Koyote timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koyote timur
Koyote timur di Virginia Barat.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Infrakelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. latrans
Subspesies:
C. l. "var."
Nama trinomial
Canis latrans "var."
Lawrence dan Bossert, 1969[1]
Wilayah modern Canis Amerika Utara

Koyote timur (Canis latrans "var."), juga dikenali sebagai canid New England atau serigala twid, ialah sejenis canid liar daripada keturunan serigala timur–koyote kacuk dengan pengaruh sederhana daripada serigala kelabu yang hadir di New England, di New York, di New Jersey, di Pennsylvania, di Ontario, di Quebec, di New Brunswick,[2] di Nova Scotia,[3] dan di Newfoundland dan Labrador.[4] Ia pertama kali diperhataikan semasa 1930-an dan 1940-an, dan mungkin sekali selepas penghapusan serigala timur di timur laut dan kedua-dua populasi serigala kelabu di maritim dan kacukan antara serigala kelabu dengan serigala timur di rantau Tasik-tasik Besar barat, lalu membolehkan koyote mengkolonisasi bekas wilayah serigala timur dan mengacuki tinggalan populasi serigala.[5] Walau bagaimanapun, penanda serigala kelabu yang hadir pada sesetengah koyote timur disyaki mungkin telah dijambatani daripada serigala kelabu yang mempunyai sejarah pengacukan dengan kedua-dua serigala kelabu dan koyote kerana serigala kelabu utara tidak diketahui sedia mengacuki koyote.[6] Kacukan ini adalah lebih kecil daripada serigala timur tulen, dan mempunyai wilayah lebih kecil, tetapi lebih besar dan mempunyai wilayah rumah lebih meluas daripada koyote tulen barat tipikal.[5] Pengacukan antara koyote dengan serigala timur dibantu oleh hubungan rapat antara kedua-dua spesies, kedua-duanya mencapah daripada leluhur bersama pada 150,000–300,000 tahun lalu,[7] sementara serigala kelabu, yang berasal usul Eurasia dan mencapah 2 juta tahun sebelumnya, adalah berkaitan sedikit lebih jauh daripada kedua-duanya. Walau bagaimanapun, introgresi gen serigala kelabu ke dalam populasi serigala timur juga telah berlaku di serata Manitoba timur, ke dalam Ontario, dan ke bahagian-bahagian Quebec selatan, serta ke dalam negeri-negeri Tasik-tasik Besar, iaitu Minnesota, Wisconsin, dan Michigan.[8] Hasilnya, kedua-dua serigala kelabu dan serigala timur, tetapi kebanyakannya serigala timur, telah menyumbangkan peranannya sebagai antara dua daripada tiga spesies Canis untuk perkumpulan gen koyote timur zaman moden. Setakat 2010, hasil genetik koyote timur adalah agak sergama, dengan pengaruh minimym daripada serigala atau koyote barat.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lawrence, B. & Bossert, W. H. (1969). The cranial evidence for hybridization in New England Canis. Breviora 330, 1–13.
  2. ^ "Living with Wildlife - Eastern coyotes" (PDF). Natural Resources website. Kerajaan New Brunswick. Dicapai pada 2 Februari 2014.
  3. ^ "Frequently Asked Questions about Eastern Coyote in Nova Scotia". Tapak sesawang Jabatan Sumber Semula Jadi. Kerajaan Nova Scotia. Dicapai pada 2 Februari 2014.
  4. ^ "Living with Coyotes in Newfoundland and Labrador". Tapak sesawang Jabatan Alam Sekitar dan Pemuliharaan. Kerajaan Newfoundland dan Labrador. Dicapai pada 2 Februari 2014.
  5. ^ a b c Way, J.G., L. Rutledge, T. Wheeldon, B.N. White. 2010. Genetic characterization of Eastern "Coyotes" in eastern Massachusetts. Northeastern Naturalist. 17(2): 189-204.
  6. ^ http://www.fwspubs.org/doi/pdf/10.3996/nafa.77.0001
  7. ^ Wilson, P.J., Grewal, S., Lawford, I.D., Heal, J.N.M., Granacki, A.G., Pennock, D., Theberge, J.B., Theberge, M.T., Voigt, D.R., Waddell, W., Chambers, R.E., Paquet, P.C., Goulet, G., Cluff, D., White, B.N. (2000). "DNA profiles of the eastern Canadian wolf and the red wolf provide evidence for a common evolutionary history independent of the gray wolf". Canadian Journal of Zoology. 78: 2156–2166. |access-date= requires |url= (bantuan)CS1 maint: uses authors parameter (link)
  8. ^ Rutledge, L. Y. (Mei 2010). Evolutionary origins, social structure, and hybridization of the eastern wolf (Canis lycaon), [tesis], Universiti Trent, Peterborough, Ontario, Kanada

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Parker, G.E. 1995. Eastern coyote: the story of its success. Nimbus, Halifax, Nova Scotia, Kanada.
  • Way, J. G. 2007. Suburban Howls: Tracking the Eastern Coyote in Urban Massachusetts. Dog Ear Publishing, Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Kacukan mamalia