Kristal Maya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kristal Maya
GenreDrama, cinta
Ditulis olehEja Lorena
PengarahAzmi Hatta
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Hilang" oleh Najwa Latif
Lagu penutup"Hilang" oleh Najwa Latif
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Vareen Kaur
  • Sadupal Kaur
Penerbit
  • Jaspal S. Korotana
Penyunting
  • Raja Fattah
  • Azzalina Anuar
  • Kuljit Singh
  • Nurul Ayu Asyikin
  • Loy Zami
SinematografiBakhtiar "Ayau" Bolak
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioStereo
Siaran asal13 Ogos 2014 – 24 September 2014
Kronologi
MengikutiRamadan Jangan Pergi
Diikuti olehZahira

Kristal Maya ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 arahan Azmi Hatta, dibintangi oleh Amyra Rosli Shahz Jaszle, dan Amar Baharin. Siri ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 pada 13 Ogos 2014.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan seorang wanita bernama Maya (Amyra Rosli) bekerja di sebuah syarikat. Tajuk drama Kristal Maya diambil sempena watak utama iaitu Maya dan nama syarikat tempat Maya bekerja iaitu Syarikat Kristal. Datuk Efendi (Rahim Jailani) merupakan pengarah Syarikat Kristal, dibantu oleh Mona (Elly Mazlin) adik ipar Datuk Efendi.

Di Syarikat Kristal itu, Maya ditemukan dengan Ezam (Shah Jaszle). Ezam seorang bos yang tegas. Tugas Maya membantu Ezam dalam bahagian penerbitan kreatif.

Maya tinggal bersama ibunya Aziah (Dilla Ahmad) dan adik lelakinya Muadz (Ryzal Jaafar) yang masih menuntut di kolej sama dengan anak Datuk Efendi Sharizan (Hefny Sahad). Syukri (Amar Baharin) anak sulung Datuk Efendi jatuh cinta pandang pertama dengan Maya. Syukri seorang kasanova menggunakan kedudukannya sebagai Penerbit Eksekutif untuk menggoda perempuan yang diminati.

Datuk Efendi sering memberi amaran kepada Maya tentang anaknya Shukri yang sering mempermainkan hati wanita. Dia tidak mahu Maya menjadi mangsa. Maya tidak memperdulikan nasihat itu, kerana beliau seorang yang sukar jatuh cinta dan fokusnya hanya pada kerjaya.

Maya merasakan sesuatu yang luar biasa dengan perwatakan Ezam yang dingin seolah menyimpan rahsia tentang dirinya. Apabila mereka semakin rapat, Maya semakin ingin tahu rahsia diri Ezam. Ezam pula makin keliru apabila satu perasaan pelik terbit pada hatinya terhadap Maya. Adakah perasaan pelik itu akan mula berputik bunga-bunga cinta? Apakah reaksi Syukri apabila perasaannya ditolak mentah-mentah oleh Maya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Gandingan sulung Amyra Rosli dan Amar Baharin.
  • Projek drama TV3 pertama gandingan Amyra dan Shahz Jaszle. Mereka berdua digandingkan sekali lagi dalam satu lagi projek drama mereka untuk TV3, Bidadari yang ditayangkan pada 2015.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]