Krishen Jit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Krishen Jit a/l Amar Singh (10 Julai 1939–28 April 2005) merupakan seorang pengarang, aktivis, seniman, pengarah dan pengkritik teater Malaysia yang dikenang sebagai ikon teater Malaysia.[1] Beliau merupakan pengasas syarikat teater Five Arts Center yang ditubuhkan bersama isterinya, Marion D’ Cruz dan seniman lain termasuk Chin San Sooi dan Redza Piyadasa pada 1984.[2] Krishen juga pernah menjadi jurulatih lakonan untuk filem Puteri Gunung Ledang (2004) arahan Saw Teong Hin lakonan M. Nasir dan Tiara Jacquelina. Beliau meninggal dunia pada 28 April 2005 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada usia 65 tahun setelah sekian lama menghidap penyakit angin ahmar.[3]

Tabung Astro-Krishen Jit telah diperkenalkan oleh stesen TV satelit ASTRO bagi menghargai sumbagan beliau pada industri teater negara.[4] Krishen merupakan penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah BOH Cameronian yang diadakan pada 2003.[5]

Buku beliau Krishen Jit: An Uncommon Position - Selected Writings diterbitkan pada 2003 oleh Contemporary Asian Arts Centre, disunting oleh Kathy Roland dan Baha Zain.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Johan Jaffar (28 Mei 2018). "Remembering Krishen Jit". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Jun 2018.
  2. ^ "Spotlight on Krishen Jit". The Sun Daily (dalam bahasa Inggeris). 6 Jun 2018. Dicapai pada 6 Jun 2018.
  3. ^ "Krishen Jit dies of stroke". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 29 April 2005. Dicapai pada 6 Jun 2018.
  4. ^ Terence Koh (12 Disember 2018). "Krishen Jit-Astro Fund awards community projects in Malaysia Baru era". Star2 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-25. Dicapai pada 12 Disember 2018.
  5. ^ Subhadra Devan (5 Jun 2018). "Krishen Jit's impact on theatre today". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Jun 2018.
  6. ^ "Krishen Jit: An Uncommon Position, Selected Writings". Godeeads. Dicapai pada 6 Jun 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]