Kubisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Potret Pablo Picasso, pelopor gaya kubisme, oleh Juan Gris (1912), cat atas kanvas, 93.3 x 74.4 sm, Institut Seni Chicago.

Kubisme [ku-bis-mĕ] (Bahasa Perancis: Cubisme) ialah suatu pergerakan seni utama yang wujud di Eropah pada awal abad ke-20 di mana objek yang dilukis atau diolah akan diteliti perinciannya sebelum dihuraikan secara ringkas menjadi beberapa unsur abstrak yang disusun semula. Penyusunan semula ini dilihat sebagai mempertunjukkan sesuatu bahan itu dari banyak sudut pandang lalu meluaskan pemahaman terhadap objek sasaran.[1]

Gaya seni ini dipelopori Pablo Picasso dan Georges Braque, sebelum dikembangkan Jean Metzinger, Albert Gleizes, Robert Delaunay, Henri Le Fauconnier dan Fernand Léger.[2] ia dicetuskan antaranya pemaparan ruang bentuk tiga dimensi yang terselah pada karya-karya seni Paul Cézanne.[3]

Ia dianggap sebagai pergerakan seni paling berpengaruh pada abad ke-20[4][5] terutamanya di Eropah sehingga mengilhamkan pergerakan seni berkaitan dalam bidang muzik, sastera dan seni bina.

Galeri contoh[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Metzinger, Jean (Oktober–November 1910). Note sur la peinture (dalam bahasa Perancis). Paris: Pan. 
  2. ^ Green, Christopher (2009). "Cubism, Origins and application of the term". Grove Art Online. Oxford University Press. Diarkibkan daripada asal pada 13 Jun 2014. 
  3. ^ Christopher Green, 2009, Cubism, MoMA, Grove Art Online, Oxford University Press Diarkibkan 2014-08-13 di Wayback Machine.
  4. ^ Green, Christopher (2009). "Cubism, Introduction". Grove Art Online. Oxford University Press. Diarkibkan daripada asal pada 2014-08-13. 
  5. ^ "Cubism: The Leonard A. Lauder Collection". New York: The Metropolitan Museum of Art. 2014. Diarkibkan daripada asal pada 17 Mei 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]