Bahagian Samarahan
Bahagian Samarahan | |
---|---|
![]() | |
![]() | |
Koordinat: 1°20′40″N 110°34′35″E / 1.3443453°N 110.5764615°EKoordinat: 1°20′40″N 110°34′35″E / 1.3443453°N 110.5764615°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Simunjan, Asajaya, Samarahan |
Kerajaan | |
• Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Kota Samarahan Majlis Daerah Simunjan Majlis Daerah Asajaya Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya Majlis Daerah Kecil Sebuyau Majlis Daerah Gedong |
• Residen | Hj Ismail Hj. Mohd Hanis |
Luas | |
• Jumlah | 4,967.45 km2 (1,917.94 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 178,406 |
• Kepadatan | 36/km2 (93/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Nombor plat kenderaan | QC |
Laman web | samarahan |
Bandar Samarahan Bahagian Samarahan ialah satu daripada 12 bahagian yang terdapat di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1] Ia memiliki keluasan sebanyak 4,967.45 kilometer persegi.[2] Secara rasmi, Bahagian Samarahan dipecahkan kepada lima daerah iaitu Simunjan, Daerah Kecil Sebuyau, Daerah Gedong , Samarahan, dan Asajaya dan satu daerah kecil iaitu Daerah Kecil Sadong Jaya.[3][4] Jumlah penduduk ialah seramai 178,406 orang pada tahun 2020.[5]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Kota Samarahan dahulunya merupakan sebuah daerah kecil yang dikenali sebagai "Muara Tuang" dan ketika itu ia di bawah pentadbiran Daerah Kuching. Pada tahun 1983, Daerah Kecil Muara Tuang telah dinaikkan taraf menjadi daerah penuh dan telah dinamakan sebagai Daerah Samarahan. Pada tahun 1987, Samarahan telahpun dinaikkan taraf sebagai bahagian yang kelapan di negeri Sarawak yang dimana ia telah gabungan daerah Serian, Simunjan dan Asajaya untuk membentuk sebuah bahagian yang dinamakan sebagai Bahagian Samarahan. Pada 1 Oktober 2015, Daerah Serian telah dipisahkan sepenuhnya daripada Bahagian Samarahan.[2] Pada Tahun 2007 Melayu = 66%, Dayak = 25%, Orang = 10%, Bidayuh = 1%, Melanau = 1%, Orang Ulu = 1% lain lain bukan Bumiputera = 1%, Bukan warganegara= 1%.
Pentadbiran[sunting | sunting sumber]
Daerah-daerah dan daerah kecil di Bahagian Samarahan keseluruhan terdapat lima. Setiap daerah dan daerah kecil dipecahkan kepada beberapa kampung atau kawasan dan mempunyai pihak berkuasa tempatan tersendiri. Sebelum ini, Daerah Serian terletak di Bahagian Samarahan, tetapi sejak 1 Oktober 2015, Daerah Serian dipisahkan sepenuhnya daripada Bahagian Samarahan dan membentuk bahagian tersendiri, Bahagian Serian yang dimana merangkumi Serian, Tebedu dan Siburan.[2] Jadual dibawah menunjukkan senarai daerah-daerah dan daerah kecil yang dibawah pentadbiran Bahagian Samarahan.
No. | Peta | Keluasan (km2) | Daerah/Daerah Kecil | Pihak Berkuasa Tempatan | Pekan pentadbiran | Penduduk (orang)[6] |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | ![]() |
4,967.45 | Daerah Samarahan | Majlis Perbandaran Kota Samarahan | Kota Samarahan | 124,508 |
2 | ![]() |
Daerah Simunjan | Majlis Daerah Simunjan | Simunjan | 27,162 | |
3 | Daerah Kecil Sebuyau | Pejabat Daerah Kecil Sebuyau | Pekan Sebuyau | 15,004 | ||
4 | ![]() |
Daerah Asajaya | Majlis Daerah Asajaya | Asajaya | 11,702 | |
5 | Daerah Kecil Sadong Jaya | Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya | Pekan Sadong Jaya |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Ini nama daerah, bahagian di Sarawak: Mohon permit pergerakan rentas daerah". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. 7 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-31. Dicapai pada 31 Mei 2021.
- ^ a b c "Profail Bahagian Samarahan". samarahan.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Samarahan. 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-18. Dicapai pada 10 Julai 2021.
- ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
- ^ a b M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
- ^ "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 10 Disember 2014.
- ^ name="Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020"
Lihat Juga[sunting | sunting sumber]
- Bandar Samarahan (Kota Samarahan)
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Laman web rasmi Pentadbiran Bahagian Samarahan. Dicapai pada 22 Jun 2021.