Kuasa veto
Kuasa veto merujuk kepada hak yang diberi kepada seseorang atau sesuatu kumpulan untuk menolak sebarang keputusan undang-undang yang diluluskan oleh beberapa ahli yang lain. Veto berasal dari bahasa Latin yang bermaksud "Saya melarang". Biasanya hak ini adalah terhad sebab eksekutif dan penggubal undang-undang mempunyai tanggungjwab serta tugas yang berlainan seperti termaktub di dalam konsep pembahagian kuasa.
Kuasa veto secara praktik[sunting | sunting sumber]
Di bawah perlembagaan AS, presidennya mempunyai kuasa veto keatas sebarang rang undang-undang yang diluluskan Kongres. Namun kuasanya adalah terhad dan ia boleh dimansuhkan dengan undi dua pertiga dari kedua-dua dewan Kongres.
Kuasa veto juga boleh dilihat di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Lima ahli tetapnya iaitu China, Perancis, Great Britain, Amerika Syarikat, dan Rusia (sehingga 1991 - USSR) — masing-masing mempuyai kuasa veto.
![]() | Rencana tentang politik ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |