Bandaraya Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kota Melaka)
Bandaraya Melaka
Transkripsi Lain-lain
 • Jawiبندراي ملاك
Stadhuys, Melaka
Stadhuys, Melaka
Mohor rasmi Bandaraya Melaka
Nama panggilan: Bandar Raya Bersejarah
(Inggeris : Historical city)
Lokasi di Malaysia
Lokasi di Malaysia
NegaraMalaysia
NegeriMelaka
Pengasasan1502
Pemberian status bandar raya2003
Kerajaan
 • Datuk bandarZaini Md Nor
Keluasan
 • Jumlah303 km2 (114.7 batu persegi)
Penduduk
 (2007)[1]
 • Jumlah455,300
 • Kepadatan1,502.64/km2 (3,891.8/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak ditentukan
Laman sesawangwww.mbmb.gov.my

Bandaraya Melaka (بندراي ملاك), bandaraya bersejarah merupakan ibu negeri Melaka, Malaysia. Bandaraya ini merupakan bandar ke-8 diwujudkan di selatan Malaysia. Bandaraya ini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO selain daripada George Town pada 7 Julai 2008.[1] Bandaraya Melaka adalah salah satu bandar terbersih di Asia Tenggara, dianugerahkan sebagai Pemenang Anugerah Bandar Pelancongan Bersih ASEAN Peringkat Kebangsaan 2018-2020 baru-baru ini.[2][3][4] Bandaraya bersejarah di Malaysia ini hanya terletak kira-kira 2 jam sahaja dari Kuala Lumpur.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Sebahagian dari Bandaraya Melaka.

Bandaraya Melaka terletak berhampiran muara Sungai Melaka yang mengalir ke Selat Melaka. Kawasan bandar bersejarah yang terletak berhampiran dengan pantai, termasuk Bukit Melaka dengan runtuhan kubu Portugis, A Famosa. Bandar Melaka telah berkembang dalam semua arah dari teras bersejarah ini, termasuk ke selatan (kerana pantai Selat Melaka sekarang agak lagi ke selatan daripada lokasi asal disebabkan penambakan tanah). Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu - Lisbon, Portugal (16 Januari 1984), Kuala Lumpur, Malaysia (15 April 1989), Hoorn, Belanda (8 November 1989), Valparaiso, Republik Chile (24 June 1991) dan Nanjing, China (2001).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kesultanan Melaka[sunting | sunting sumber]

Sultan Melaka Tempoh memerintah
Parameswara
(Raja Iskandar Shah)
1400 – 1414
Sultan Megat Iskandar Shah 1414 – 1424
Sultan Muhammad Shah, Melaka 1424 – 1444
Sultan Abu Syahid 1444 – 1446
Sultan Muzaffar Shah 1446 – 1456
Sultan Mansur Shah 1456 – 1477
Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 – 1488
Sultan Mahmud Shah 1488 – 1511

Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang, yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424. Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.

Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, wilayah Kesultanan Melaka terdiri daripada Tanah Melayu, (kini, Semenanjung Malaysia), Singapura, dan Pantai Timur Sumatera (kini, Indonesia) Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan (pulau Jawa). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar seperti Tun Perak, Hang Tuah lima bersaudara yang merupakan pahlawan besar ketika itu.

Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).

Pemerintahan penjajah[sunting | sunting sumber]

Melaka dikuasai oleh pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Ia menjadi suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur dan diperintah oleh mereka selama 130 tahun.

Pada tahun 1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan menewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walau bagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perikatan British-Belanda pada tahun 1824.

Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh V.O.C. (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Kemudian, pada tahun 1946, ia menjadi salah satu Negeri Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang.

Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia pada tahun 1963.

Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Pulau Sebang yang terletak 30 kilometer ke utara Bandaraya Melaka dan 10 kilometer dari Bandar Alor Gajah merupakan stesen keretapi yang terdekat bagi Bandaraya Melaka. Dahulunya, stesen keretapi ini dikenali sebagai Tampin oleh sebab kedudukan dari segi geografinya berada di wilayah Negeri Melaka dalam daerah Alor Gajah dan atas arahan Kerajaan Negeri Melaka serta saranan rakyat Melaka, maka nama stesen ini dikenali sebagai Stesen KTM Pulau Sebang. Sebuah lagi stesen keretapi dalam daerah Alor Gajah ialah Stesen Tebong akan tetapi tren antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Walau bagaimanapun stesen ini turut dinaik taraf berikutan pembinaan landasan berkembar antara Seremban ke Gemas yang turut melalui stesen ini. Bagi penduduk di daerah Jasin terutamanya di kawasan Selandar, Asahan (dahulunya Bukit Asahan), Simpang Bekoh, Nyalas boleh menggunakan perkhidmatan keretapi di stesen keretapi Batang Melaka yang terletak 22 kilometer ke utara Bandar Jasin. Stesen ini bersempadankan Melaka dan Negeri Sembilan.[5]

Pernah adanya landasan keretapi dari Pulau Sebang ke Bandaraya Melaka sebelum Perang Dunia II, tetapi ia telah dirombak oleh tentera Jepun untuk pembinaan Landasan Keretapi Maut di Burma.[6] Pada 10 Oktober 2015, perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah memperkenalkan laluan baharu, perkhidmatan pergi-balik antara stesen Seremban-Pulau Sebang/Tampin-Gemas.[7][8]

Bandaraya Melaka mempunyai sebuah Terminal Pengangkutan antara bandar yang moden yang dikenali Melaka Sentral dengan perkhidmatan pengangkutan yang tetap ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan lain-lain bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia. Melaka Sentral merupakan sistem pengangkutan bas dan teksi yang tercanggih di Malaysia semasa penubuhannya. Tiada perhentian bas dan teksi di mana-mana bandar utama di Malaysia selain Melaka Sentral ketika itu.

Melaka juga mempunyai sebuah lapangan terbang di Batu Berendam yang melayankan penerbangan karter dari kawasan sekitar. Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (IATA: MKZ, ICAO: WMKM) (dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Batu Berendam) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di Batu Berendam, Melaka, Malaysia. Lapangan terbang tersebut memberi kemudahan penerbangan untuk negeri Melaka, serta utara Johor, dengan menghubungkan ke bandar-bandar seperti Guangzhou,[9] Haikou,[10] Ho Chi Minh,[11] Kota Bharu,[12][13][14] Kuala Lumpur,[15] Langkawi,[16] Medan,[17][18][19] Pekanbaru,[20] Penang,[21] dan Subang.[22]

Jalan keluar Ayer Keroh di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) merupakan jalan masuk utama ke Melaka. Terdapatnya juga dua jalan keluar tambahan di Lebuhraya Utara-Selatan, iaitu di jalan keluar Alor Gajah dan Jasin.

Media[sunting | sunting sumber]

Akhbar[sunting | sunting sumber]

Akhbar utama di Melaka termasuk akhbar berbahasa Inggeris The Star, New Straits Times, The Sun, The Edge, The Malaysian Reserve dan The Malay Mail; akhbar berbahasa Melayu Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, dan Kosmo!; akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Yit Poh, Sin Chew Daily, China Press, Nanyang Siang Pau dan Oriental Daily News; dan akhbar berbahasa Tamil dailies Tamil Nesan, Malaysia Nanban dan Makkal Osai. Kesemuanya terdapat dalam edaran di seluruh negara.

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Stesen televisyen Frekuensi Lokasi pemancar Penyiaran Rangkaian Status Negara
Kebangsaan (6 Saluran)
TV1 28 UHF Gunung Ledang/ Bukit Tampin, Tampin 10 kW/800 kW ERP Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kebangsaan Malaysia
TV2 7 UHF
TV3 12 UHF 20 kW Media Prima Berhad
NTV7 35 UHF
8TV 48 UHF
TV9 37 UHF

Penyiaran televisyen satelit Malaysia Astro tersedia di Melaka dan juga semua negeri-negeri lain kecuali Timur laut Sarawak walaupun tidak tersenarai. Perkhidmatan UniFi IPTV, HyppTV juga boleh didapati di Melaka dan kebanyakan negeri lain, tetapi kotak kabel gentian optik diperlukan untuk diletakkan berhampiran dengan tapak pemasangan.

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Tokong Poh San Teng
Masjid Selat Melaka
  1. A Famosa
  2. Dataran Pahlawan
  3. Bangunan Stadthuys
  4. Muzium Samudera dan Kapal Flor De La Mar
  5. Perkuburan Belanda Bandar Hilir
  6. Muzium Budaya
  7. Muzium Tuan Yang Terutama
  8. Masjid Tengkera
  9. Masjid Kampong Keling
  10. Masjid Kampong Hulu
  11. Masjid Selat, Pulau Melaka
  12. Jonker Walk
  13. Ayer Keroh
  14. Pantai Klebang
  15. Pantai Kundur / Puteri
  16. Portugis settlement
  17. Bukit Cina
  18. Taman Ramarama
  19. Pusat Peranginan Auyin
  20. St Xavier Church
  21. Balai cerap AlKhawarizmi
  22. Sungai Melaka
  23. Menara Taming Sari
  24. Sudong, Jaya 99

Pusat membeli-belah[sunting | sunting sumber]

Mahkota Parade
  1. Mahkota Parade
  2. Tesco Melaka
  3. Tesco Melaka Cheng
  4. Madam King
  5. Soon Seng Plaza
  6. Mydin MITC Melaka
  7. AEON Ayer Keroh
  8. AEON Bandaraya Melaka
  9. Parkson Grand
  10. Dataran Pahlawan Melaka Megamall
  11. Melaka Mall
  12. Hatten Square
  13. Hang Tuah Plaza
  14. The Shore Shopping Mall
  15. The Store
  16. Verdo Mall
  17. Harbour City
  18. The Elements

Pasar-raya besar[sunting | sunting sumber]

  1. Econsave Bandar Baru Sungai Udang
  2. Econsave Malim(Balai Panjang)
  3. Econsave Batu Berendam
  4. Family Store Sungai Udang
  5. Family Store Batu Berendam
  6. Giant Taman Bachang (Status:Tutup)
  7. Giant Cheng (Status:Tutup)
  8. Giant Batang Tiga (Status:Tutup~Ganti Family Store)
  9. NSK Cheng (Status:Baru dibuka)

Hotel[sunting | sunting sumber]

Hotel Novotel Melaka
  1. Homestay Melaka
  2. INDAH Kembara Apartment & Hostel Melaka Diarkibkan 2017-09-20 di Wayback Machine
  3. Qish Hotel Melaka[pautan mati kekal]
  4. Villa Heritage Residence Melaka Diarkibkan 2014-03-06 di Wayback Machine
  5. Hotel Dream Melaka Diarkibkan 2014-02-28 di Wayback Machine
  6. Hotel Shahbandar Melaka Diarkibkan 2014-02-28 di Wayback Machine
  7. Laksamana Townlodge Melaka Diarkibkan 2014-02-28 di Wayback Machine
  8. Mahkota Guest House Melaka Diarkibkan 2014-02-28 di Wayback Machine
  9. Home2Stay Melaka
  10. Hotel Ramada Plaza
  11. Hotel Emperor
  12. Hotel Equatorial
  13. Hotel Puri
  14. Hotel Century Mahkota
  15. Hotel City Bayview
  16. Hotel Straits Meridian
  17. Hotel Naza
  18. Avillion Legacy Melaka
  19. Hotel Holiday
  20. Hotel Hallmark
  21. Swiss Garden Hotel & Residence Melaka
  22. Novotel
  23. Hotel King green
  24. Hotel Sentral Melaka
  25. Hotel Sentral Riverview Melaka
  26. The Settlement Melaka
  27. Hatten Hotel
  28. Estadia Hotel
  29. Wana Riverside
  30. Holiday Inn Melaka

Bandaraya kembar[sunting | sunting sumber]

Melaka mula berkembar pada tahun 1984 dengan bandar Lisbon, Portugal.[23] Ia kini berkembar atau ditubuhkan sebagai bandar persahabatan[24] dengan yang berikut:

Kedudukan Bandar Negara Tahun
1 Lisbon[25][26][27][28]  Portugal 1984
2 Kuala Lumpur[29][30]  Malaysia 1989
3 Hoorn[31][32][33]  Belanda 1989
4 Valparaiso[34][35][36]  Chile 1991
5 Nanjing[37][38] di wilayah Jiangsu[39][40][41]  Republik Rakyat China 2002
6 Changsha[42][43] 2004
7 Sawahlunto[44][45]  Indonesia 2004
8 Padang Panjang[46][47] 2006
9 Kota Tua Jakarta[48][49]  Indonesia 2014
10 Guangdong[50][51]  Republik Rakyat China 2015

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • De Witt, Dennis (2010). Melaka from the Top. Malaysia: Nutmeg Publishing. ISBN 9789834351922.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Eight new sites, from the Straits of Malacca, to Papua New Guinea and San Marino, added to UNESCO’s World Heritage List. Retrieved July 8, 2008.
  2. ^ "ASEAN CLEAN TOURIST CITY AWARDS". MOTAC (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-03. Dicapai pada 2022-02-03.
  3. ^ "Quality Awards". MBMB (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-03. Dicapai pada 2022-02-03.
  4. ^ "Termasuk di Indonesia, 15 Kota Terbersih di Asia Tenggara". IDN TIMES (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-02-03. Dicapai pada 2022-02-03.
  5. ^ "Melaka Information". asiatravel.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-29. Dicapai pada 6 May 2017.
  6. ^ https://www.nst.com.my/news/2015/09/we-can-revive-tampin-malacca-rail-service
  7. ^ https://www.bharian.com.my/node/85731
  8. ^ https://www.malaysiakini.com/news/410837
  9. ^ http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-mahu-buka-semula-laluan-penerbangan-domestik-antarabangsa-di-ltam-123237
  10. ^ https://www.bharian.com.my/node/194032
  11. ^ http://www.mstar.com.my/niaga/2015/07/01/ltam/
  12. ^ http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-mahu-buka-semula-laluan-penerbangan-domestik-antarabangsa-di-ltam-123237
  13. ^ http://www.bhplus.com.my/node/15789
  14. ^ http://www.mstar.com.my/niaga/2014/11/10/malindo-melaka/
  15. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-14. Dicapai pada 2018-10-13.
  16. ^ http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-mahu-buka-semula-laluan-penerbangan-domestik-antarabangsa-di-ltam-123237
  17. ^ https://www.utusanborneo.com.my/2018/04/05/penerbangan-sulung-wings-air-medan-melaka-20-april
  18. ^ https://www.malindoair.com/news-events/2018/04/23/Add-International-Route-Wings-Air-Comes-to-Melaka
  19. ^ https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/04/04/wings-air-to-launch-maiden-medan-melaka-flight/
  20. ^ http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-mahu-buka-semula-laluan-penerbangan-domestik-antarabangsa-di-ltam-123237
  21. ^ http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-mahu-buka-semula-laluan-penerbangan-domestik-antarabangsa-di-ltam-123237
  22. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-14. Dicapai pada 2018-10-13.
  23. ^ http://www.mbmb.gov.my/en/mbmb-muo-twin-cities
  24. ^ http://www.mbmb.gov.my/en/mbmb-muo-twin-cities
  25. ^ "Acordos de Geminação, de Cooperação e/ou Amizade da Cidade de Lisboa" [Lisbon - Twinning Agreements, Cooperation and Friendship]. Camara Municipal de Lisboa (dalam bahasa Portuguese). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2013. Dicapai pada 23 August 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  26. ^ https://news.google.com/newspapers?nid=1295&dat=20020425&id=S10uAAAAIBAJ&sjid=SHsFAAAAIBAJ&pg=1392,2075248
  27. ^ https://www.anmp.pt/anmp/pro/mun1/gem101l0.php?cod_ent=M1100
  28. ^ https://web.archive.org/web/20150925091437/http://library.perdana.org.my/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1989-1992/1989/00008175.pdf
  29. ^ http://library.perdana.org.my/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1989-1992/1989/00008175.pdf
  30. ^ http://msdesk.mbmb.gov.my/twincities/glance.cfm
  31. ^ http://library.perdana.org.my/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1989-1992/1989/00008175.pdf
  32. ^ https://news.google.com/newspapers?nid=1295&dat=20020425&id=S10uAAAAIBAJ&sjid=SHsFAAAAIBAJ&pg=1392,2075248
  33. ^ https://web.archive.org/web/20150925090623/http://www.dutchmalaysia.net/lang_en/press/article_200105_malacca_a_dutch_conquest_forgotten.html
  34. ^ Marina Tan (9 January 1998). "Valpairaso, land of steep hills, trains, sea and curves". New Straits Times. Dicapai pada 25 September 2015.
  35. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-03. Dicapai pada 2018-08-02.
  36. ^ http://www.kln.gov.my/web/chl_santiago/n2007/-/asset_publisher/ME2g/blog/melaka-is-keen-to-get-valparaiso-s-help?redirect=%2Fweb%2Fchl_santiago%2Fn2007%3Fp_p_id%3D101_INSTANCE_ME2g%26p_p_lifecycle%3D0%26p_p_state%3Dnormal%26p_p_mode%3Dview%26p_p_col_id%3D118_INSTANCE_2hIE_column-1%26p_p_col_pos%3D1%26p_p_col_count%3D2%26_101_INSTANCE_ME2g_delta%3D20%26_101_INSTANCE_ME2g_keywords%3D%26_101_INSTANCE_ME2g_advancedSearch%3Dfalse%26_101_INSTANCE_ME2g_andOperator%3Dtrue%26cur%3D1
  37. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm
  38. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/the-star-malaysia-star2/20131004/282166468894336
  39. ^ http://en.jiangsu.gov.cn/col/col54176/index.html
  40. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-02. Dicapai pada 2018-08-02.
  41. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/the-star-malaysia-star2/20131004/282166468894336
  42. ^ http://www.enghunan.gov.cn/AboutHunan/GlobalAssociations/SisterCities/
  43. ^ http://www.mbmb.gov.my/en/mbmb-muo-twin-cities
  44. ^ http://www.mbmb.gov.my/en/mbmb-muo-twin-cities
  45. ^ http://www.academia.edu/8021809/sawahlunto_malaka
  46. ^ http://www.mbmb.gov.my/en/mbmb-muo-twin-cities
  47. ^ https://web.archive.org/web/20171231002356/http://msdesk.mbmb.gov.my/twincities/glance.cfm
  48. ^ Edna Tarigan (2 January 2014). "Jakarta's 'Kota Tua' and Melaka are now sister cities". The Jakarta Post. The Jakarta Post Travel. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 February 2014. Dicapai pada 25 September 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  49. ^ https://travel.detik.com/international-destination/d-2613111/melaka-kembaran-kota-tua-jakarta-di-malaysia
  50. ^ Chan (23 September 2015). "Guangdong & Malacca sign sister relationship memo". News Guangdong. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2015. Dicapai pada 25 September 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  51. ^ http://www.kln.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=73198&folderId=5316759&name=DLFE-159420.pdf

Pautan luar[sunting | sunting sumber]