Krisis Korea Utara 2013

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Krisis Korea 2013
Sebahagian daripada the division of Korea

Negara di Semenjanjung Korea : Korea Utara bewarna oren dan Korea Selatan bewarna biru. Ibu negara mereka, Pyongyang dan Seoul ditunjukkan dengan titik bewarna merah.
Tarikh24 Januari 2013 (2013-01-24) – ongoing
(11 tahun dan 2 bulan)
Lokasi
Status

Conflict ongoing

  • Resolution 2094 of the Security Council sanctioning North Korea for the 2013 nuclear test.
  • Joint military exercise South Korea and the United States with submarines, destroyers and nuclear bombers. Shelling oceanfront Korean Peninsula.
  • Declaration by North Korea to end the "state of armistice" and starting the "state of war" between the two Koreas.
Pihak yang terlibat
Komandan dan pemimpin

Ketegangan yang terus meningkat sedang berlaku di antara Korea Utara dan Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Jepun berikutan pelancaran Korea Utara terhadap satelit Kwangmyŏngsŏng-3 Unit 2 pada 30 Disember 2012 dan ujian nuklearnya pada 12 Februari 2013. Krisis ini ditandai dengan peningkatan retorik yang ekstrim oleh pentadbiran baru Korea Utara di bawah Kim Jong-un dan tindakan yang membayangkan serangan yang bakal berlaku ke atas Korea Selatan dan Amerika Syarikat dengan senjata nuklear.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Pelancaran Kwangmyŏngsŏng-3 Unit 2[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Disember 2012, untuk memperingati ulangtahun ke-100 pengasas republik tersebut iaitu Kim Il-sung, Korea Utara mengasaskan satelit buatan Kwangmyŏngsŏng-3 Unit 2 ke angkasa lepas.

Berikutan pelancaran tersebut, kontroversi telah tercetus kerana atas permintaan Amerika Syarikat, Perwakilan Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu telah meluluskan satu sekatan baru terhadap negara sosialis tersebut atas dakwaan bahawa pelancaran itu sebenarnya adalah satu ujian untuk peluru berpandu balistik. Pelancaran tersebut mengejutkan banyak pihak termasuk China, Russia dan Jepun yang melaporkan bahawa Korea Utara telah memasuki senarai negara yang mampu membuat dan melancarkan satelit di dalam dunia. Penguasa Pertahanan Amerika Utara (North American Aerospace Defense Command) melaporkan bahawa kedua-dua satelit dan pelancar dan serpihan angkasa "tidak menjadi faktor ancaman keselamatan Amerika Syarikat".

Kerajaan Korea Utara mengatakan bahawa pelancaran tersebut adalah untuk meletakkan satelit tersebut ke dalam orbit, menafikan bahawa ianya adalah percubaan ketenteraan. Pada 22 Januari kerajaan Korea Utara meneruskan hasrat untuk berdaftar dengan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan menyatakan bahawa satelit tersebut direkabentuk untuk memantau hasil tanaman di bumi, sumber hutan dan bencana alam dan mempunyai tempoh nod selama 95 minit dan 25 saat.

Walau bagaimana pun, kebanyakan negara di dunia mengutuk tindakan tersebut, termasuklah China, yang mana dengan perjanjian ketenteraan memerlukan ia melindungi Korea Utara apabila berlakunya serangan. Tambahan lagi, pesaingnya sejak berzaman iaitu Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan mendakwa bahawa ia adalah percubaan ketenteraan untuk perang, dengan misi tunggal untuk memprovokasi seteru politik. selepas pelancaran, Korea Utara meraikan peristiwa tersebut. Pada hari berikutnya, Korea Utara telah mengadakan satu keraian di dataran di Pyongyang untuk menwar-warkan kejayaan operasi itu telah dijalankan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Abe ordena adoptar "todas las medidas posibles" para defender a Japón de las amenazas norcoreanas" (dalam bahasa (Sepanyol)). Europapress.es. 2013-04-06. Dicapai pada 2013-04-14.CS1 maint: unrecognized language (link)