Kuala Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kuala Kedah merupakan sebuah kawasan parlimen di negeri Kedah Darul Aman, di utara Semenanjung Malaysia. Kuala Kedah terletak di bahagian muara Sungai Kedah. Jarak Kuala Kedah dari pusat bandar iaitu Alor Setar cuma 10 km sahaja.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kuala Kedah merupakan kawasan perkampungan nelayan. Nelayan-nelayan menangkap ikan di perairan Selat Melaka dan di Laut Andaman.

Rangkian Perhubungan[sunting | sunting sumber]

Dari zaman dahulu sehingga era enam puluhan jalan sungai dan jalan laut merupakan lebuh raya utama. Sebagai perhentian lebuh raya laut Kuala Kedah merupakan perhentian yang penting menghubungi Kuala Perlis,Kuala Sanglang,Kuala Jerlun , Tajung Dawai dan Pulau Pinang. Kuala Kedah juga satu pintu laluan masuk ke pendalaman melalui Sungai Kedah. Di era enam puluhan Kuala Kuala tersebut di hubungi dengan bot tambang dan bot kargo.

Dengan pembangunan pesat selepas merdeka jalan raya banyak di bina jadi laluan laut makin merosot kecuali bagi industri perikanan dan pelancongan.

Dengan terbangunnya Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai di zaman pemerintahan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, kepenting Kuala Kedah dan juga Kuala Perlis meningkat semula. Dari Kuala Kedah pelacong juga boleh ke Pulau Payar iaitu sebuah pulau pelancongan dan reserve perikanan.

Jeti baru Kuala Kedah[sunting | sunting sumber]

Ada sebuah jeti yang moden telah dibina oleh kerajaan pusat bagi memudahkan pelancong berkunjung ke pulau Langkawi yang indah itu. Jeti ini terletak di tepi muara sungai berlumpur dan tumbuhan utamanhya ialah paya bakau. Di hadapan jeti Kuala Kedah terdapatnya tapak bersejarah iaitu Kota Kuala Kedah . Selain itu terbina sebuah Marina Kuala Kedah yang sudah siap dibina tetapi tidak dapat digunakan kerana terletak di kawasan yang cetek.

Pemandangan di kawasan jeti ini cukup menarik kerana banyaknya bot-bot nelayah yang berwarna-warni kelihatan pulang dari laut. Nelayan keletihan mengangkut hasil tangkapan.

Rumah nelayan yang berselerak di tepi-tepi laut dan sungai di Kuala Kedah telah dipindahkan ke kawasan perumahan Kota Warisan, Kerajaan negeri Kedah telah membina 700 buah rumah dua tingkat stail kampung . Baki yang tinggal hanya 56 buah keluarga yang belum pindah kerana masalah teknikal.

Perumahan baru[sunting | sunting sumber]

Sejak 2008, semakin rancak pembinaan rumah disekitar Kuala Kedah. Antaranya Taman Bersatu, Taman Muara, Taman Nusantara dan Taman Desa Chengai Indah.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

{{Navbox | image = | name = Kedah | titlestyle = background:steelblue | title = Bendera Kedah Negeri Kedah Darul Aman نڬري قدح دارالامان |style = background-color:lightsteelblue; |group1 = Daerah | list1 = Kota Setar Kuala Muda Kulim Pokok Sena Langkawi Kubang Pasu Baling Bandar Baharu Padang Terap Pendang Sik Yan |group2 = Bandar Utama |list2 = Alor Setar (Ibu Negeri Kedah) • Sungai Petani (Bandar Terbesar Negeri Kedah) • Kulim Langkawi Pokok Sena Jitra |group3 = Bandar Membangun |list3 = Changlun Baling Kuala Ketil Gurun Serdang Kuala Nerang Pendang Sik Yan |group4 = Bandar Baru |list4 = Bandar Anak Bukit Alor Setar (bandar diraja) • Bandar Muadzam Shah Alor Setar (bandar pentadbiran) • Bandar Baru Mergong Bandar Stargate Bandar Aman Jaya Bandar Laguna Merbok Bandar Tunku Puteri Bandar Darulaman Bandar Baru Sintok Bandar Baru Bukit Kayu Hitam |group5 = Pekan / Mukim |list5 = Alor Janggus Alor Mengkudu Alor Tajar Bedong Bukit Selambau Guar Chempedak Jeniang Jerai Kepala Batas, Alor Setar Kodiang Kota Sarang Semut Kuah Kuala Kedah Langgar Lunas Merbok Mahang Naka Nami Padang Serai Relau Serdang Tanjung Dawai Tokai |group6 = Pulau |list6 = Pulau Dayang Bunting Pulau Langkawi Pulau Payar Pulau Songsong Pulau Bunting Pulau Telor Pulau BidanPulau Perak Pulau Tuba |group7 = Sungai |list7 = Sungai Kedah Sungai Muda Sungai Merbok Sungai Kilim Sungai Anak Bukit Sungai Tajar Sungai Pendang Sungai Langgar |group8 = Gunung |list8 = Gunung Jerai Gunung Raya Gunung Mat Chinchang |group9 = Tasik |list9 = Tasik Pedu Tasik Beris Tasik Dayang Bunting |group10 = PBT |list10 =Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) • Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) • Majlis Perbandaran Kulim (MPKk) • Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) • {{nowrap|Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBBk) Majlis Daerah Baling (MDB)