Ku Seru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Ku Seru"
Single oleh Misha Omar
daripada album
OST Pontianak Harum Sundal Malam II
Misha Omar
Dikeluarkan pada 5 Oktober 2005
Format CD
Genre Pop
Panjang 4:25 minit
Syarikat BMG Music Malaysia
Penulis Ajai & Shuhaimi Baba
Penerbit Roslan Aziz
Kronologi single Misha Omar
"Tak Ingin Lagi"
(2005)
"Ku Seru"
(2005)
"Tak Ku Duga"
(2006)

Ku Seru merupakan sebuah lagu pop yang diterbitkan oleh penerbit terkenal Malaysia, Roslan Aziz pada tahun 2005 untuk album runut bunyi sekaligus dijadikan sebagai lagu tema filem seram Pontianak Harum Sundal Malam II. Lagu ini dicipta Ajai dan pengarah filem Shuhaimi Baba dan dinyanyikan penyanyi terkenal Misha Omar.

Lagu ini dimuatkan dalam album ketiga Misha yang diterbitkan pada 2008 berjudul Misha Omar. Lagu ini tidak dikira sebagai single pertama petikan album tersebut, sebaliknya dimuatkan dalam OST filem tersebut.

Rakaman[sunting | sunting sumber]

Lagu dirakam khusus untuk album runut bunyi Pontianak Harum Sundal Malam 2 yang dikeluarkan pada 12 Oktober 2005. Diterbitkan oleh Roslan Aziz, lagu ini dimuatkan dalam bahagian penutup filem tersebut dimana ia memaparkan watak Maria menziarahi kuburan Meriam dan dikembalikan harta-harta berharga milik Meriam yang dirampas oleh Marsani. Runut lagu ini digunakan sepanjang filem terutama babak seorang bayi dilarikan pontianak serta kontfrantasi antara Meriam dan Maria. Maka lagu ini cipta khusus untuk membayangkan perasaan kedua-dua watak ini. Misha menjadi penyanyi pertama seumpamanya yang merakam sebuah lagu yang memerlukan penyanyinya menjiwai dua watak (seperti berduet dengan diri sendiri).

Bait-bait lirik lagu ini menggambarkan perasaan Meriam yang tidak rela menganggu gugat kehidupan Maria, dan Maria pula mengharapkan Meriam kembali ke dunia asalnya. Ia seolah-olah memaparkan begitu besarnya cinta seorang ibu terhadap anaknya. Ketika rakaman lagu ini Misha dilaporkan menangis kerana terlalu menghayati kedua-dua watak ini. Ia disifatkan sebagai sebuah lagu yang sukar untuk dirakam apalagi untuk dibawa secara langsung. Penerbit terkenal Ramli M.S. pernah mengatakan Misha sewajarnya memenangi persembahan vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 21 sekiranya penyanyi ini menyanyikan dengan emosi yang lebih cukup. Pun begitu, persembahan Misha untuk lagu ini masih belum boleh digugat mana-mana artis.

Tenaga Produksi[sunting | sunting sumber]

Lagu: Ajai
Lirik: Shuhaimi Baba
Hakcipta Lagu & Lirik: BMG Music & Warner Chappell
Penerbit Eksekutif: Roslan Aziz
Penerbit: Ajai
Susunan Muzik: Eddie Slam
Jururakam: Mat
Juruadun: Roslan Aziz
Gitar: Aznan Alias
Bass: Kelly
Dram: Ujang
Keyboards: Eddy Slam
Programming: Firdaus
Susunan Strings: Eddie Marzuki
Studio Rakaman: Wake The Baby


Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Menang

  • Lagu Terbaik Tempat Kedua - Pertandingan Akhir Hits 1 Musim ke-3 RTM
  • Lagu Tema Asal Terbaik - Festival Filem Malaysia ke 19

Pencalonan