Pergi ke kandungan

Ku Teruskan (album)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ku Teruskan)
Ku Teruskan
Album studio oleh
Dilancarkan pada11 Ogos 2003 (2003-08-11)
Dirakamkan padaFebruari - Julai 2003
StudioPro Recording Studio
Genre
Panjang39:37
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatSuria
Penerbit
  • Tan Su Loke (Eksekutif)
  • Zulkefli Majid
  • Zuriani
  • Azmeer
  • Ajai
  • LY
  • Alfa Kesuma Booty
Kronologi Liza Hanim Sunting nilai ini di Wikidata
Isyarat Jiwa
(2001)
Ku Teruskan Sunting nilai ini di Wikidata Rindu Selalu
(2006)
Single daripada Ku Teruskan
  1. "Tirai Malam"
    Dikeluarkan: 14 Julai 2003 (2003-07-14)
  2. "Ku Teruskan"
    Dikeluarkan: 20 Oktober 2003 (2003-10-20)
  3. "Biarkan"
    Dikeluarkan: 12 Januari 2004 (2004-01-12)
  4. "Hadir Dirimu"
    Dikeluarkan: 11 Mac 2004 (2004-03-11)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Ku Teruskan ialah album studio keenam oleh penyanyi Malaysia, Liza Hanim. Ia dikeluarkan pada 11 Ogos 2003, oleh Suria Records. Melihat kepada peralihan daripada gaya pop remaja dalam empat album studio pertamanya Epilog (1997), Puteri Jelmaan (1999), Istimewa (2000) dan Isyarat Jiwa (2001), Liza mula menerima bunyi yang jauh lebih matang dengan Ku Teruskan. Album ini menggabungkan genre pop dan R&B dengan pengaruh EDM dan kadangkala masuk ke dalam disko, dan elektronika. Tema liriknya membicarakan subjek seperti tema percintaan, hubungan yang tidak sihat, kewanitaan, kebimbangan dan ketabahan melalui kesukaran. Sumbangan kepada pengeluarannya datang daripada pelbagai kolaborasi, termasuk Ajai dan Zuriani. Liza sendiri mengambil alih peranan yang lebih menonjol dalam pembikinan album, menulis bersama tiga lagunya. Album ini merupakan album studio terakhir yang dirakamkan oleh Liza bersama Suria Records.

Ku Teruskan menerima ulasan bercampur-campur daripada pengkritik muzik, yang memuji perkembangan muzik Liza tetapi mengkritik imejnya yang semakin provokatif. Album itu telah memuncak pada nombor 27 di MY Billboard 100, menjadi album kedua Liza yang tidak mencapai puncak dalam sepuluh teratas. Album ini menerima pencalonan untuk Persembahan Vokal Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-11 (2004).

Ku Teruskan menghasilkan empat single. Tirai Malam, single utama, mencapai sepuluh teratas di 20 negara. Ku Teruskan juga mencapai kejayaan komersil antarabangsa. Biarkan dan Hadir Dirimu mencapai dua puluh teratas tetapi semuanya gagal untuk memasuki Billboard Hot 100 MY, manakala Biarkan dikeluarkan secara eksklusif, ia dirakamkan dalam versi Bahasa Inggeris pada trek terakhir dengan tajuk ‘’You Don't Add Up’’ sebagai usaha mempromosikan album itu lagi.

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Lagu Tirai Malam dipilih sebagai single pertama beliau yang dimainkan di stesen-stesen radio tetapi sambutan yang diberikan oleh pendengar agak hambar. Begitu juga single kedua beliau Hadir Dirimu yang diperkenalkan oleh beliau ketika menghadiri Carta Mingguan ERA sebagai artis jemputan, kurang mendapat perhatian pendengar. Selain klip video Ku Teruskan, Tirai Malam juga sering dimainkan di stesen-stesen TV. mtv Ku Teruskan berjaya memenangi anugerah Video Muzik Pilihan di Anugerah Era 2004. Dan akhirnya, lagu Biarkan, dirakam juga sebagai versi Bahasa Inggeris pada trek terakhir dengan tajuk You Don't Add Up.

Buat pertama kalinya beliau menyumbangkan lirik untuk beberapa lagu seperti lagu Biarkan, Hadir Dirimu dan Tiada Cinta. Dalam masa yang sama, beliau turut melakukan percubaan pertama Liza dengan mencipta lagu yang berjudul Tiada Cinta.

Tenaga kerja

[sunting | sunting sumber]
  • Tan Su Loke - penerbit eksekutif
  • Edwin Tan - pembantu penerbit eksekutif
  • Jason Foo - penyelaras produksi
  • Ajai - penerbit
  • Alfa Kesuma Booty - penerbit
  • Azmeer - penerbit
  • LY - penerbit
  • Zuriani - penerbit
  • Zulkefli Majid - koordinator A&R & penerbit
  • Bard - pengurus promosi
  • Vincent - jurutera
  • Koh - jurutera
  • Wong - jurutera
  • Pro Recording Studio (Cheras Perdana) - studio rakaman
  • Khoon Hooi - pereka pakaian
  • Redza Fahmy - pengurus artist
  • Bustamam Mokhtar - fotografi
  • Jade - dandanan rambut
  • Urban Vibes - dandanan rambut
  • Sue Hamid - jurusolek

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Tirai Malam"Hani MJAiman4:47
2."Biarkan"Liza HanimZuriani3:13
3."Ku Teruskan"M. ZulkefliZuriani3:37
4."Cahaya Cintaku"BaiduriLY4:44
5."Hadir Dirimu"Liza HanimZuraini3:41
6."Hanya Satu Cinta"AyuAjai3:15
7."I Love You"TisyaAlfa Kesuma Booty4:38
8."Tiada Cinta"Liza HanimLiza Hanim4:57
9."Seikhlas Hati Ku"Lukhman SAzmeer4:48
10."Begitulah Aku"DarwishSham Kamikaze5:24
11."You Don't Add Up"HiteshZuriani3:09


Kedudukan carta

[sunting | sunting sumber]

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2003

Tirai Malam

- - - 8
Hadir Dirimu - - - -
2004 Biarkan - - - 19
Ku Teruskan - - - 3

Ulasan kritis

[sunting | sunting sumber]

Persembahan vokal Liza menerusi album ini meraih kritikan positif daripada pemerhati seni. Liza meraih pencalonan untuk kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik di AIM.

Anugerah ERA

[sunting | sunting sumber]
Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2004 "Ku Teruskan" Video Muzik Pilihan Menang

Anugerah Industri Muzik

[sunting | sunting sumber]
Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2004 Ku Teruskan Persembahan Vokal Wanita Terbaik Tercalon