Kris Aquino

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Kris Aquino
Kris Aquino - 2015 (cropped).jpg
Aquino pada 2015
Kelahiran
Kristina Bernadette Cojuangco Aquino

(1971-02-14) 14 Februari 1971 (umur 50)
WarganegaraFilipina
Pusat pendidikanUniversiti Ateneo de Manila
Pekerjaan
  • Pengacara
  • pelakon
  • penerbit
Tahun aktif1986–kini
EjenVIVA Entertainment, GMA Network (1986–1996; 2017)
ABS-CBN (1996–2016)
Star Cinema (2018–sekarang)
APT Entertainment (2016–2017)
East West Artists (2017–sekarang)
Cornerstone Entertainment (2018–kini)
PasanganJames Yap (2005–2012; dibatalkan)
AnakJoshua Philip Aquino
(dengan Phillip Salvador)
James Aquino Yap
(dengan James Yap)
Ibu bapaBenigno Aquino Jr.
Corazon Cojuangco-Aquino
SaudaraBenigno Aquino III (abang)

Kristina Bernadette Cojuangco Aquino (lahir 14 Februari 1971) ialah seorang pengacara, pelakon, penerbit, dan usahawan Filipina.[2]

Dikenali sebagai Queen of all Media Filipina, Aquino telah mengacarakan beberapa rancangan bual bicara dan pemakanan, berlakon dalam beberapa filem dan siri televisyen, dan kini mencipta nama di platform media sosial.

Beliau ialah anak bongsu senator Filipina yang dibunuh, Benigno Aquino, Jr. dan mendiang Corazon Aquino, yang berkhdmat sebagai Presiden Filipina ke-11. Abangnya, Benigno S. Aquino III berkhidmat sebagai Presiden Filipina ke-15 dari 2010 hingga 2016.

Penampilan filem sulungnya ialah Pido Dida: Sabay Tayo dan juga dikenali menerusi lakonannya dalam filem Feng Shui dan Sukob, yang merupakan filem terlaris Filipina pada 2006.[2]

Beliau juga terkenal sebagai penyokong produk selebriti dan dermawan yang menganjurkan kesedaran lupus, hak kanak-kanak, hak LGBT, budaya dan penghargaan seni, kebebasan bersuara, dan reformasi demokratik.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Aquino dilahirkan di Quezon City, Filipina, kepada Corazon Cojuangco-Aquino dan Benigno S. Aquino, Jr. yang pada ketika itu, di bawah rejim senator Ferdinand Marcos. Anak bongsu dari lima beradik, adik-beradiknya ialah: Maria Elena "Ballsy" Aquino-Cruz, Aurora Corazon "Pinky" Aquino-Abellada, bekas Presiden Filipina Benigno Simeon C. Aquino III, dan Victoria Elisa "Viel" Aquino-Dee. Beliau ialah sepupu pelakon dan atlet ekuestrian Mikee Cojuangco, dan anak saudara presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina Jose "Peping" Cojuangco, Jr. Beliau mempunyai keturunan Cina, Sepanyol, dan Kapampangan. Sewaktu masih bayi, bapanya ditahan dan dipenjarakan; ibunya membesarkan Aquino dan adik-beradiknya.[3][4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kris Aquino goes back to Boston in memory of her mother - Push.com.ph". Push.abs-cbn.com. August 21, 1983. Dicapai pada April 12, 2016.
  2. ^ a b "Claudine Barretto, Kris Aquino share Box Office Queen throne". Pep.ph. April 27, 2007.
  3. ^ "WATCH: Kris to host lunch for APEC first ladies". ABS-CBN News. Dicapai pada April 12, 2016.
  4. ^ "There are 10 first ladies who confirmed to Kris Aquino's lunch | Coconuts Manila". M.manila.coconuts.co. November 10, 2015. Dicapai pada April 12, 2016.
  5. ^ "Kris as APEC 2015 First Lady | mb.com.ph | Philippine News". Mb.com.ph. Diarkibkan daripada yang asal pada November 21, 2015. Dicapai pada April 12, 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]