Kuala Langat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kuala Langat
Selangor Darul Ehsan

كوالا لاڠت، سلاڠور دارول احسن
Daerah Kuala Langat Highlighted in the State of Selangor, Malaysia.svg
Negara Malaysia Malaysia
Negeri Selangor Selangor
Diasaskan 1 Januari 1977
Diberikan
Status Majlis Perbandaran
1 Mac 2020
Kerajaan
 - Yang di-Pertua MPKL Tuan Mohd Azhar Bin Mohamed Ali
Kepadatan (2011)
 - Jumlah 272,893 orang
Zon masa MST (UTC+8)
Laman web: Laman sesawang rasmi MPKL
Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat

Kuala Langat adalah salah satu dari sembilan daerah di Selangor, Malaysia. Ia bersempadan dengan daerah Klang dan Sepang. Sebahagian daerah Kuala Langat terletak di persisiran Selat Melaka. Pembangunan pesat kawasan seperti Putrajaya dan Lapangan Terbang KLIA telah meletakkan daerah ini kawasan yang strategik untuk pelaburan. Di samping itu, daerah ini disokong dengan kemudahan infrastuktur jalan raya yang baik yang menyambungkan ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Bandar DiRaja Klang, Pelabuhan Klang, Putrajaya dan KLIA.

Daerah Kuala Langat mempunyai keluasan seluas 87,704 hektar. Jumlah penduduk melebihi 200,000 orang dengan majoriti daripada bangsa Melayu, diikuti oleh Cina dan India serta sejumlah kecil orang-orang asli.

Pada era 60an hingga akhir 80an, Kuala Langat juga terkenal dengan kesibukkan perlombongan bijih timahnya. Kawasan timur yang berjiran dengan daerah Sepang adalah kawasan yang kaya dengan bijih timah dan hanya diteroka pada sekitar 60an menyaksikan banyak kapal korek bersaiz besar dan moden dibina disitu.

Pada masa ini terdapat sebuah kawasan perindustrian bertaraf Zon Perdagangan Bebas di Telok Panglima Garang. Di sini terdapat kilang elektronik dan alat ganti kenderaan. Tanaman utama daerah ini adalah kelapa sawit. Teh juga turut ditanam di daerah Kuala Langat oleh Boh Plantations iaitu Sri Cheeding Boh Tea Plantation, sebuah ladang teh tanah rendah. Selain itu, terdapat juga kawasan yang menarik di sini seperti Bukit Jugra, pantai Morib dan beberapa perkampungan Homestay.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)[sunting | sunting sumber]

Daerah Kuala Langat ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang dinaiktaraf perbandaran pada tahun 2020.

Mukim[sunting | sunting sumber]

Mukim Keluasan (Hektar)
Telok Panglima Garang 8,007.447
Mukim Bandar 3,852.219
Jugra 18,533.410
Kelanang 7,513.642
Morib 2,521.780
Tanjung Dua Belas 33,164.484
Mukim Batu 12,417.551

Kampung[sunting | sunting sumber]

Mukim Kampung Keluasan (Ekar)
Telok Panglima Garang Kampung Sijangkang 4,047.79
Kampung Batu 9,Kebun Baharu 2,106.64
Kampung Batu 10,Kebun Baharu 2,177.44
Kampung Medan 1,202.25
Kampung Sungai Jaron (Kampung Baru) 940.75
Kampung Sungai Rambai 1,947.8
Kampung Telok Panglima Garang 5265.1

Kawasan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen

Dewan Negeri Selangor