Kubah Besi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kubah Besi (Bahasa Ibrani: כִּפַּת בַּרְזֶל‎, kippat barzel) ialah sejenis sistem pertahanan udara mudah alih pelbagai cuaca[1] yang dibangunkan oleh Sistem Pertahanan Lanjutan Rafael dan Industri Aeroangkasa Israel.[2] Sistem pertahanan ini direka agar dapat memintas serta memusnahkan roket julat dekat dan selongsong meriam yang ditembak dari jarak 4 kilometer (km) sehingga 70 km dan bedilan yang mampu mencapai kawasan Israel yang berpenghuni.[3] Israel merancang mahu meningkatkan lagi julat pintasan Kubah Besi daripada 70 km sehingga 250 km serta mempelbagaikan lagi keupayaannya agar mampu memintas roket dari dua arah yang berlainan secara serentak.[4]

  1. ^ "Iron Dome Air Defense Missile System, Israel" (dalam bahasa Inggeris). Army technology. Dicapai pada 18 Ogos 2011.
  2. ^ Ben-David, Alon (18 Mac 2008). "Iron Dome advances to meet Qassam threat" (dalam bahasa Inggeris). Jane's. Dicapai pada 18 Ogos 2011.
  3. ^ Sharp, Jeremy M. (16 September 2010). "U.S. Foreign Aid to Israel" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Congressional Research Service. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 31 Julai 2015. Dicapai pada 18 Ogos 2011.
  4. ^ Williams, Dan (16 November 2012). "Israel's Barak seeks three more Iron Dome rocket interceptors". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 April 2013.