Krisis Oktober

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Krisis Oktober (Bahasa Perancis: La crise d'octobre) berlaku pada bulan Oktober 1970 di wilayah Quebec, Kanada. Anggota Front de libération du Québec (FLQ) menculik Timbalan Menteri Wilayah Pierre Laporte dan James Cross, seorang diplomat British. Perdana Menteri Pierre Trudeau bertindakbalas mengenakan Akta Langkah Perang (War Measures Act / Loi sur les mesures de guerre), satu-satunya masa akta tersebut dilaksanakan pada waktu aman. Laporte dijumpai dalam keadaan dibunuh, lalu menyebabkan rundingan dilangsungkan bagi menyelamatkan Cross. Para penculik pula ditahan dan dibuang ke Cuba.

Peristiwa-peristiwa ini mendorong kegiatan menentang penggunaan kekerasan dalam usaha untuk mendapatkan kedaulatan Quebec dan mempercepatkan pergerakan ke arah autonomi lebih dan kemerdekaan,[1] termasuk bertambahnya sokongan ke atas Parti Québécois yang membentuk kerajaan wilayah tersebut pada tahun 1976.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fournier, Louis. FLQ: Anatomy of an Underground Movement, pg. 256

Pautan luar[sunting | sunting sumber]