Kring! (animasi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kring!
PengarahHilmi Ismail
Cerita olehSharafina Teh
Dihasilkan olehFadzil Hashim
Disunting olehHilmi Ismail
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
18 Julai 2019 (2019-07-18) di Youtube
Masa tayangan
7 minit 25 saat
NegaraMalaysia

Kring! atau KR1NG! merupakan sebuah filem animasi pendek senyap Malaysia berdurasi 7 minit 25 saat. Animasi ini dihasilkan oleh Brainy Bones Studios, anak syarikat kumpulan Brainy Bunch[1]. Pengarahnya ialah Hilmi Ismail. Muzik disusun oleh Feisal Kassim dan Karya Enigma. Animasi ini ditayangkan melalui saluran Youtube[2] dan di Astro TVIQ[3] sempena hari guru 2019. Ia juga boleh ditonton di platform Astro GO dan On Demand. Filem ini turut memenangi anugerah dalam beberapa festival filem antarabangsa.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Animasi ini mengisahkan seorang guru bernama Suraya memainkan peranan membantu seorang murid bernama Mael bin Sulaiman yang mempunyai masalah disleksia. Suraya menghadapi cabaran membantu seorang pelajar yang mempunyai masalah pelajaran di sekolah dan mempunyai imaginasi luar kotak. Suraya bimbang pelajar lelaki itu gagal dalam pelajaran tetapi selepas menghabiskan masa melihat lukisannya, guru berkenaan mendapati pelajarnya sedang belajar tetapi dengan cara berbeza. Suraya memutuskan untuk mengambil masa tambahan mengajar pelajarnya menggunakan kaedah yang dia selesa dengan lukisan[4].

Kru penerbitan[sunting | sunting sumber]

  • Pengarah : Hilmi Ismail
  • Penerbit eksekutif : Fadzil Hashim
  • Pengarah seni : Fariz 'Zedd' Zulkipli
  • Jalan cerita : Sharafina Teh
  • Juruanimasi : Sharafina Teh (Ketua), Haziqah Ibrahim, Nurul Hafizah Rizal
  • Rigger karakter 3D : Muzammil Jamaludin
  • Pelukis grafik 3D : Afiqah Sha'azza
  • Render wrangler : Nazim Zaki
  • Penata audio dan bunyi : Feisal Kassim & Karya Enigma
  • Penyunting dan kompositor : Hilmi Ismail

Anugerah & Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Tahun Acara Tempat Catatan
2020 Festival Animasi Antarabangsa Bergen: ReAnima

(bahasa Inggeris: ReAnima: Bergen International Animation Festival)

Bergen, Norway Filem Animasi Terbaik untuk Kanak-kanak[5][6][7]
Festival Filem Antarabangsa mengenai Kekurangupayaan Ke-4

(Perancis: Festival International du Film sur le Handicap)

Lyon, Perancis Filem Animasi Pendek Terbaik[8][4][1][9][10][11]
Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur di Udara 2020

(bahasa Inggeris: Kuala Lumpur International Film Festival in the Sky 2020)

Kuala Lumpur, Malaysia Anugerah Juri
Festival Kanak-kanak Antarabangsa, City Montessori School (ICFF) India Dicalonkan
Festival Filem Animasi Antarabangsa (IAFF) ke-11, Golden Kuker - Sofia Sofia, Bulgaria Dicalonkan, Kategori FIlem Kanak-kanak
Festival Media Kanak-kanak Antarabangsa DYTIATKO ke-12 Ukraine Finalis, Kategori Filem Animasi Terbaik
Mi Primer Festival Lima, Peru Dicalonkan[12]
Festival Filem Antarabangsa Lebu

(Sepanyol: Festival Internacional de Cine de Lebu)

Lebu, Chile Dicalonkan[13]
Canterbury Anifest 2020 Kent, United Kingdom Dicalonkan[14][9][10]
Festival Mesra Animasi ZEBRA 2020

(Slovene: Festival animiranega filma ZEBRA)

Slovenia Dicalonkan
Festival Komik & Animasi Antarabangsa Chaniartoon ke-4, 2020 Greece Dicalonkan
Festival Filem Animasi Dublin 2020 Dublin, Ireland Dicalonkan
Anugerah Animasi Kanak-kanak Hsin-Yi 2020 Taiwan Dicalonkan
Festival Filem Pendek Antarabangsa Bengaluru India Tersenarai filem yang tidak dipertandingkan
Festival Filem Penggiat Animasi

(Turki: Canlandıranlar Film Festivali)

Turki Tersenarai filem yang tidak dipertandingkan
2019 Anugerah Animasi Antarabangsa MAAC-24 FPS 2019 India Dicalonkan
Animation Marathon Ke-5 2019 Athens, Greece Dicalonkan[15]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

  1. Kring! di Youtube
  2. Senarai Pencalonan dan anugerah di tahun 2020 di Facebook

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Shamshul Azree Samshir Kring! diumum filem animasi terbaik di Perancis BHarian
  2. ^ Aiman Sadiq Abdullah [VIDEO] Filem animasi pendek Kring setaraf Pixar Sinar Harian
  3. ^ Fiza Kamarudin ‘My Teacher My Hero’ – Syamel, Ernie Tulis Lagu ‘Terima Kasih Guruku’ Astro Gempak
  4. ^ a b Wartawan Sinar Harian Kring! menang anugerah di Perancis Sinar Harian
  5. ^ "Filem Animasi Anak Melayu Raih Anugerah Di Norway". AMALmedia. November 2020. Dicapai pada 19 November 2020.
  6. ^ Sharaimei Shaik Ahmedullah (17 November 2020). "Filman animasi tempatan, Kring! harumkan nama negara di Norway". Malakat Tribune. Dicapai pada 19 November 2020.
  7. ^ Anne Dorall (18 November 2020). "M'sian Animated Film Wins ANOTHER International Award For Its Heartwarming Story About Learning Disabilities In School". The Rakyat Post. Dicapai pada 19 November 2020.
  8. ^ Fiction Awards, Selections and Jury Festival International du Film sur le Handicap
  9. ^ a b Mohd. Fairuz Yusof KRING! menang FIFH 2020 Diarkibkan 2020-02-19 di Wayback Machine Malakat Tribun News
  10. ^ a b Nina Farzuin Md Sharom Selepas ke Perancis, Kring! Bakal ke UK! Diarkibkan 2020-02-19 di Wayback Machine Melayu Bangkit News
  11. ^ Tahniah buat Filem Animasi Pendek Tempatan, ‘KRING!’ FINAS
  12. ^ Selección Oficial “Competencia de Cortometrajes de Animación” Mi Primer Festival
  13. ^ Selección Oficial Categoría Cortometraje Animación Internacional. Facebook Cine Lebu
  14. ^ Shortlisted films Diarkibkan 2020-02-19 di Wayback Machine Canterbury Anifest
  15. ^ Animation Marathon 2019