Kuasa nuklear

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kuasa nuklear ialah (Jawi: كواس نوكليار) sebarang teknologi nuklear yang direka bagi menghasilkan tenaga berguna daripada nukleus-nukleus atom melalui tindak balas nuklear terkawal.

Janakuasa Nuklear Ikata, sebuah Reaktor air bertekanan yang disejukkan oleh air laut.
Tiga buah kapal berkuasa nuklear, (atas ke bawah) penjajap nuklear USS Bainbridge dan USS Long Beach dengan USS Enterprise kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear pertama pada tahun 1964. Anak-anak kapal menulis formula persamaan jisim-tenaga Einstein E=mc² di dek penerbangan.
Penjanaan tenaga elektrik domestik mengikut sumber. 23,816 TWh keseluruhannya.[1]

Kaedah yang digunakan untuk menjana tenaga ialah melalui pembelahan nuklear dan pereputan radioaktif. Namun, teknologi untuk pelakuran nuklear sedang giat dijalankan.[2]

Kesemua reaktor skala utiliti[3] memanaskan air bagi menghasilkan stim, kemudian ditukarkan kepada kerja mekanikal untuk menghasilkan tenaga elektrik atau pendorongan. Pada tahun 2015, 10.7% daripada kuasa elektrik di dunia datangnya daripada kuasa nuklear. Selain itu, lebih daripada 150 buah kapal berkuasa nuklear juga telah dibina, dan beberapa buah roket radioisotop telah dikeluarkan. Kuasa nuklear adalah satu sumber kuasa rendah karbon.

Tenaga nuklear mempunyai kadar kematian per unit tenaga yang terendah berbanding dengan sumber tenaga lain. Arang batu, petroleum, gas asli dan hidroelektrik menyebabkan lebih bayka kematian per unit tenaga disebabkan pencemaran udara dan kemalangan.[4] Sejak pengkomersialannya pada 1970-an, tenaga nuklear menghalang 1.84 juta kematian melibatkan pencemaran udara dan pembebasan 64 bilion tan nilai karbon dioksida setara yang dihasilkan oleh bahan api fosil.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

p·b·s
Teknologi nuklear
Kejuruteraan nuklear Fizik nuklear | Keselamatan nuklear | Nukleus atom | Pelakuran nuklear | Pembelahan nuklear | Reaktor nuklear | Sinaran | Sinaran pengion
Bahan nuklear Bahan api nuklear | Bahan subur | Plutonium | Torium | Uranium | Uranium diperkaya | Uranium terpakai
Kuasa nuklear Kuasa lakuran | Loji kuasa lakuran inersia | Loji kuasa nuklear | Penjana termoelektrik radioisotop | Perejangan nuklear | Perkembangan tenaga masa depan | Reaktor air bertekanan |

Reaktor air didih | Reaktor air supergenting | Reaktor cepat kamiran | Reaktor dinginan gas cepat | Reaktor dinginan gas canggih | Reaktor dinginan logam cecair | Reaktor dinginan plumbum cepat | Reaktor garam leburan | Reaktor generasi IV | Reaktor lapisan kelikir | Reaktor Magnox | Reaktor neutron cepat | Reaktor pembiak cepat | Reaktor suhu amat tinggi | Roket terma nuklear | Sisa radioaktif

Perubatan nuklear Brakiterapi | Radiosurgeri | PET | Terapi proton | Terapi sinaran
Senjata nuklear Kesan letupan nuklear | Penghantaran senjata nuklear | Pengujian nuklear | Peperangan nuklear | Percambahan senjata nuklear | Perlumbaan senjata nuklear | Reka bentuk senjata nuklear | Sejarah senjata nuklear | Senarai negara bersenjata nuklear | Senarai ujian nuklear

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "IEA – Key world energy statistics, 2015" (PDF). Dicapai pada 6 April 2017.
  2. ^ https://www.pppl.gov/news/2016/08/major-next-steps-fusion-energy-based-spherical-tokamak-design
  3. ^ Beberapa Penjana termoelektrik radioisotop telah dibina, tanpa kitaran stim.
  4. ^ https://doi.org/10.1016%2FS0140-6736%2807%2961253-7
  5. ^ https://doi.org/10.1021%2Fes3051197

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Tapak web berita nuklear[sunting | sunting sumber]

Tentangan[sunting | sunting sumber]

Sokongan[sunting | sunting sumber]