Kuala Penyu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuala Penyu
Pekan Kuala Penyu
Pekan Kuala Penyu
Mohor rasmi Kuala Penyu
Etimologi: Sitompok
Lokasi daerah dan pekan Kuala Penyu
Lokasi daerah dan pekan Kuala Penyu
Kuala Penyu is located in Bumi
Kuala Penyu
Kuala Penyu (Bumi)
Koordinat: 5°34′12.72″N 115°35′38.39″E / 5.5702000°N 115.5939972°E / 5.5702000; 115.5939972Koordinat: 5°34′12.72″N 115°35′38.39″E / 5.5702000°N 115.5939972°E / 5.5702000; 115.5939972
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Pedalaman, Sabah
DaerahKuala Penyu
Kerajaan
 • BadanMajlis Daerah Kuala Penyu
 • Pegawai DaerahEdmund Teo
 • Pegawai EksekutifMohd. Fadzlee Lee Abdullah (Hj)
 • DUNYang Berhormat Datuk Limus Jury (GRS-GAGASAN) (Kuala Penyu)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah659
 Populasi di sekitar Kuala Penyu sahaja tidak termasuk secara keseluruhan daerah Kuala Penyu.
Zon waktuMST
Nombor platSB
L
Laman sesawangww2.sabah.gov.my/md.trn/ ww2.sabah.gov.my/pd.kp/

Kuala Penyu merupakan pekan dan salah satu daerah yang terletak dalam Bahagian Pedalaman, Sabah. Taman Negara Pulau Tiga terletak berhampiran sini dan Wilayah Persekutuan Labuan terletak di bahagian selatan.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Sejarah dan asal-usul nama Kuala Penyu[sunting | sunting sumber]

Pejabat Daerah Kuala Penyu

Kuala penyu tidak terlepas daripada salah satu sungai yang mengairi kawasan Daerah Kuala penyu iaitu sungai sitompok yang terletak di dalam daerah Kuala penyu, sungai sitompok berpunca daripada kawasan tanah tinggi yang ada di Daerah Tenom, dipercayai hulu sungai sitompok berasal dari cabangan Sungai Padas dan terus ke kawasan daerah Beaufort, Sabah terus ke daerah Kuala penyu.

Menurut kepercayaan dan cerita lisan penduduk setempat di kawasan daerah Kuala penyu, asal usul nama berasal daripada sungai sitompok iaitu di muara sungai sitompok, terdapatnya bentukan batu yang merupai seekor penyu yang mana dikenali sebagai batu penyu maka asal usul nama kuala penyu berpunca daripada batu berbentuk seekor Penyu yang berada di kuala sungai sitompok maka terjadilah nama Kuala penyu. Batu penyu boleh dilihat ketika air surut di muara sungai sitompok yang terus ke Laut China Selatan.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kuala Penyu merupakan sebuah Daerah yang terletak di Bahagian Pedalaman atas, yang bersempadan dengan daerah Beaufort di timurnya dan berkongsi sempadan laut dengan Wilayah Persekutuan Labuan di sebelah selatannya.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Etnik[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk sekitar Kuala Penyu[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Kuala Penyu pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[1]
Tahun Melayu Brunei Kadazan/Dusun Bajau Murut Bumiputera Lain Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Malaysia Jumlah Keseluruhan
2010 230 128 40 6 120 84 1 2 48 659
2020 (Akan Datang)
Masjid Daerah Kuala penyu
Etnik di Kuala Penyu - Bancian 2010 [2]
Etnik percent
Dusun Tatana
  
32%
Bisaya
  
28%
Melayu Brunei
  
26%
Bajau
  
0.6%
Kedayan
  
0.5%
Cina
  
0.2%
Lain-Lain
  
0.1%

Jantina[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Kuala Penyu pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Jantina[1]
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
2010 323 336 659

Kawasan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Ahli Parlimen Parti
Beaufort Siti Aminah Aching BN-UMNO
Dewan Undangan Negeri Sabah Ahli Dewan Undangan Parti
Kuala Penyu Limus Jury GRS-GAGASAN

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 2012-02-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 2020-03-04.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  2. ^ http://ww2.sabah.gov.my/pd.kp. Missing or empty |title= (bantuan) p. 13

Pautan luar[sunting | sunting sumber]