Kristiani Herrawati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kristiani Herrawati
Ani Yudhoyono.jpg

Wanita Pertama Indonesia ke-6
Tempoh jawatan
20 Oktober 2004 – 20 Oktober 2014
Didahului oleh Taufiq Kiemas
Diganti oleh Iriana

Lahir (1952-07-06) 6 Julai 1952 (umur 65)
Jogjakarta, Indonesia
Pasangan Susilo Bambang Yudhoyono (berkahwin 1976)
Anak 2
Alma mater Universiti Merdeka
Pekerjaan Ahli politik, aktivis sosial
Agama Islam

Kristiani Herrawati, atau dikenali sebagai Ibu Ani Bambang Yudhoyono (lahir di Yogyakarta pada 6 Julai 1952) merupakan isteri Presiden Indonesia, Dr. H. Susilo Bambang Yudhoyono dan juga Wanita Pertama Indonesia dari 2004 hingga 2014.

Keluarga dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ani dilahirkan pada 6 Julai 1952 di Yogyakarta, merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik anak kepada pasangan suami isteri Leftenan Jeneral (Purn) Sarwo Edhie Wibowo dan Hj. Sunarti Sri Hadiyah. Beliau berkahwin dengan Susilo Bambang Yudhoyono pada 30 Julai 1976, ketika Susilo Bambang Yudhoyono baru saja dilantik sebagai pegawai TNI dan menjadi lulusan terbaik.

Beliau mengambil Jurusan Kedoktoran di Universiti Kristian Indonesia (bahasa Indonesia: Universitas Kristen Indonesia), tetapi pada tahun ketiga meninggalkan bangku kuliah kerana bernikah dengan Susilo. Ani kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Merdeka (bahasa Indonesia: Universitas Merdeka) dan mendapat Sarjana dalam Sains Politik pada tahun 1998.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kristiani bersama suami, SBY.

Beliau pernah memegang jawatan Naib Ketua Umum DPP Parti Demokrat, dan juga aktif dalam kegiatan sosial di Persit Kartika Chandra Kirana (Persatuan Isteri Tentera), Dharma Pertiwi dan Dharma Wanita selama Susilo menjawat sebagai Menteri Perlombongan dan Tenaga (bahasa Indonesia: Menteri Pertambangan dan Energi) pada zaman Pemerintahan Abdurrahman Wahid dan Menteri Koordinator Politik dan Keamanan pada zaman Pemerintahan Megawati Soekarnoputri.

Delias kristianiae[sunting | sunting sumber]

Ani juga mendapat penghormatan apabila sejenis spesies kupu-kupu di Papua, Delias kristianiae dinamakan bersempenanya.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Gelaran Kehormat
Didahului oleh
Taufiq Kiemas
Wanita Pertama Indonesia
20 Oktober 2004 – 20 Oktober 2014
Diikuti oleh:
Iriana