Kuan Chee Heng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuan Chee Heng
关志庭[1]
Kelahiran (1963-02-16) 16 Februari 1963 (umur 61)
Pusat pendidikanSekolah Tinggi Batu Bahat
PekerjaanSukarelawan

Kuan Chee Heng (Cina: 关志庭, lahir 16 Februari 1963) atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang merupakan seorang aktivis serta sukarelawan kemanusiaan Malaysia. Beliau terkenal kerana bergiat aktif dalam pelbagai misi bantuan kepada orang yang memerlukan di seluruh Malaysia. Beliau mempunyai sebuah organisasi bukan keuntungan, Community Policing Malaysia yang bertindak sebagai medium utama misi bantuannya.[2]

Awal kehidupan[sunting | sunting sumber]

Kuan Chee Heng lahir dalam sebuah keluarga dengan 10 adik-beradik di Batu Pahat, Johor. Secara umumnya, keluarga Kuan mengalami kehidupan yang serba susah, dan menjadi dorongan terhadap misi bantuannya ketika dewasa.[3] Pendidikan tertinggi yang diperolehnya ialah pendidikan taraf O-Level di Sekolah Tinggi Batu Pahat. Sebelum ini, beliau juga pernah bekerja sebagai pegawai polis pada 1980-an.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya Uncle Kentang banyak memfokuskan kepada perihal kebajikan, dan terkenal atas aktiviti-aktiviti kebajikan yang tidak mengira kaum dan agama kelompok; berdasarkannya, kebanyakan orang yang dibantunya ialah golongan Melayu.[5] Beliau membantu dengan menerima sumbangan orang ramai. Nama popularnya terbit daripada perilakunya yang gemar menderma kentang berbanding dengan makanan-makanan asas lain kepada pihak yang memerlukan.[3] Antara bantuan-bantuan yang diberikan termasuk penawaran perkhidmatan paramedik, pengangkutan dan barangan pasar serendah 10 sen.[6] Beliau juga menubuhkan satu pertubuhan, Community Police yang bertanggungjawab sebagai medium kerja-kerja amalnya serta pusat penyelesaian aduan awam.[4]

Ketika pandemik COVID-19[sunting | sunting sumber]

Kerja-kerja amalnya menjadi lebih ketara ketika pandemik COVID-19 melanda negara, dengan bantuan-bantuan digiatkan kepada golongan terkesan dengan tajaan pelbagai syarikat.[7] Pada Mei 2021, beliau mendapat anugerah khas daripada Ratu Elizabeth II sebagai penghargaan atas kerja-kerja kebajikannya.[8]

Penyertaan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pada 2019, beliau menawarkan diri untuk menyertai pilihan raya kecil di kerusi Semenyih, Selangor yang dilakukan susulan kematian penyandang, Bakhtiar Mohd Nor. Menurutnya, beliau berkeputusan untuk bertanding dalam pilihan raya itu untuk "membantu rakyat tanpa sebarang kepentingan peribadi," dan bertanding sebagai calon bebas.[5] Sungguhpun begitu, beliau hanya meraih 725 undian daripada lebih 39 ribu undian yang dikira.

DUN Selangor: N24 Semenyih, P101 Hulu Langat
Tahun Undian Peratusan Lawan Undian Peratusan Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2019 Zakaria Hanafi (UMNO) 19,780 50.44% Muhammad Aiman Zainali (PPBM) 17,866 45.56% 39,218 1,914 71.96%
Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) 847 2.16%
Kuan Chee Heng (Bebas) 725 1.85%

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "泪诉想上大学 但不想加重父母负担 少女求助"马铃薯叔叔"". Oriental Daily News (Malaysia) (dalam bahasa Cina). 12 April 2021. Dicapai pada 28 Julai 2021.
  2. ^ "Uncle Kentang: Folk hero and champion of the poor". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 17 Oktober 2020. Dicapai pada 28 Julai 2021.
  3. ^ a b Abdul Manan, Nur Farhana (5 April 2021). "Uncle Kentang pernah makan sisa sayur terbuang". Sinar Harian. Dicapai pada 27 Julai 2021.
  4. ^ a b Ibrahim, Zaim (24 Mac 2018). "'Ringan tangan beramal, pintu rezeki terbuka bagai air yang mengalir' - Mr Kentang". Astro Awani. Dicapai pada 5 Ogos 2021.
  5. ^ a b Abdullah, Rahimah (9 Februari 2021). "Saya bukan macai mana-mana parti politik - Uncle Kentang". Astro Awani. Dicapai pada 5 Ogos 2021.
  6. ^ Asyraf Hasnan, Harits (27 Julai 2019). "Khidmat cuci luka, inisiatif terbaharu 'Uncle Kentang'". Astro Awani. Dicapai pada 5 Ogos 2021.
  7. ^ Tan, Mei Zi (16 Februari 2021). "Uncle Kentang gets birthday wishes online, starts 'rental boyfriend' service to raise money for charity". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Ogos 2021.
  8. ^ Muhammad, Asyraf (24 Mei 2021). "Uncle Kentang terima anugerah daripada Ratu Elizabeth II". Sinar Harian. Dicapai pada 5 Ogos 2021.
  9. ^ Bernama (September 15, 2021). "'Uncle Kentang' harap anugerah Komanwel cetus inspirasi lebih ramai terlibat aktiviti amal". Astro Awani. Dicapai pada 9 Februari 2022.
  10. ^ British High Commission Kuala Lumpur (17 September 2021). "Uncle Kentang awarded the Commonwealth Point of Light for exemplary service to community". GOV.UK. Dicapai pada 9 Februari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]