Kosai Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kosai Salleh atau nama sebenarnya Dato' Haji Kosai bin Haji Mohd Salleh (1914 - 1968).


Beliau dilahirkan di Parit Raja, Muar, dalam tahun 1914, merupakan anak imam kampung iaitu Haji Mohd Salleh Mohd Said.

Beliau kemudiannya belajar di Sekolah Tinggi Muar dan English College di Johor Baru sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang perhutanan di Oxford University in England dari tahun 1936 hingga 1940. Beliau merupakan orang melayu pertama yang menuntut dalam bidang perhutanan di Oxford dan merupakan orang pertama yang menerima biasiswa daripada Sultan Ibrahim, kata anaknya, Dr Wahab, Profesor Physiologist Universiti Kebangsaan Malaysia. Selepas beliau kembali pada tahun 1940, British melantik beliau sebagai Pegawai Perhutanan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Semasa di England, Kosai telah berjumpa dengan ramai pemimpin melayu yang kemudiannya bersatu menentang pembentukan Malayan Union. Beliau menjadi nasionalis sekembalinya ke negara. Menurut Dr Wahab, Kosai merupakan salah seorang yang menghalang Sultan Ibrahim menandatangani MacMichael Treaty. Apabila British mengetahui perkara tersebut, beliau digantung tugas.

Hj. Kosai kembali bertugas sebagai Pegawai Perhutanan sehingga beliau bertanding pada Pilihanraya 1959 di kerusi negeri ADUN Parit Bakar. Kosai, yang kemudiannya menjadi anggota Exco negeri Johor berkaitan pertanian telah membangunkan kawasan luar bandar termasuk Parit Bakar dan kawasan sekitarnya. Kosai telah mengubah kawasan hutan Parit Bakar yang tidak membangun kepada tanah ladang. Beliau membina jalan dan parit. Beliau menjalinkan hubungan bagi pihak negeri Johor perbagai negara lain, termasuk United States, yang menganugerahkan Kunci Bandaraya Francisco pada tahun 1963.

Walaupun sibuk dengan tugas, Kosai tidak melupakan tanggungjawabnya terhadap sembilan anak beliau.Beliau juga amat mengambil berat kemudahan pendidikan di sekolah.Sementara Tun Dr Ismail, Tun Saadon, Datuk Onn dan lain-lain menempah nama di peringkat kebangsaan, Kosai kekal di Dewan Negeri Johor hingga beliau meninggal dunia pada 1968.

Setahun kemudian, balu Kosai , Datin Zaharah Abdul Majid, memenangi Pilihanraya Umum 1969 bagi kerusi negeri Parit Jawa. Dalam tahun 1974, beliau bertanding di Seri Menanti (kini Sungai Balang) dan memenangi kerusi negeri, dan dalam tahun 1979, beliau memenangi kerusi Semerah, Batu Pahat. Datin Zaharah pula meninggal dunia pada tahun 1982.

Dalam mengenang jasa beliau pada tahun 1973, penduduk kawasan baru sekitar Parit Bakar meminta Menteri Besar Tan Sri Othman Saat menukar sebuah jalan yang kotor iaitu Jalan Kereta Lembu kepada Jalan Dato Haji Kosai. Selepas penukaran nama itu, jalan yang kotor itu telah ditar dan menjadi jalan pintas antara Bakri dan Parit Bakar tanpa memasuki Bandar Maharani.

Daripada sembilan anak, yang sulong iaitu Mansor, merupakan pemilik ladang. Mereka yang lain ialah Fuad (bersara dari MAS), Dr Rehah (Doktor swasta di Kota Baru), Kamariah (surirumah), Najad (bekas Personnel Manager MIDF), Datin Kalthom (berkahwin dengan Pengerusi UDA Datuk Zihin Hasan), Dr Wahab, Yahya (Pegawai Tentera), and Dr Robia (Ahli Parlimen). Sejarah berulang bagi keluarga Kosai apabila anaknya Dr.Robia memenangi dengan mudah kerusi Parlimen dalam tahun 1999. Dr.Robia pernah menjawat jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Koperasi. Kini beliau ADUN kawasan Sungai Balang, Muar.