Kubang Kerian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kubang Kerian

Bandar Diraja Al-Muhammadi
NegaraFlag of Malaysia.svg Malaysia
NegeriFlag of Kelantan.svg Kelantan
JajahanKota Bharu
Kerajaan
 • Ahli Dewan RakyatTuan Ibrahim Tuan Man Parti Islam Se-Malaysia PAS
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak ditentukan
Poskod
16150

Sejarah Daerah Kubang Kerian[sunting | sunting sumber]

Daerah Kubang Kerian adalah merupakan satu daerah yang dahulu asalnya adalah bernama daerah Lundang. Daerah Lundang ini telah ditubuh pada tahun 1801 oleh Al marhum DYMM Sultan Muhammad I untuk dikurniakan kepada dua pupundanya iaitu Al marhum Tuan Lebar Bin Tuan Khomis selaku salah seorang pembesar tertinggi Kelantan yang bergelar Dato' Panglima Perang Lundang untuk memerintah sebagai wizurai yang berpusat di kampung Lundang. Selepas Tuan Lebar, keturunannya pula mewarisi sebagai penguasa daerah Lundang ini zaman berzaman sehinggalah pada tahun 1910 apabila berakhir dengan cicitndanya iaitu Nik Wan Musa atau lebih terkenal dengan panggilan Dato' Lundang.

Batas sempadan daerah Lundang ini bermula dari sungai Wakaf Stan di timur hingga ke sungai Kampung Sireh disebelah barat, sungai Lundang sebelah selatan hingga ke Paya Rambai disebelah utara. Pada dekad 1970-an, daerah Lundang telah dipinda batas sempadan pentadbiran dan telah diubah namanya menjadi daerah Kubang Kerian oleh pihak kerajaan bagi mewujudkan subbandar yang baharu kepada bandar Kota Bharu selaras dengan terlaksananya plan rancangan bandar baru yang dikenali sebagai Bandar Baru Kubang Kerian.

Kubang Kerian nama bagi daerah yang baharu dibentuk ini telah diambil namanya bersempena dengan nama sebuah kampung yang dikenali sebagai kampung Kubang Kerian yang terletak dikawasan persimpangan Jalan Pasir Puteh dan Jalan Sultan Yahya Petra. Kampung Kubang Kerian ini berjiran dengan kampung Kenali disebelah timur dan kampung Pulong disebelah selatan.

Daerah Dan Bandar Baru Kubang Kerian Sekarang[sunting | sunting sumber]

Daerah Kubang Kerian merupakan pusat sebuah kawasan Parlimen dalam jajahan Kota Bharu, Kelantan, Malaysia yang juga dikenali sebagai Parlimen Kubang Kerian. Di dalam daerah Kubang Kerian terdapat beberapa mukim antaranya Lundang, Al Muttaqin, Demit, Kenali, Langgar, Chicha, Telok Baru, Wakaf Stan, Bunut Payung, Wakaf Siku, dan Pulong. Majoriti penduduk dalam daerah Kubang Kerian ini adalah merupakan Muslim.

Di kawasan bandar baru Kubang Kerian selain mempunyai kawasan perumahan, apapartment dan kondominium serta juga perumahan flat, terdapat juga Kampus cawangan Universiti Sains Malaysia (USM) atau lebih dikenali sebagai Kampus Kesihatan USM (USMKK). Kampus ini memiliki 3 pusat pengajian - Sains Perubatan (termasuk Jabatan Neurosains), Sains Pergigian dan Sains Kesihatan. Sebuah hospital pengajaran, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga terletak di kawasan kampus. Bandar Baru Kubang Kerian terletak kira-kira 10-15 minit perjalanan dari Kota Bharu dan kira-kira 15-20 minit dari lapangan terbang Pengkalan Chepa. Mempunyai sebuah klinik kesihatan kerajaan dan tiga buah sekolah menengah kebangsaan iaitu SMK Kubang Kerian, SMK Kubang Kerian 2 dan SMK Kubang Kerian 3.

Papan tanda Jalan Pasir Puteh yang terletak di permulaan Jalan Persekutuan 3.

Terdapat banyak masjid di sini, tetapi tiada gereja atau kuil. Masjid terbesar ialah Masjid Sultan Ismail Petra atau dikenali sebagai Masjid Biru Kubang Kerian yang terletak 5 minit dari kampus USM. Dalam kawasan yang sama juga menempatkan dua buah Istana diraja Kelantan, antaranya sebagai tempat persemayaman rasmi Sultan Kelantan iaitu di Istana Negeri di Jalan Pasir Puteh dan sebuah lagi tempat persemayaman bagi kerabat diraja di Istana Mahkota yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra.

Selain pesatnya kewujudan bangunan komersial dan perumahan, terdapat beberapa gedung besar perniagaan yang telah di jalankan di Bandar Baru Kubang Kerian ini iaitu antaranya;

  • Mydin Hypermarket Kubang Kerian
  • Jakel Textile
  • Nirwana Hypermarket Kubang Kerian
  • WST Resources (dulu dikenali sebagai Bilal Hypermarket)
  • Pasaraya Eco

Rujukan[sunting | sunting sumber]