Kota Tasikmalaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bandaraya Tasikmalaya
Lambang Kota Tasikmalaya.jpeg
Lambang Bandaraya Tasikmalaya
Moto: Kota Resik


Locator kota tasikmalaya.png
Peta lokasi Bandaraya Tasikmalaya
Koordinat: -
Provinsi Jawa Barat
Dasar hukum Undang-Undang RI Nomor 10 Tahun 2001
Tarikh Perasmian 21 Juni 2001
Pemerintahan
 - Datuk bandar Drs. H. Syarif Hidayat, MSi.
 - DAU Rp 369,950,000,000.00 (2007)
Luas 171.56 km²
Populasi
 - Total 617,767 (2006)
 - Kepadatan 3,601
Demografi
 - Kod kawasan telefon 0265
Bahagian pentadbiran
 - Kecamatan 10
 - Kelurahan 69
Simbol khas daerah
 - Tapak web www.tasikmalayakota.go.id

Tasikmalaya adalah sebuah bandar di tenggara Jawa Barat, Indonesia yang terletak di kawasan pergunungan Preanger dengan ketinggian 351 meter (1,151 kaki). Bandar ini mengandungi beberapa gunung berapi yang aktif. Pada 5 April 1982, gunung berapi Gunung Galunggung meletup, menyebabkan kerosakan yang besar akibat lahar dan abu yang terkeluar dan tersebar luas.

Jumlah penduduk di Tasikmalaya adalah sekitar 600 ribu. Seperti banyak tempat di Jawa Barat, ramai penduduknya adalah orang Islam keturunan Sunda, dengan sebuah kumpulan minoriti Cina.

Kawasan ini dikenali sebagai pengeluar barang-barang sutera yang utama seperti kain batik, payung kertas dan beg tangan yang dianyam dengan tangan daripada buluh dan daun pandan. Pengeluaran kraftangan untuk penggunaan dalam dan luar negeri merupakan sebuah industri yang pentirng di Tasikmalaya; pada 1998 dan 1999, ekspot kraftangan memperolehi 2.6 bilion rupiah untuk bandar tersebut.

Bandar Tasikmalaya merupakan salah satu tempat yang dilaporkan terjadinya sebuah rusuhan pada lewat Disember 1996. Empat orang telah terbunuh dan beberapa gereja, kuil Buddha, dan tempat perniagaan milik orang Cina telah dimusnahkan semasa rusuhan itu, yang tercetus akibat tuduhan keganasan polis. Peristiwa ini merupakan salah satu rusuhan yang berlangsung di Jawa pada awal 1990an yang didorong oleh alasan agama dan kelas dalam masyarakat.