Kranjska klobasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Kranjska klobasa.

Kranjska klobasa (Inggeris Australia: Kransky, Jerman: Krainer Wurst, loghat Itali Trieste: luganighe de Cragno) merupakan sosej Slovenia yang hampir serupa dengan kielbasa atau sosej Poland di Amerika Utara.

Kata nama klobasa rmerujuk kepada sosej kecil secara amnya disediakan menyeluruh dalam Slovenia. Kranjska klobasa digunakan dalam bahasa Jerman ditemui dalam buku masakan Süddeutsche Küche. Versi Slovenia, kranjska klobasa pula dijumpai dalam edisi keenam Slovenska kuharica (Buku Masakan Slovenia) oleh Felicita Kalinšek pada 1912.[1]

Kranjska klobasa mengandungi sekurang-kurangnya 75-80% daging khinzir dan 20% bacon. Ia juga mengandungi 5% air, air garam, sedikit bawang putih, "saltpetre" dan lada hitam. Tiada bahan-bahan lain digunakan. Daging tersebut mesti dipotong secara kecil-kecil dengan 10 hingga 13 mm dan bacon 8 hingga 10 mm. Pengisian yang perlu disumbat ke dalam usus daging dari 32 hingga 36 mm. Kemudian, makanan terbentuk dengan panjang dari 12 hingga 16 cm dan berat dari 180 hingga 220 gram.

Sosej ini juga boleh disediakan bersama kari, cendawan, sos tomato dan juga sekeping roti. Pada langkah pertama, roti atau bun perlu dipotong dan membuat lubang di tengah dengan 1-inci-diameter (25 mm). Seterusnya, letakkan sos di dalam lubang itu. Kemudian, baru letakkan cendawan, sosej dan banyak lagi.

Kranjska klobasa dikenali sebagai Kransky di Australia, yang dibawa oleh imigran Slovenia selepas perang pada era 1940an dan 1950an. Kransky juga amat popular di New Zealand selain Australia.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bogataj Janez (2007). Taste Slovenia. Rokus Gifts. ISBN 978-9-6165-3139-9.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]