Krisis orang pelarian di Eropah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Krisis orang pelarian di Eropah (atau Krisis pendatang-pendatang Eropah) muncul seiring dengan peningkatan bilangan pelarian (dan juga pendatang-pendatang ekonomi) ke Kesatuan Eropah (EU) melalui Laut Mediterranean dan Balkan dari Afrika, Timur Tengah, dan Asia Selatan. Istilah ini sudah digunakan sejak April 2015 ketika sekurang-kurangnya lima kapal yang mengangkut lebih kurang dua ribu pendatang tenggelam di Laut Mediterranean. Jumlah mangsa terkorban mencecah sekitar 1200 orang.

Tragedi tenggelamnya kapal ini berlaku selepas konflik meletus di beberapa negara Afrika Utara dan Timur Tengah dan tertutupnya kerana dana Operasi Mare Nostrum dari Kesatuan Eropah (digantikan dengan Operasi Triton oleh Frontex pada November 2014). Pada 23 April 2014, negara-negara EU bersetuju untuk menambah anggaran operasi meronda sempadan di Mediterranean agar berkesan seperti Operasi Mare Nostrum. Amnesty International mengkritik keputusan EU yang enggan "memperluas wilayah operasi Triton" sesuai wilayah operasi Mare Nostrum.[1] Beberapa pekan kemudian, Kesatuan Eropah mengumumkan akan melancarkan operasi baru yang berpusat di Rom, EU Navfor Med, yang dipimpin Laksamana Enrico Credendino dari AL Itali.[2]

Pada tahun 2014, negara-negara ahli UE menerima 132,405 permohonan dari para pendatang. Secara keseluruhan, 23,295 permohonan pendatang diterima sehingga mereka berhak mendapat perlindungan di Kesatuan Eropah (suaka, status pelarian, perlindungan tambahan, kemanusiaan), manakala 109,110 permohonan ditolak.[3] Menurut Eurostat, empat negara—Jerman, Itali, Perancis, dan Sweden—menerima dua per tiga permohonan suaka UE.[4] Berdasarkan analisis data PBB dan Bank Dunia oleh The New York Times, Hongaria dan Sweden merupakan penerima pencari suaka terbesar per kapita.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]