Ku Teruskan (album Liza Hanim)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ku Teruskan
Album studio oleh
Dilancarkan pada11 Ogos 2003
Dirakamkan padaApril - Ogos 2003
StudioPRO Recording Studio
GenrePop
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
SyarikatSuria Records
PenerbitZulkifli Majid (Aiman)
Azmeer
Helen Yap
Kronologi Liza Hanim
Isyarat Jiwa
(2001)
Ku Teruskan
(2003)
Rindu Selalu
(2006)
Single daripada Ku Teruskan
  1. "Tirai Malam"
    Dikeluarkan: 2003
  2. "Ku Teruskan"
    Dikeluarkan: 2003
  3. "Biarkan"
    Dikeluarkan: 2004
  4. "Hadir Dirimu"
    Dikeluarkan: 2004
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ku Teruskan merupakan album studio keenam nyanyian Liza Hanim dan merupakan album penuh terakhir yang direkodkan bersama Suria Records edaran SRC. Lagu Tirai Malam, Biarkan, Hadir Dirimu, dan Ku Teruskan telah dipilih sebagai single untuk penerbitan album ini.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Lagu Tirai Malam dipilih sebagai single pertama beliau yang dimainkan di stesen-stesen radio tetapi sambutan yang diberikan oleh pendengar agak hambar. Begitu juga single kedua beliau Hadir Dirimu yang diperkenalkan oleh beliau ketika menghadiri Carta Mingguan ERA sebagai artis jemputan, kurang mendapat perhatian pendengar. Selain klip video Ku Teruskan, Tirai Malam juga sering dimainkan di stesen-stesen TV. mtv Ku Teruskan berjaya memenangi anugerah Video Muzik Pilihan di Anugerah Era 2004. Dan akhirnya, lagu Biarkan, dirakam juga sebagai versi Bahasa Inggeris pada trek terakhir dengan tajuk You Don't Add Up.

Buat pertama kalinya beliau menyumbangkan lirik untuk beberapa lagu seperti lagu Biarkan, Hadir Dirimu dan Tiada Cinta. Dalam masa yang sama, beliau turut melakukan percubaan pertama Liza dengan mencipta lagu yang berjudul Tiada Cinta.

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

  • Tan Su Loke - penerbit eksekutif
  • Edwin Tan - pembantu penerbit eksekutif
  • Jason Foo - penyelaras produksi
  • Ajai - penerbit
  • Alfa Kesuma Booty - penerbit
  • Azmeer - penerbit
  • LY - penerbit
  • Zuriani - penerbit
  • Zulkefli Majid - koordinator A&R & penerbit
  • Bard - pengurus promosi
  • Vincent - jurutera
  • Koh - jurutera
  • Wong - jurutera
  • Pro Recording Studio (Cheras Perdana) - studio rakaman
  • Khoon Hooi - pereka pakaian
  • Redza Fahmy - pengurus artist
  • Bustamam Mokhtar - fotografi
  • Jade - dandanan rambut
  • Urban Vibes - dandanan rambut
  • Sue Hamid - jurusolek

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Tirai Malam"Hani MJAiman4:47
2."Biarkan"Liza HanimZuriani3:13
3."Ku Teruskan"M. ZulkefliZuriani3:37
4."Cahaya Cintaku"BaiduriLY4:44
5."Hadir Dirimu"Liza HanimZuraini3:41
6."Hanya Satu Cinta"AyuAjai3:15
7."I Love You"TisyaAlfa Kesuma Booty4:38
8."Tiada Cinta"Liza HanimLiza Hanim4:57
9."Seikhlas Hati Ku"Lukhman SAzmeer4:48
10."Begitulah Aku"DarwishSham Kamikaze5:24
11."You Don't Add Up"HiteshZuriani3:09


Kedudukan carta[sunting | sunting sumber]

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2003

Tirai Malam

- - - 8
Hadir Dirimu - - - -
2004 Biarkan - - - 19
Ku Teruskan - - - 3

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Persembahan vokal Liza menerusi album ini meraih kritikan positif daripada pemerhati seni. Liza meraih pencalonan untuk kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik di AIM.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah ERA[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2004 "Ku Teruskan" Video Muzik Pilihan Menang

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2004 Ku Teruskan Persembahan Vokal Wanita Terbaik Tercalon