Kota Jelasin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kota Jelasin yang kini hanya dikenali sebagai Kampung Kota sahaja adalah merupakan sebuah kawasan yang terletak dalam lingkungan peta zon bandar Kota Bharu, Kelantan. Kampung Kota menjadi pusat kepada sebuah pentadbiran mukim yang dikenali sebagai Mukim Kota yang terletak didalam daerah yang juga bernama daerah Kota, Kota Bharu, Kelantan. Mukim Kota terletak dalam Parlimen P 020 Kota Bharu. Mukim-mukim lain di daerah Kota ialah Pintu Geng, Kampung Sireh, Padang Enggang, Pasir Hor, dan Pasir Jelatang Terdapat sebanyak 131 mukim kesemuanya di jajahan Kota Bharu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kota Jelasin dibina oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang iaitu Raja Pemerintah Kelantan yang ke 6 (c.1610-1632) yang bersemayam di Kota Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayung sebagai hadiah perkahwinan Raja Abdullah dengan anak angkat baginda iaitu Puteri Saadong yang merupakan puteri kepada Raja Loyor yang bersemayam di Kota Jembal. Kota Jelasin kemudian menjadi pusat pemerintan kerajaan Kelantan setelah Raja Abdullah bersama Puteri Saadong ditabal sebagai Raja Pemerintah Kelantan yang ke 9 (c.1663-1670). Semasa era pemerintahan baginda berdua, Kota Jelasin menjadi begitu maju dan masyhur, namun tidak lama kota ini telah diserang oleh angkatan tentera dari Maharaja Siam yang ingin memiliki Puteri Saadong yang cantik jelita itu. Serangan keatas Kota Jelasin ini oleh tentera Maharaja Siam mengakibatkan kota dan istana rosak dan musnah. Selepas daripada serangan ini, Raja Abdullah bersama Puteri Saadong telah memindahkan pusat pemerintahan kerajaan baginda ke sebelah bahagian hulu sedikit dan telah membina kota yang baharu dikenali sebagai Kota Mahligai.

Semenjak dari itu, Kota Jelasin tidak lagi berfungsi dan menjadi sebagai pusat pentadbiran kerajaan Kelantan. Ia lenyap menjadi sebuah perkampungan biasa untuk beberapa tempoh waktu. Namun kemudian pada awal pertengahan abad ke 18, kota dan istana ini telah dibina kembali apabila Raja Long Sulaiman iaitu Raja Pemerintah Kelantan ke 13 (c.1733-1756) telah mengurniakan kawasan Kota Jelasin kepada anaknda saudaranya bernama Tuan Khomis Bin Tuan Kundur yang lebih terkenal dengan panggilan Mandur Mis. Kota ini menjadi tempat persemayaman Mandur Mis yang pada waktu itu telah masyhur sebagai seorang bangsawan yang paling kaya. Pada tahun 1762, setelah Mandur Mis membina Kota Pengakalan Rambai Lundang dan berpindah bersemayam di tanah Lundang atas kurniaan oleh sepupundanya iaitu Long Yunus Ibni Raja Long Sulaiman selaku Raja Pemerintah Kelantan yang baharu (yang ke 16), Kota Jelasin ini telah dijadikan pula tempat persemayaman Long Ghaffar sebagai pusat pemerintahan kerajaan Kelantan selatan sehingga apabila Kota Limbat siap dibina pada tahun 1765. Selepas daripada perpindahan Long Ghaffar ke Kota Limbat, Kota Jelasin tidak lagi berfungsi atau memainkan peranan dalam temadun sejarah Kelantan sehinggalah sekarang.

Tapak Kota Jelasin adalah terletak di Wakaf Che Yeh sekarang iaitu merangkumi kawasan stesen RTM Kota Bharu (Radio Malaysia Kelantan) dengan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota

Rujukan[sunting | sunting sumber]