Phalacrocorax carbo
| Pependang air | |
|---|---|
| Di Victoria, Australia. | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Keluarga: | |
| Genus: | |
| Spesies: | P. carbo |
| Nama binomial | |
| Phalacrocorax carbo (Linnaeus, 1758) | |
| Global distribution map of the great cormorant Summer Range Year-Round Range Winter Range | |
| Sinonim | |
|
Pelecanus carbo Linnaeus, 1758 | |
Pependang air, dendang air atau kosa (nama saintifik: Phalacrocorax carbo)[2][3][4][5] ialah sejenis burung air dalam keluarga Phalacrocoracidae.[6]
Spesies burung ini dilindungi undang-undang Malaysia di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.[2]
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Burung Dendang Air merupakan burung hitam yang besar. Panjangnya dikalangan 77 hingga 94 sentimeter dengan rentang sayap selebar 121-149 sentimeter. Burung ini mempunyai ekor yang panjang serta tompok kuning di kerongkong. Burung dewasa mempunyai tompok putih di paha pada musim pembiakan.
Burung Dendang Air adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi.
Jantung Burung Dendang Air terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Tabiat
[sunting | sunting sumber]Pemakanan
[sunting | sunting sumber]Burung Dedang Air makan pelbagai ikan di laut, muara, tasik air tawar dan sungai. Walaupun burung ini boleh menyelam, ia biasanya makan di kawasan air yang cetek. Di United Kingdom, burung ini didapati menyelam selama 20-30 saat, dengan masa pemulihan selama satu pertiga masa penyelaman.
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Burung Dendang Air membiak khususnya di pantai-pantai, cenuram-cenuram dan pokok-pokok yang kemudian dibunuh oleh tahi burung ini. 3-4 telur dihasilkan dalam sarang rumpai laut ataupun ranting-ranting kering.
Pelbagai gambaran dan bulu pelepah
[sunting | sunting sumber]- Austins Ferry, Tasmania, Australia
- Pelepah mengawan sedang terbangdi Barat daya Queensland, Australia
- Koloni Dendang Air di Juodkrantė, Lithiuania, dan kerosakan pada pokok bersarang.
- Mengering sayap, Tasmania, Australia
- Terbang di tebing muara Sungai Mawddach, Wales
- Berehat di tebing Terusan Albert, Belgium
- Phalacrocorax carbo
- Museum specimen
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Phalacrocorax carbo". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. 2012. Dicapai pada 26 November 2018.CS1 maint: ref=harv (link)
- 1 2 Akta 716 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (PDF). Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Semenanjung Malaysia. 2010. m/s. 190.
- ↑ Shuttleworth, Charles (1981). Malaysia's Green and Timeless World: An Account of the Flora, Fauna, and Indigenous Peoples of the Forests of Malaysia. Heinemann Educational Books Asia. m/s. 193.
- ↑ Teuku Iskandar 1984, m/s. 248.
- ↑ Teuku Iskandar 1984, m/s. 605.
- ↑ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (2026). "Storks, frigatebirds, boobies, darters, cormorants". World Bird List Version 15.2. Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Dicapai pada 27 Julai 2026.
Sumber-sumber
[sunting | sunting sumber]- Teuku Iskandar (1984). Kamus Dewan (ed. ke-4). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.