Daerah Kota Tinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kota Tinggi (daerah))
Kota Tinggi
كوتا تيڠڬي
Daerah di Malaysia
Transkripsi lain
 • Cina哥打丁宜县 (Gēdǎ Dīngyí Xiàn)
 • Tamilகோத்தா திங்கி (Kōttā tiṅki)
Bendera Kota Tinggi كوتا تيڠڬي
Daerah Kota Tinggi is located in Bumi
Daerah Kota Tinggi
Daerah Kota Tinggi (Bumi)
Koordinat: 1°44′02″N 103°54′03″E / 1.733855°N 103.900699°E / 1.733855; 103.900699Koordinat: 1°44′02″N 103°54′03″E / 1.733855°N 103.900699°E / 1.733855; 103.900699
NegaraMalaysia
NegeriJohor Darul Takzim
Pihak Berkuasa Tempatan
PusatBandar Kota Tinggi
Pentadbiran
 • Pegawai DaerahHazlina binti Jalil[1]
Keluasan
 • Jumlah1,057.00 batu persegi (2,737.63 km2)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah222,382
 • Kepadatan210/batu persegi (81/km2)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)
Poskod
81×××

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Daerah Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 42 km dari bandaraya Johor Bahru. Keluasan daerah Kota Tinggi ialah kira-kira 3488.7 kilometer persegi manjadikannya sebagai daerah terbesar di negeri Johor.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama Kota Tinggi adalah sempena pembinaan kota-kota pertahanan yang terletak di tanah tinggi oleh sultan-sultan Johor sepanjang persisiran Sungai Johor, iaitu Kota Kara (1529), Kota Sayong (1536), Kota Batu (1540), Kota Seluyut (1564), Kota Batu Sawar (1587), Kota Touhid (1623), Kota Tinggi (1685) dan Kota Panchor (1716).

Tarikh paling awal nama Kota Tinggi disebut adalah merujuk semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah II (1685-1699). Sementara itu, tahun Sultan Mahmud Syah II mula menjadikan Kota Tinggi sebagai pusat pemerintahan adalah pada tahun 1688, iaitu apabila baginda dibawa berpindah dari Riau ke Kota Tinggi.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Kota Tinggi dan perkembangannya dicatatkan bermula dari tahun 1529, iaitu sejak daerah ini mula diteroka oleh Sultan Alauddin Riayat Syah II, pengasas kerajaan Johor yang memerintah dari tahun 1528 hingga 1564. Lokasi pertama yang diterokai baginda dan dijadikan pusat pemerintahan kerajaan Johor Lama adalah di Pekan Tua atau Kota Kara (Kampung Sungai Telor kini).[3]

Terdapat sembilan sultan yang memerintah di Kota Tinggi iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564), Sultan Muzaffar Shah (1564-1570), Sultan Abdul Jalil Shah I (1570-1571), Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1571-1597), Sultan Alauddin Riayat Shah III (1597-1615), Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (1615-1623), Sultan Abdul Jalil Shah III (1623-1677), Sultan Ibrahim Shah (1677-1685) dan Sultan Mahmud Shah II (1685-1699).[4]

Kawasan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Kota Tinggi ditadbir dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Kota Tinggi dan Majlis Perbandaran Pengerang. Daerah Kota Tinggi terbahagi kepada 10 mukim yang merangkumi 26 buah kampung induk tradisional, 117 buah kampung rangkaian, 29 buah kawasan penempatan Felda dan 5 buah kawasan penempatan baru KEJORA.[5]

Peta daerah Kota Tinggi
Majlis Daerah Kota Tinggi

Mukim dan bandar[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Ulu Sungai Johor
  2. Mukim Ulu Sungei Sedili Besar
  3. Mukim Johor Lama
  4. Mukim Kambau
  5. Mukim Kota Tinggi
  6. Mukim Pantai Timur
  7. Mukim Pengerang
  8. Mukim Sedili Besar
  9. Mukim Sedili Kechil
  10. Mukim Tanjung Surat
  11. Bandar Kota Tinggi

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Kota Tinggi terletak di tenggara negeri Johor bersempadan dengan daerah Mersing di utara, Kluang di barat laut, Kulai di barat, Johor Bahru di barat daya dan Laut China Selatan di timur. Daerah Kota Tinggi merupakan daerah terbesar di Johor.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[6] Purata suhu ialah 27.3 °C (81.1 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 28 °C (82.4 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 26.5 °C (79.7 °F).[6] Purata kerpasan di Kota Tinggi adalah 2619.6 milimeter pertahun. Bulan Disember merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 429.1 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Julai dengan 149.1 milimeter.[6]

Data iklim untuk Kota Tinggi (1990-2019)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata suhu harian, °C (°F) 26.6
(79.9)
27.1
(80.8)
27.6
(81.7)
27.8
(82.0)
28.0
(82.4)
27.8
(82.0)
27.5
(81.5)
27.4
(81.3)
27.2
(81.0)
27.2
(81.0)
26.9
(80.4)
26.5
(79.7)
27.3
(81.1)
Purata kerpasan, mm (inci) 290.2
(11.43)
159.6
(6.28)
229.1
(9.02)
207.6
(8.17)
195.8
(7.71)
158.5
(6.24)
149.1
(5.87)
183.4
(7.22)
151.9
(5.98)
197.4
(7.77)
267.9
(10.55)
429.1
(16.89)
2,619.6
(103.13)
Sumber: ClimateCharts[6]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
197060,942—    
1980114,267+87.5%
1991174,425+52.6%
2000192,336+10.3%
2010187,824−2.3%
2020222,382+18.4%
Pecahan etnik di Kota Tinggi - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
88%
Cina
  
8.9%
India
  
2.7%
Lain-lain
  
0.4%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Kota Tinggi ialah seramai 222,382 orang dengan kepadatan penduduk 64 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 88 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih enam peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[7]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 114:100. Terdapat 70,315 tempat kediaman dengan sebanyak 57,786 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 151 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 52 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 18 ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 183,576
Cina 18,630
India 5,541
Lain-lain 828
Bukan warganegara N/A 13,807

Agama[sunting | sunting sumber]

Agama di Kota Tinggi - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
87.3%
Buddha
  
8.2%
Hinduisme
  
2.8%
Kristian
  
1.0%
Tidak beragama
  
0.3%
Lain-lain
  
0.2%

Majoriti penduduk di daerah Kota Tinggi beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.[7]

Agama Jumlah
Islam 194,191
Buddha 18,315
Hindu 6,281
Kristian 2,326
Lain-lain 545
Tidak beragama 724
Tidak diketahui 0

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kota Tinggi bakal berubah wajah menjelang 2016 apabila semua projek berkaitan minyak dan gas (O&G) di zon Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di Pengerang siap sepenuhnya. Ketika ini, kerja-kerja pembinaaan dan penyediaan infrastruktur sedang giat dijalankan.[8]

Projek terletak di timur Johor itu secara keseluruhannya melibatkan kawasan seluas 9,105 hektar dan pembangunan yang berlaku antaranya meliputi pembinaan loji penapisan minyak, loji petrokimia dan terminal simpanan minyak serta jeti laut dalam.

PIPC adalah antara komponen penting dalam usaha menggapai transformasi Malaysia bagi memacu negara untuk menyertai zon negara maju menjelang 2020. Di samping itu, ia secara tidak langsung menjadikan Malaysia dan Johor sebagai pusat industri dan perdagangan O&G di rantau ini.

Turut dibangunkan dalam PIPC ialah Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID; Refinery and Petrochemical Integrated Development) milik Petronas. Projek itu dibangunkan di atas tanah berkeluasan 2,428 hektar dengan nilai pelaburan sebanyak RM60 bilion. Pembangunan RAPID merangkumi pembinaan 20 buah kilang penapisan minyak mentah selain kompleks polimer dan petrokimia.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Air Terjun Kota Tinggi di Lombong

Kota Tinggi boleh dihubungkan melalui Lebuhraya Utara-Selatan menggunakan susur keluar Tol Kulai. Kota Tinggi tidak mempunyai laluan kereta api tetapi penduduk boleh menggunakan kemudahan ini melalui Stesen Johor Bahru yang merupakan stesen terdekat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohammad Ali, Khairul (27 Januari 2021). "Johor lantik wanita kedua jadi Pegawai Daerah". Utusan (dalam bahasa (Melayu)). Iskandar Puteri. Dicapai pada 23 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Profil Daerah Kota Tinggi". Pentadbiran Tanah Johor (dalam bahasa (Melayu)). Iskandar Puteri, Johor Bahru. 2022. Dicapai pada 23 November 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ a b Majlis Daerah Kota Tinggi. "Sejarah Kota Tinggi". Portal Rasmi Majlis Daerah Kota Tinggi. Dicapai pada 11 Januari 2021.
  4. ^ Omar Ahmad (3 Mac 2021). "Keunikan Kota Tinggi". Harian Metro. Dicapai pada 3 Mac 2023.
  5. ^ "Profil Daerah Kota Tinggi". Dicapai pada 3 Mac 2023.
  6. ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Kota Tinggi". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
  7. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/
  8. ^ [www.mprc.gov.my/our.../pengerang-integrated-petroleum-complex-pipc]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]