Ku Kirim Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Ku Kirim Cinta
GenreDrama
Cinta
Ditulis olehMazelan Manan
PengarahRaja Ahmad Alauddin
Dibintangi oleh
Ayda Jebat
Redza Rosli
Julia Farhana Marin
Fizz Fairuz
Fahad Iman
Lagu pembukaanAkhirnya Cinta - Salma
Lagu penutupPesan - Irfan Haris
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod28 Episod
Penerbitan
Tempoh siaranSetiap Hari, 6.30 Petang.
Syarikat penerbitan
(Saphire Screen Sdn Bhd)
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Siaran asal22 Mei 2017 – 6 Julai 2017
Kronologi
MengikutiShhh... I Love You
Diikuti olehPinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin

Ku Kirim Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Raja Ahmad Alauddin, dibintangi oleh Ayda Jebat, Redza Rosli, dan Julia Farhana Marin. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 22 Mei 2017 menggantikan Shhh... I Love You. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Zarul dan Nisha terkenal sebagai pasangan paling romantik di kolej mereka. Kehebatan Zarul merangkai ayat-ayat cinta memang memukau. Selepas menamatkan pengajian Diploma, Nisha ditawarkan belajar di Australia, manakala Zarul meneruskan pengajian ijazah di tanah air. Ketika Nisha di Autsralia, percintaan mereka diteruskan lewat e-mail dan WhatsApp.

Setahun kemudian, Zarul disahkan menghidapi leukimia tahap kritikal dan hayatnya tidak lama. Zarul menyembunyikan penyakitnya daripada Nisha dan membalas kiriman rindu Nisha seperti biasa. Apabila keadaan Zarul makin kritikal, Zarul meminta sepupunya Farhan menyamar sebagai dia untuk membalas e-mail dan WhatsApp Nisha kerana tidak mahu pelajaran Nisha terganggu. Jika dia ditakdirkan meninggal, Zarul mahu Farhan terus melayani Nisha sehingga Nisha habis belajar.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

  • Akhirnya Cinta - Salma
  • Pesan - Irfan Haris
  • Selamat Tinggal Cinta - 6ixth Sense

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Ku Kirim Cinta. MyInfoTaip. Dicapai 6 Ogos 2021