Krisis Kepimpinan MCA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Krisis Kepimpinan MCA berlaku dalam parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) sejak awal penubuhannnya. MCA merupakan parti komponen Barisan Nasional yang memerintah Malaysia sejak 1957 lagi. MCA dan UMNO merupakan parti teras yang menyebabkan British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu / Malaysia pada 1957.

Krisis 1969[sunting | sunting sumber]

Dalam pemilihan MCA 1958, Presiden MCA, Tan Cheng Lock dicabar oleh Lim Chong Eu dan Lim menang dengan majoriti 22 undi sahaja. Bagi mengesahkan kemenangannya, EGM MCA diadakan bagi meminda Perlembagaan MCA dan mengesahkan pemilihan Lim Chong Eu . Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman tidak puas hati melihat kepincangan dalam MCA yang berdepan masalah ancaman Parti Komunis Malaya . Tunku tidak puas hati kerana Lim mahu 40 kerusi pilihan raya dan menjadikan bahasa Cina sebagai bahasa kebangsaan.

Tun Dr Lim Chong Eu menjadi Presiden MCA (Mac 1958-Julai 1959) dan keluar parti dan mengasaskan Parti Radikal / Gerakan pada 1969 . Kemenangan Gerakan di Pulau Pinang membolehkan beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dari 1969-1990. Gerakan menyertai Barisan Nasional / Perikatan 'semula' ekoran Peristiwa 13 Mei. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 , MCA hanya menang 13 dari 33 kerusi yang ditandingi.

Krisis 1984-1985[sunting | sunting sumber]

Berlaku rebutan kuasa antara Pemangku Presiden MCA, Datuk Dr Neo Yee Pan dan Datuk Mak Hoon Kam dengan Dr Tan Koon Swan. Pada 17 Mac 1984, Neo Yee Pan telah memecat Tan Koon Swan, Lee Kim Sai , 13 pemimpin dan beberapa ahli MCA berhubung ahli hantu . Tan Koon Swan merupakan pengerusi PCA Wilayah Persekutuan dan anak didik jutawan Lim Goh Tong - Genting Berhad. Sementara Lee Kim Sai adalah ahli parlimen Hulu Langat dan pengerusi MCA Selangor. Datuk Mak Hon Kam selaku pengerusi Jawatankuasa Disiplin MCA memecat 14 pemimpin MCA termasuk Tan Koon Swan , Lee Kim Sai, Dr Ling Liong Sik, Datuk Kee Yong Wee,Wong Choon Wah dan Datuk Wong Mook Leong.

Ramai ahli dan perwakilan MCA terkejut. Seramai 1499 perwakilan mengemukakan petisyen agar EGM diadakan bagi membatalkan arahan pemecatan dan melantik jawatankuasa penyiasat isu ahli hantu. Masalah dalaman parti dibawa ke mahkamah untuk diselesaikan. Apabila mahkamah dibabitkan, hanya hakim yang berkuasa memutuskan siapa yang benar dan salah. Tetapi keputusan hakim tidak akan memuskan hati semua pihak.

Pada 24 November 1985, menyuarat agung khas MCA diadakan untuk memilih barisan kepimpinan baru. Akhirnya Tan Koon Swan dipilih sebagai presiden dan Ling Leong Sik terpilih sebagai timbalan presiden dan Lee Kim Sai terpilih sebagai Setiausaha Agung MCA. Malangnya Tan Koon Swan didakwa di mahkamah Singapura kerana terbabit dalam transaksi syarikat Pan-El di pula itu.

Buku bertajuk "Krisis MCA" diterbitkan dalam Bahasa Malaysia. Pelbagai ulasan disiarkan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian, Dewan Masyarakat dan majalah bulan Widya. Penerbit buku ini ialah Penerbit Abadi dan disunting oleh bekas Setiausaha Agung MCA Tan Sri Dr. Ting Chew Peh dan Atma Goh.

Krisis 2002-2003[sunting | sunting sumber]

UMNO menguasai surat khabar Utusan Melayu dan Berita Harian. MCA pula diketahui menguasai akhbar The Star. Nanyang Press Holding Berhad yang menerbitkan akhbar Nanyang Siang Pau pernah hendak 'dikuasai' oleh seorang Melayu / UMNO dan kedudukan ini amat meresahkan masyarakat Cina. Pada 1989, Huaren hendak menjual 39 % kepentingan dalam The Star kepada Malaysia Plantation Berhad. Tujuan jualan ini bagi menyelesaikan hutang Huaren. Dr Ling telah memecat Datuk wong Mook Leongh kerana membantah penjualan ini.[1]

Akibatnya wujud dua team iaitu Team A dan Team B. Team A diketuai oleh Dr Ling Leong Sik dan disokong oleh Dr Chua .Team A menyokong pembelian Nanyang.

Team B diketuai oleh timbalannya Tan Sri Lim Ah Lek dan Ong Ka Ting. Team B menentang parti politik mengawal kebebasan akhbar di Malaysia. Persatuan Penulis Surat Khabar Cina Malaysia juga menentang kawalan politik ini. Penulis ini mengancam tidak lagi menulis untuk Nanyang. Masyarakat Cina lebih memihak kepada kebebasan laporan akhbar. Bantahan ini diketuai oleh Gang 8 dalam MCA. Gang 8 dianggotai beberapa pemimpin kanan MCA dan Menteri kabinet termasuk Dato Chua Jui Meng dan Dato Chan Kong Choy, diketuai Timbalan Presiden Dato Lim Ah Lek.

Ketika perasmian EGM MCA , Datuk seri Dr Mahathir Mohamad menuduh Nanyang sebagai alat pembangkang , memainkan isu perkauman dan menimbulkan rasa benci masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional dan beliau sendiri. oleh itu amat wajar MCA mengawal Nanyang Publication.[2]

EGM diadakan bagi menyelesaikan masalah itu. EGM memutuskan badan pelaburan MCA, Huaren Holdings Sdn Bhd hendaklah membeli Nanyang.[3] 1176 daripada 2207 perwakilan menyokong pembelian. Sementara 1019 perwakilan menentang pembelian. Masalah itu berjaya diselesaikan kerana keputusan diterima semua pihak dalam MCA. Dengan itu jelas bahawa MCA mengawal The Star, Nanyang Siang Pau dan China Press.

Krisis 2008-2010[sunting | sunting sumber]

Krisis kempimpinan MCA berulang semasa Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat. Beliau bertentangan dengan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menjadi Timbalan Presiden MCA. Tuduh-menuduh berlaku di antara Presiden dengan Timbalan Presiden MCA, terutamanya atas masalah moral Chua kerana peristiwa DVD lucah Chua. Mereka saling tidak percaya mempercayai ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional/ MCA dalam PRU12 pada 8 Mac 2008.[4]

Datuk Seri Ong Ka Ting mengundurkan diri daripada mempertahankan jawatan Presiden MCA dan menghantar Datuk Seri Ong Tee Keat untuk menandingi jawatan ini. Selepas beliau menjadi Presiden MCA, Ong Tee Kiat telah melantik dirinya sebagai pengerusi MCA Johor. Beliau langsung tidak memberikan apa-apa jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri kepada Chua. Ini bermakna Dr Chua dipinggirkan malah ditindas.

Chua Soi Lek tidak diberi apa-apa jawatan yang penting di parti. Ini menyebabkan beliau dan penyokongnya tidak puas hati. Dr Chua Soi Lek diberi tugas oleh Perdana Menteri untuk menjelajah ke seluruh Malaysia memulihkan keyakinan pengundi Cina. Peluang ini digunakan untuk memperluas dan mengukuhkan pengaruhnya ke seluruh Malaysia. Ong bertindak memecat keahlian Dr Chua dalam MCA pada 26 Ogos 2009. Semua jawatan parti dan dalam kerajaan dibatalkan. Ini kerana kuasa presiden amat besar. Presiden 'berkuasa' melantik orang-orangnya sebagai pengerusi MCA negeri, pengerusi perhubungan dan seterusnya ahli majlis daerah dalam kerajaan tempatan.

Beberapa pihak mencadangkan EGM diadakan bagi menyelesaikan siapa yang benar. Penyokong Dr Chua yang ramai di Johor berusaha mengumpul 2/3 tanda tangan perwakilan MCA agar EGM dapat diadakan.

Ong Tee Kiat tidak menyangka pengaruh Chua Soi Lek amat kuat. Chua terbabit dalam Isu Skandal Seks DVD Chua Soi Lek pada 2007 dan tentulah ingtegriti beliau amat rendah. Walaupun terlibat dalam skandal , Chua masih dipilih sebagai timbalan presiden pada pemilihan Oktober 2008. Ong setuju mengadakan Mesyuarat Agung Khas MCA (EGM MCA) pada Oktober 2009. Terlajak kata tidak dapat diundur. Perwakilan menolak Ong Tee Kiat sebagai presiden dan menolak Chua Soi Lek sebagai timbalan presiden.

Sebenarnya perwakilan MCA mahu Ong Tee kiat berehat sekejap kerana beliau terlibat dalam Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang.[perlu rujukan] Ramai pemimpin UMNO, MCA dan Gerakan dibabitkan. [perlu rujukan] Sumbangan peribadi RM10 juta daripada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) dikatakan diberikan oleh Datuk Seri Tiong King Sing kepada Ong Tee Kiat. Tee Keat memfailkan saman fitnah sebanyak RM500 juta ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi, Datuk Seri Tiong King Sing .[5]

Ong Tee Kiat terpaksa juga [perlu rujukan] meneruskan tugas sebagai presiden walaupun telah nyata ditolak. Ini kerana beliau tidak mahu MCA terus berpecah dan tidak ada pemimpin. Beliau melantik Dr Liow Tiong Lai sebagai timbalan presiden. Tindakan ini menambah krisis MCA kerana Chua masih berebut menjadi Timbalan Presiden.

Beberapa pemimpin MCA sebelum ini membaca 'ancaman' Ong Tee Kiat sebagai serius. Ong menyatakan mahu berundur jika kalah dalam EGM MCA. Tetapi Ong Tee Kiat menarik balik menyataannya itu. Ini menyebabkan Liow Tiong Lai dan lain-lain dilihat 'belot' kepada presiden dan kelihatan mahu merampas kuasa dan digelar 'praksi ketiga'.

Rujukan[sunting | sunting sumber]