kapal: 78
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Persenjataan:
  • 1 × meriam AK-176 76 mm.
  • 2 × meriam 30 mm.
  • 2× 2-sel peluru berpandu anti kapal YJ-83, di tengah kapal
  • 1 × 8-sel pelancar peluru berpandu permukaan ke udara FL-3000N
  • 2 × tiub torpedo berkembar tiga 324 mm
Kemudahan penerbangan: Helipad untuk 1 helikopter sederhana (Harbin Z-9)

Type 056 (nama pengenalan NATO: Jiangdao) adalah sebuah kelas korvet yang digunakan oleh Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat (PLAN). Ia mengantikan kapal peronda dan beberapa frigat Type 053H yang telah berusia.[3] Korvet Type 056 pertama memasuki perkhidmatan pada bulan Februari 2013.[4] Sebuah versi peperangan anti kapal selam (ASW), yang dikenali sebagai Type 056A, juga telah memasuki perkhidmatan.[5] Berikutan dengan pembinaan Aba pada Disember 2019, China telah menghentikan pembinaan korvet Type 056 bagi memberi fokus pada perolehan kapal perang lebih besar untuk misi-misi laut lepas.[6]

Dua buah kapal versi rondaan seberat 1,800 tan, P18N telah diserahkan kepada Tentera Laut Nigeria[7] dan empat buah korvet C13B seberat 1,300 telah dijual kepada Tentera Laut Bangladesh.[8]

Perincian[sunting | sunting sumber]

Shangrao (583)
Pelancar YJ-83 ASM
Pelancar FL-3000N SAM
Radar Type 360

Korvet Type 056 akan memenuhi ruang kekangan keupayaan antara bor peluru berpandu Type 022 dan frigat Type 054A.[9] Ia memiliki panjang 90 meter, sesaran 1500 tan,[10] dan rekabentuk dengan ciri-ciri anti radar.[11] Type 056 dibina untuk beroperasi dalam misi-misi perairan hijau dan tugas-tugas pesisir, dan bukannya operasi tempur laut biru;[3] Ia dibina untuk bertahan selama 15 hari dalam misi tempur seperti rondaan, mengiring dan melindungi kepentingan zon ekonomi ekslusif antara 200 nmi (230 bt; 370 km) daripada pantai, membolehkan kapal perang lebih besar untuk diaturgerak ke laut terbuka.[12] Korvet Type 056 boleh membawa krew seramai 78 orang dengan halaju tertinggi 25 knot (46 km/j), dan jarak 3,500 batu nautika (6,500 km) pada 16 knot (30 km/j).[13][14]

Persenjataan permukaan dilaporkan mempunyai sebuah meriam laut 76 mm AK-176, dua pucuk meriam auto 30 mm,[13] dan sempat buah peluru berpandu anti kapal YJ-83.[10] Peluru berpandu permukaan ke udara FL-3000N dibawa di dalam pelancar tunggal bersel 8.[13] Akhirnya, terdapat dua set pelancar torpedo berkembar tiga 324 mm,[10] yang boleh membawa torpedo ringan ASW Yu-7.[13]

Kapal Type 056 asas dilengkapi dengan radar Type 347G (LR66) dan sonar haluan.[13] Type 056A pula memiliki tambahan sonar jujukan fasa dan kedalaman boleh-ubah (VDS);[10] bentuk VDS mencadangkan bahawa ia "bukan salinan sebenar" DE-1163 buatan Itali/AS atau DUBV-43 buatan Perancis. Ia membuktikan China telah melakukan ujian dan analisis ekstensif ke atas semua peralatan yang diimport dan membinanya secara tempatan dengan menggunakan pengetahuan yang diperolehi.[15]

Type 056 memiliki dek helikopter untuk memuatkan sebuah helikopter bersaiz Z-9, tetapi tiada hangar.[10]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Badan kapal Type 056 dibangunkan berdasarkan pada kapal peronda luar pantai kelas Pattani, yang telah dibina di China untuk Thailand bermula pada tahun 2005 hingga 2006.[16]

Kapal pertama telah dilancarkan oleh Hudong-Zhonghua Shipbuilding pada Mei 2012.[17] Pada akhir tahun 2012, kelas ini dibina oleh empat buah limbungan kapal China.[18]

Type 056A mula diproduksi sejak akhir tahun 2013.[15]

Menjelang bulan Februari 2021, PLAN telah mentauliahkan kapal terakhir dari kelas ini, di mana berjumlah 22 buah Type 056 dan 50 buah Type 056A.[1]

Versi[sunting | sunting sumber]

Korvet P18 adalah versi eksport bagi Type 056. P18 memiliki sesaran sebanyak 1,800 tan, dengan panjang 95 m (312 ka) dan panjang lunas 12 m (39 ka) beam; janakuasanya terdiri dari dua buah enjin diesel MTU 20V 4000M, dengan halaju maksimum 25 knot (46 km/j); persenjataan mungkin termasuk sebuah meriam 76 mm., dua buah meriam 30 mm., sehingga lapan buah peluru berpandu anti kapal, dua set pelancar torpedo berkembar tiga; dan sebuah helikopter sederhana mungkin boleh dibawa.[19]

Pada tahun 2014, P18 dilaporkan sedang dipertimbangkan oleh Kazakhstan untuk memenuhi keperluan negara ini sehingga sembilan buah kapal.[20]

Pada akhir tahun 2014, Argentina dilaporkan telah bersetuju untuk membeli lima buah P18, dua buah akan dibina di China, dan selebihnya akan dibina bersama di Argentina. Kapal-kapal ini akan dikenali sebagai kelas Malvinas, dan akan memiliki sonar ditunda dan dek penerbangan yang dibesarkan untuk mengendalikan helikopter Sea King. Setiap kapal mungkin bernilai US$50 juta.[19]

Bangladesh[sunting | sunting sumber]

C13B merupakan sebuah versi bagi korvet Type 056 yang dibina untuk Tentera Laut Bangladesh. Korvet ini memiliki 90 meter (300 ka) panjang dan sesaran 1,330 tan.[8] Setiap kapal akan dipersenjatai dengan sebuah meriam 76mm H/PJ-26, peluru berpandu anti kapal C-802A, peluru berpandu permukaan ke udara FL-3000N, dua buah turet meriam kawalan jauh H/PJ-17-1 30mm[21] dan dua buah pelancar roket Type 87 ASW.[22][23] Sepertimana Type 056, pad helikopter disediakan tetapi tanpa hangar.[7] Korvet ini dilaporkan mempunyai kelajuan 25 knot (46 km/j).[24]

Kumpulan pertama yang terdiri daripada dua buah kapal telah dipesan dari Wuchang Shipyard di Wuhan,[8] dilaporkan pada Oktober 2012.[7] Kapal ini dibaringkan pada 8 Januari 2013. Shadhinota (F111), kapal pertama telah dilancarkan pada 30 November 2014.[24] Manakala kapal kedua, Prottoy (F112) telah dilancarkan pada 30 Disember 2014. Shadhinota dan Prottoy telah ditauliahkan pada 19 Mac 2016.[25]


Kumpulan kedua dengan dua buah kapal telah dipesan pada 21 Julai 2015.[26] Pembinaan kapal-kapal ini bermula pada 9 Ogos 2016.[27] Kapal ketiga, Sangram (F113), telah dilancarkan pada 12 Februari 2018.[28] Kapal keempat, Prottasha (F114) pula dilancarkan pada 8 April 2018.[21] Tentera Laut Bangladesh telah menerima dua buah kapal terakhir, Sangram dan Prottasha. Korvet ini telah diserahkan pada 28 March dan tiba di pangkalan tentera laut di Chittagong pada 27 April 2019. Berdasarkan pada Jane's 360, dua kapal terakhir dilengkapi dengan sebuah radar jujukan fasa yang lebih maju tidak seperti dua buah kapal pertama.[29]

Nigeria[sunting | sunting sumber]

Kapal peronda luar pantai (OPV) P18N adalah sebuah versi yang digunakan oleh Tentera Laut Nigeria. P18N mempunyai sesaran 1,800 tan, 95 m (312 ka) panjang, mampu belayar selama 20 hari,[30] halaju maksimum 21 knot (39 km/j)[31] radius operasi 3,000 batu nautika (5,600 km) pada 14 knot (26 km/j).[30] Ia akan memuatkan anak kapal seramai 75 orang. Persenjataan dilaporkan terdiri dari sebuah meriam NG-16-1 dengan kaliber 76 mm dengn sebuah radar kawalan tembakan TR47, dua buah meriam 30 mm, dan dua buah 20 mm.[31] Kelas ini juga mempunyai sebuah Sistem Pengambilan Sokongan Minyak untuk menangani tumpahan minyak.[32] Tidak seperti Type 056, P18N mempunyai sebuah hangar helikopter.[30]

Nigeria telah memesan dua buah kapal P18N daripada CSOC pada April 2012[33] dengan harga US$42 juta sebuah.[19] Kapal pertama akan dibina di China, manakala bagi kapal kedua 50–70% akan disiapkan di Limbungan Kapal Tentera Laut Nigeria di Port Harcourt; CSOC juga diberi kontrak untuk menaik taraf limbungan kapal di Nigeria.[33]

NNS Centenary (F91), kapal P18N pertama, telah dibina di Wuchang Shipyard di Wuhan. Ia telah dilancarkan pada Januari 2014 dan menyelesaikan ujian-ujian pada Oktober 2014.[31] Centenary meninggalkan China pada Disember 2014 dan tiba di Lagos, Nigeria pada Februari 2015;[30] Ia telah ditauliahkan pada bulan yang sama.[32] Asalnya ia dijangka akan diserahkan pada pertengahan tahun 2014.[33]

Kapal OPV kedua, NNS Unity (F92) dilaporkan pada Februari 2015 akan menjalani pemasangan terkahir di Wuchang, dan dijangka akan diserahkan pada tahun 2015.[30] Awalnya, Nigeria dijangka akan menerimanya pada pertengahan tahun 2014 untuk disiapkan di Port Harcourt.[33] Kapal ini telah diserahkan pada 4 November 2016 kepada Tentera Laut Nigeria di Lagos. NNS Unity telah ditauliahkan pada 15 December 2016.[34] Pada Januari 2017, kapal ini telah diaturgerak ke The Gambia untuk "menunjukkan kekuatan" oleh ECOWAS dalam campur tangan dalam krisis perlembagaan Gambia 2016–17.[35]

Algeria[sunting | sunting sumber]

Stockholm International Peace Research Institute (SIPRI) telah melaporkan bahawa Algeria telah memesan sebuah frigat/OPV sepanjang 96-meter pada tahun 2020; SIPRI telah menyenaraikan kelas ini sebagai "Pattani".[36]

Berdasarkan pada media sosial, kapal ini merupakan versi eksport bagi korvet Type 056 dan telah dilancarkan pada Ogos 2021.[37]

Versi Pengawal Pantai China[sunting | sunting sumber]

Sebuah versi Type 056 untuk Pengawal Pantai China telah dibina di Huangpu pada akhir tahun 2014. Kedudukan struktur super di bahagian hadapan dialihkan kembali ke belakang untuk membolehkan sebuah struktur dibina di depan anjung. Davit yang besar telah dipasang di depan dek penerbangan pada kedua-dua bahagian sisi kapal. Mengikut jangkaan. kapal ini tidak akan dilengkapi dengan meriam 76 mm., peluru berpandu, atau sistem-sistem persenjataan lain.[38]

Kapal-kapal dalam kelas[sunting | sunting sumber]

Bendera tentera laut Republik Rakyat China Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat
# Nombor Pennant Nama Pembina Dilancarkan Ditauliahkan Armada Status
Type 056
1 501[39] 信阳 / Xinyang[39] Mac 2015[39] Armada Laut Utara[39] Aktif
2 503[40] 宿州 / Suzhou Mei 2014 Februari 2015
3 505[41] 秦皇岛 / Qinhuangdao[41] Hudong[41] Oktober 2014[41] 16 Oktober 2015[41] Armada Laut Utara[41] Aktif[41]
4 511[42] 保定 / Baoding[42] Disember 2016 Armada Laut Timur Aktif
5 512[42] 菏泽 / Heze[42] Disember 2016 Armada Laut Timur Aktif
6 580[40][43] 大同 / Datong[43] Mei 2013[43] Aktif
7 581[40][44] 营口 / Yingkou[44] Ogos 2013[44] Armada Laut Utara[44] Aktif
8 582[40][45] 蚌埠 / Bengbu[40] Februari 2013[45] Aktif
9 583[40] 上饶 / Shangrao[40]
10 584[40][46] 梅州 / Meizhou[40][46] Julai 2013[46] Armada Laut Selatan[46] Aktif
11 585[40] 百色/ Baise[40]
12 586[40] 吉安 / Ji'an[40]
13 587[40][47] 揭阳 / Jieyang[40][47] Januari 2014[47] Armada Laut Selatan[47] Aktif
14 588[40][48] 泉州 / Quanzhou[48] Ogos 2014[48] Armada Laut Timur[48] Aktif
15 589[40][49] 清远 / Qingyuan[49] Huangpu[49] Jun 2014[49] Armada Laut Selatan[49] Aktif
16 590[40] 威海 / Weihai[50]
17 591[40]
18 592[40][49] 泸州 / Luzhou[49] Wuhan[49] Jun 2014[49] Armada Laut Selatan[49] Aktif
19 595[40]
20 596[40][51] 惠州 / Huizhou[40][51] Julai 2013[52] Hong Kong Garrison[51] Aktif
21 597[40][51] 钦州 / Qinzhou[40][51] Julai 2013[52] Hong Kong Garrison[51] Aktif
Type 056A
22 502[10] 黄石 / Huangshi[10] Hudong[10] Mac 2015[10] Armada Laut Utara[10] Aktif
23 593[5][40] 三门峡 / Sanmenxia[5] Hudong[13] November 2013[15] November 2014[5] Armada Laut Timur[5] Aktif
24 594[40][53] 株洲 / Zhuzhou[53] November 2014[53] Armada Laut Selatan[53] Aktif
605[54] 张家口 / Zhangjiakou[54] Armada Laut Utara[54] Aktif
Bendera tentera laut Bangladesh Tentera Laut Bangladesh
No. Pennant Nama Pembina Dilancarkan Ditauliahkan Status
C13B
F111[8] Shadhinota[8] Wuchang[8] 30 November 2014[24] 11 Disember 2015[55] Aktif[55]
F112[8] Prottoy[8] Wuchang[8] 30 Disember 2014[56] 11 Disember 2015[55] Aktif[55]
F113 Sangram Wuchang 12 Februari 2018[28] 18 Jun 2020[57] Aktif[57]
F114 Prottasha Wuchang 8 April 2018[21] 5 November 2020[58] Aktif
Bendera tentera laut Nigeria Tentera Laut Nigeria
No. Pennant Nama Pembina Dilancarkan Ditauliahkan Status
P18N
F91[30] Centenary[30] Wuchang[31] Januari 2014[31] Februari 2015[32] Aktif
F92[30] Unity[30] Wuchang[30] 29 November 2014[59] 15 Disember 2016[34] Aktif

Kapal-kapal setara[sunting | sunting sumber]

Kapal yang memiliki saiz dan peranan yang setara:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Tate, Andrew (17 February 2021). "Chinese navy commissions final two Jiangdao-class corvettes". Janes. Dicapai pada 3 March 2021.
  2. ^ "Jiangdao Class (Type 056) Corvette". Naval Technology.
  3. ^ a b United States Navy Office of Naval Intelligence (2015). The PLA Navy: New Capabilities and Missions for the 21st Century (PDF) (Laporan). m/s. 17. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 18 May 2015. Dicapai pada 6 June 2015.
  4. ^ United States Office of the Secretary of Defense (2013). Annual Report To Congress: Military and Security Developments Involving the People’s Republic of China 2013 (PDF) (Laporan). m/s. 7. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 Januari 2015. Dicapai pada 6 Jun 2015.
  5. ^ a b c d e Rahmat, Ridzwan (18 November 2014). "China inducts second Type 056A corvette into East Sea Fleet". IHS Jane's 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 June 2015. Dicapai pada 6 June 2015.
  6. ^ China Builds its last and final Type 056 Corvette. Navy Recognition. 17 January 2020.
  7. ^ a b c Mizokami, Kyle (7 Mei 2015). "A Look at China's Growing International Arms Trade". USNI News. United States Naval Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2015. Dicapai pada 6 Jun 2015.
  8. ^ a b c d e f g h i Mazumdar, Mrityunjoy (13 Julai 2015). "Bangladesh's new C13B corvettes start sea trials ahead of more orders". IHS Jane's 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 14 Julai 2015.
  9. ^ Dutton, Peter; Erickson, Andrew S.; Martinson, Ryan, penyunting (February 2014). China's Near Seas Combat Capabilities (Laporan). China Maritime Studies. 11. United States Naval War College. m/s. 122. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 May 2015. Dicapai pada 6 June 2015.
  10. ^ a b c d e f g h i j Tate, Andrew (11 May 2015). "China commissions fourth ASW-capable Type 056 corvette". IHS Jane's 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 May 2015. Dicapai pada 6 June 2015.
  11. ^ United States Office of the Secretary of Defense (Jun 2014). Annual Report To Congress: Military and Security Developments Involving the People’s Republic of China 2014 (PDF) (Laporan). m/s. 66. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 9 Julai 2015. Dicapai pada 11 Jun 2015.
  12. ^ China's 36th & 37th Type 056 Corvettes (Jiangdao class) Commissioned in PLAN South Sea Fleet Diarkibkan 2017-12-01 di Wayback Machine – Navyrecognition.com, 28 November 2017
  13. ^ a b c d e f Rahmat, Ridzwan (1 September 2014). "PLAN's 17th Type 056 corvette begins sea trials". IHS Jane's 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 May 2015. Dicapai pada 6 June 2015.
  14. ^ Type 056 class Diarkibkan 2017-12-03 di Wayback Machine – Military-Today.com
  15. ^ a b c Tate, Andrew (31 August 2014). "China adding towed sonars to Type 054A, Type 056 vessels". IHS Jane's 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2014. Dicapai pada 6 June 2015.
  16. ^ Cao, Feng (4 Mac 2013). "China's New Frigate by the Numbers". USNI News. United States Naval Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2015. Dicapai pada 7 Jun 2015.
  17. ^ "Launch of the head of Type 056 Chinese Corvette class". Navy Recognition. 24 Mei 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 7 Jun 2015.
  18. ^ O'Rourke, Ronald (23 December 2014). China Naval Modernization: Implications for U.S. Navy Capabilities – Background and Issues for Congress (PDF) (Laporan). Congressional Research Service. RL33153. Dicapai pada 6 June 2015.
  19. ^ a b c Fisher, Richard D., Jr. (1 February 2015). "China, Argentina set for defence collaboration, Malvinas-class OPV deal". IHS Jane's 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 March 2015. Dicapai pada 6 June 2015.
  20. ^ Herschelmann, Kerry (31 August 2014). "Kazakh Navy to get new MCMVs, patrol craft in near future". IHS Jane's 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 June 2015. Dicapai pada 6 June 2015.
  21. ^ a b c Dominguez, Gabriel. "China launches fourth and final Type C13B corvette for Bangladesh Navy | Jane's 360". www.janes.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-10. Dicapai pada 2018-04-10.
  22. ^ "NAVDEX 2021: Bangladesh Navy displays Type 056 corvette BNS Prottoy". Navy Recognition (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-09-08.
  23. ^ বাংলাদেশ নৌবাহিনীর যুদ্ধজাহাজ ও সাবমেরিন নিয়ে ইত্যাদির তথ্যসমৃদ্ধ প্রতিবেদন (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2021-09-08
  24. ^ a b c "New Corvette for Bangladesh Navy launched by China Shipbuilding Industry Corporation". Navy Recognition. 3 Disember 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2015. Dicapai pada 11 Jun 2015.
  25. ^ "Navy to get 2 submarines this year: PM". The Daily Sun. 19 Mac 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2016. Dicapai pada 19 Mac 2016.
  26. ^ "China starts construction of two more Bangladesh Navy corvettes". navaltoday.com. 11 Ogos 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Oktober 2016. Dicapai pada 15 Oktober 2016.
  27. ^ "Bangladesh Navy chief to attend steel-cutting ceremony of warships in China". Bdnews24.com. 7 Ogos 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2018. Dicapai pada 14 Februari 2018.
  28. ^ a b "China's CSSC launches C-13B corvette for Bangladesh". Quwa. 13 Februari 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2018. Dicapai pada 14 Februari 2018.
  29. ^ "Bangladesh Navy receives final two Chinese-made Type C13B corvettes". www.janes.com. Jane's 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-29. Dicapai pada 2018-05-06.
  30. ^ a b c d e f g h i j Mazumdar, Mrityunjoy (8 February 2015). "First Chinese-built OPV arrives in Lagos". IHS Jane's 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 June 2015. Dicapai pada 11 June 2015.
  31. ^ a b c d e Rahmat, Ridzwan (2 November 2014). "China completes sea trials for Nigerian OPV". IHS Jane's 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2015. Dicapai pada 6 June 2015.
  32. ^ a b c Waldwyn, Tom (13 March 2015). "Tom Waldwyn: Asian naval exports to Africa on the rise". International Institute for Strategic Studies. Dicapai pada 11 June 2015.
  33. ^ a b c d Mazumdar, Mrityunjoy (23 October 2013). "Details of Nigerian naval shipbuilding plans revealed". IHS Jane's 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 October 2013. Dicapai pada 6 June 2015.
  34. ^ a b de Cherisey, Erwan (19 December 2016). "Nigerian Navy commissions new vessels". IHS Janes 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2016. Dicapai pada 20 December 2016.
  35. ^ "The Gambia's president declares state of emergency". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2017-01-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-18. Dicapai pada 2017-01-18.
  36. ^ "Trade Registers - China to Algeria - 2020 to 2020 - Ships". Stockholm International Peace Research Institute. Dicapai pada 26 August 2021. 1 Pattani OPV/frigate 2020 Designation uncertain (reported as '96m corvette'); delivery planned 2023
  37. ^ "New Pictures of Chinese Made Type 056 For Algeria".
  38. ^ Tate, Andrew (25 November 2014). "China building coastguard ship based on Type 056 corvette hull". IHS Jane's 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2015. Dicapai pada 6 June 2015.
  39. ^ a b c d Tate, Andrew (10 March 2015). "China commissions 19th Type 56 corvette". IHS Jane's 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 July 2015. Dicapai pada 6 June 2015.
  40. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa United States Navy Office of Naval Intelligence (2015). PLA Navy Identification Guide (PDF) (Laporan). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 May 2015. Dicapai pada 6 June 2015.
  41. ^ a b c d e f g Tate, Andrew (20 October 2015). "China commissions 23rd Type 056 corvette". IHS Jane's 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2015. Dicapai pada 1 November 2015.
  42. ^ a b c d "Chinese navy commissions two more Jiangdao-class corvettes". CMC reporting Jane's Defence Weekly. 2016-12-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-20. Dicapai pada 2017-01-11.
  43. ^ a b c Chen, Jie, penyunting (20 May 2013). "New-type guided missile frigate commissioned to PLA Navy". China Military Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2015. Dicapai pada 6 June 2015.
  44. ^ a b c d Zhang, Tao, penyunting (2 August 2013). "New frigate commissioned to PLAN". China Military Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2015. Dicapai pada 6 June 2015.
  45. ^ a b Zhang, Tao, penyunting (26 February 2013). "First type-056 frigate delivered to PLA Navy". China Military Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2015. Dicapai pada 6 June 2015.
  46. ^ a b c d Chen, Jie, penyunting (30 July 2013). "'Meizhou' ship commissioned to South China Sea Fleet". China Military Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2015. Dicapai pada 6 June 2015.
  47. ^ a b c d Zhang, Tao, penyunting (27 Januari 2014). "'Jieyang' ship commissioned to South China Sea Fleet". China Military Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2016. Dicapai pada 6 Jun 2015.
  48. ^ a b c d Rahmat, Ridzwan (18 August 2014). "PLAN commissions Jiangdao-class corvette into East Sea Fleet". IHS Jane's 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2014. Dicapai pada 6 June 2015.
  49. ^ a b c d e f g h i j Rahmat, Ridzwan (20 June 2014). "PLAN inducts two Type 056 corvettes into South China Sea fleet". IHS Jane's 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 June 2015. Dicapai pada 6 June 2015.
  50. ^ "Chinese Frigate 590 Weihai". AirForceWorld.com. 10 July 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 July 2015.
  51. ^ a b c d e f Arthur, Gordon (1 July 2014). "China shows off new kit at Hong Kong garrison open days". IHS Jane's 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 June 2015. Dicapai pada 6 June 2015.
  52. ^ a b Chen, Jie, penyunting (2 July 2013). "Two new-type frigates of PLA Hong Kong Garrison commissioned". China Military Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2015. Dicapai pada 6 June 2015.
  53. ^ a b c d Rahmat, Ridzwan; Hardy, James (10 November 2014). "PLAN commissions first ASW variant Type 056 corvette". IHS Jane's 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 May 2015. Dicapai pada 6 June 2015.
  54. ^ a b c 王世纯 (2 Mac 2021). "052D"淮南"舰已经服役". guancha.cn. Dicapai pada 16 April 2021.
  55. ^ a b c d Mazumdar, Mrityunjoy (13 Januari 2016). "Bangladesh Navy receives two new corvettes". IHS Jane's 360. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 23 Julai 2016.
  56. ^ "Second Type 056 Corvette of Bangladesh Navy launched". defencebd.com. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 23, 2015. Dicapai pada Julai 23, 2015.
  57. ^ a b "Commissioning of BNS Sangram".
  58. ^ "Bangladesh Navy commissions 5 warships in a day". United News of Bangladesh. 5 November 2020. Dicapai pada 5 November 2020.
  59. ^ "武船集团两艘军贸舰相继下水". 武昌船舶重工集团有限公司 (dalam bahasa Cina). 22 December 2015. Dicapai pada 9 October 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]