Kristine Hermosa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kristine Hermosa
Hermosa pada Jun 2009.
Kelahiran
Anna Kirsten Esmeralde Hermosa Orille

(1983-09-09) 9 September 1983 (umur 40)
Nama lainKristine Hermosa-Sotto, Tin-Tin
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1996–2011, 2016–kini
MajikanABS-CBN
EjenStar Magic (1996–2010)
PasanganDiether Ocampo (2004–2009; bercerai)
Oyo Boy Sotto (2011–kini)
Anak-anak5
Ibu bapaMaria Alma Hermosa (ibu)
Maximilian Orille (bapa)
SaudaraKathleen Hermosa Orille (kakak)
Maxine Hermosa Orille (adik)
Joshua Hermosa Orille (adik)

Anna Kirsten Esmeralde Hermosa Orille (lahir 9 September 1983) atau lebih dikenali sebagai Kristine Hermosa atau juga nama perkahwinannya Kristine Hermosa-Sotto merupakan seorang pelakon dan model wanita Filipina berketurunan Sepanyol. Beliau terkenal menerusi gandingannya bersama Jericho Rosales menerusi telenovela Pangako Sa 'Yo, Sana'y Wala Nang Wakas dan Dahil May Isang Ikaw.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Kristine, lebih mesra dengan panggilan Tin-Tin ialah anak kedua kepada empat beradik, kakak sulung beliau ialah Kathleen, dua adiknya ialah Maxine dan Joshua. Etnik beliau ialah Sepanyol dan Filipina, ibunya, Maria Alma Hermosa berketurunan Sepanyol dan bapanya, Maximilian Orille berwarganegara Filipina. Untuk nama pentas, beliau menggunakan nama keluarga ibunya "Hermosa", kerana ia menarik perhatian, ia diterjemahkan kepada "indah". Pada 21 September 2004, beliau berkahwin dengan pelakon Diether Ocampo. Perkahwinan mereka berakhir sejurus selepas itu dan secara rasmi dibatalkan pada 30 Januari 2009.[1] Kristine berkahwin dengan pelakon dan pengacara Oyo Boy Sotto (anak Vic Sotto) pada 12 Januari 2011. Mereka mempunyai lima orang anak.[2][3][4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bakat beliau mula dikesan pada usia 12 tahun ketika kakaknya, Kathleen diujibakat untuk persembahan di ABS-CBN. Beliau telah diberi peranan dalam siri drama mingguan 1998, Sa Sandaling Kailangan Mo Ako. Pada tahun 2000, beliau telah diberi peranan dalam drama lipur lara, Pangako Sa 'Yo lakonan bersama Jericho Rosales. beliau membintangi filem Forevermore, yang dikeluarkan pada tahun 2002. Antara 2003 dan 2004, Kristine membintangi Sana'y Wala Nang Wakas. Beliau juga menjayakan peranan utama dalam siri ini televisyen Til Death Do Us Part pada tahun 2005. Hermosa muncul dalam Gulong ng Palad dan Prinsesa ng Banyera masing-masing pada 2006 dan 2007 dan pada tahun 2009 dalam Dahil May Isang Ikaw. Projek terakhir beliau bersama ABS-CBN sebelum berpindah ke GMA Network ialah siri aksi fantasi Noah di mana beliau memegang watak Diwata, rakan seperjuangannya dari dongeng dalam mitologi Filipina.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian
2016—kini Hay, Bahay![5] Batch GMA Network
2013 Vampire Ang Daddy Ko Yehey
2010 Noah Eva ABS-CBN
2010 Precious Hearts Romances Presents: Lumang Piso Para sa Puso Sandra Perez
2009 Dahil May Isang Ikaw Angela 'Ella' Alferos
2009 Sineserye Presents: Nasaan Ka Maruja? Maruja S. Martinez/Cristy Mondes Rivera
2008 Maalaala Mo Kaya: Gayuma Aida
2007 Your Song Presents: Christmas Is Guest Star
2007 Prinsesa ng Banyera Maningning Burgos
2007 Your Song Presents: Himala Guest Star
2007 Sineserye Presents: Palimos Ng Pag-Ibig Ditas
2007 Love Spell Presents: Click Na Click Wena Eugenio
2006 Your Song Presents: Ilalim Ng Ulan Guest Star
2006 Komiks Presents: Bahay Ng Lagim Guest Star
2006 Star Magic Presents: Windows To The Heart Susan
2006 Komiks Presents: Bampy Bampirella
2006 Your Song Presents: Sabihin Mo Na Guest Star
2006 Gulong ng Palad Luisa Santos
2005 Til Death Do Us Part Ysabel
2003 Sana'y Wala Nang Wakas Arabella Grace 'Ara' Garcia
2000 Pangako Sa 'Yo Ynamorata 'Yna' Macaspac
1999 Ang Munting Paraiso Rowena
1998 Sa Sandaling Kailangan Mo Ako Agnes
1996 Gimik Tintin Fernandez
1995 Ang TV Herself

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Syarikat penerbitan
2013 My Little Bossings OctoArts Films, M-Zet Productions
2008 My Big Love Niña Star Cinema
2007 Enteng Kabisote 4: Okay Ka Fairy Ko...The Beginning of the Legend Faye OctoArts Films, M-Zet Productions
2006 Enteng Kabisote 3: Okay Ka, Fairy Ko: The Legend Goes On and On and On Faye
2006 Wag Kang Lilingon Angel Star Cinema, Viva Films
2005 Enteng Kabisote: Okay ka, Fairy Ko: The Legend Continues Faye OctoArts Films, M-Zet Productions
2004 Enteng Kabisote: Okay ka, Fairy Ko: The Legend Faye
2004 Bcuz of U Ria Star Cinema
2004 All My Life Louie
2003 Ngayong Nandito Ka Garie Cruz
2002 Forevermore Marian
2001 Trip Celine
2000 Pera o bayong (Not da TV) Julie Ann
2000 Minsan, Minahal Kita Pia
1999 Oo Na... Mahal Na Kung Mahal Chrissie
1999 Gimik: The Reunion Suzette Pia
1998 Nagbibinata Willie

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah/Penghargaan/Pencalonan Kritik
2011 New York Festivals Awardee (Dahil May Isang Ikaw) 2011 New York Festivals
2010 Hall of Fame Hot 100 (10 yrs of inclusion in FHM 100 Sexiest List) FHM Philippines
2006 Box-Office Queen GMMSF Box-Office Entertainment Awards
2002 Most Popular Love Team with Jericho Rosales GMMSF Box-Office Entertainment Awards
2001 Most Popular Love Team with Jericho Rosales for (Pangako Sa 'Yo) GMMSF Box-Office Entertainment Awards

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ocampo-Hermosa marriage annulled Diarkibkan 2015-08-09 di Wayback Machine, showbizandstyle.inquirer.net; accessed 23 June 2015.
  2. ^ "Check out the sonogram photo of Oyo Sotto and Kristine Hermosa's fourth baby". GMA News. 20 Julai 2016. Dicapai pada 2016-09-24.
  3. ^ Nies, Jose (2021-08-04). "Kristine Hermosa and Oyo Boy Sotto welcome 5th child named Vittorio Isaac Sotto". Tito Peps (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-08-04.
  4. ^ Kingsu-Cheng, Jane (December 10, 2020). "Baby no. 5: Kristine Hermosa is grateful for another blessing". Manila Bulletin. Dicapai pada December 11, 2020.
  5. ^ http://www.pep.ph/guide/tv/23744/kristine-hermosa-set-to-make-television-comeback-via-gma-7-show-with-oyo-sotto#ES5xMUJao63zzLwf.01

Pautan luar[sunting | sunting sumber]